Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Luah Bicara 61


Lama tidak menulis berkaitan rawatan kanser lymphoma saya. Cadang nak berkongsi luahan berkaitan dengannya hari ini. Namun tetiba terasa ada luahan lain yang lebih perlu diutarakan.

Seorang pesakit Cina, saya dan kawan saya secara mudah memanggilnya Uncle walaupun lojiknya saya tidak layak memanggilnya Uncle  kerana usianya tak sampai 10 tahun pun lebih tua dari saya.

Seperti saya, diapun hampir setiap minggu atau mungkin lebih kerap dari saya berkunjung ke HUKM untuk rawatan leukaemianya.

Saya tidak berhasrst menulis tentang penyakitnya itu, tetapi sesuatu yang lain yang tercetus  dari bualan pendek dengannya pagi ini tadi.

Beliau terpaksa meletakkan keretanya di tempat letak kereta  percuma di antara Stadium Bola Sepak dengan Kompleks Renang yang berada di hadapsn HUKM ( berhadapan tapi jaraknya jauh ). Dia juga terpaksa berjalan jauh dengan kakinya yang agak lemah kerana penyakit dan juga kerana usianya. Dia juga bertongkat.

Kasihan mendengarnya. Perkara begini berlaku kerana bayaran  letak kereta di tempat letak kereta berbayar amat mahal di HUKM ini. Anak saya yang menemani saya ketika proses kimo awal-awal dulu terpaksa membayar sehingga RM20 dari pukul 8.00 ke pukul 4.30 petang lebih kurang. Ini membebankan bagi yang tidak mampu sehingga sanggup jalan kaki dari tempat letak kereta  yang jauh itu walaupun sebenarnya amat meletihkan dan bahaya juga. Saya pernah dilanggar kereta ketika menuju ke tempat letak kereta berkenaan dari HUKM. Dari tempat letak kereta  ke lobi  HUkM lebih mencabar kerana agak mendaki.

Adakah dalam pengetahuan pihak pentadbiran HUKM  tentang bayaran letak kereta  yang mahal ini? Atau tidak tahu kerana kaki tangan HUKM ada tempat letak keretanya sendiri di beberapa tempat dalam kawasan hospital sendiri.
Apatah lagi pihak pengurusan tertinggi.

Namun saya difahamkan ada juga kakitangan hospital yang meletakkan kereta di tempat percuma itu dan mengundang risiko bagi yang balik malam.

Saya juga difahamkan projek tempat kereta bertingkat lambat siap kerana masalah struktur tanah tapak tempat letak kereta tersebut.

Saya tidak berhasrat menulis panjang lebar tentang tempat letak kereta di hospital - hospital di negara kita kerana sudah pernah menulisnya panjang lebar dalam salah satu tulisan saya.

Saya cuma ingin menyarankan agar bayaran  letak kereta di tempat letak kereta yang berbayar itu , yang diswastakan, dikaji semula. Janganlah membebankan pesakit dan pelawat. Ambil pendekatan menang - menang kata orang.

Saya pernah difahamkan ada perkhidmatan "suttle" dari tempat letak kereta percuma itu ke HUKM tetapi saya tidak pernah bertembung dengannya. Kalau betul masih ada perkhidmatan itu, biarlah jadualnya lebih teratur dan lebih kerap. Kalau sudah diberhentikan sebagaimana maklumat yang baru saya terima, adakanlah semula.

Semoga ada pihak HUKM terutama pihak pengurusan tertinggi yang membaca Luah Bicara kali ini.

Luah Bicara 60


Semalam saya membeli 5 bungkus nasi lemak sambal petai. Bila dah siap dibungkus dan dimasukkan ke dalam.plastik, saya tanya penjual berapa harganya semua. Dia membuka bekas plastik duitnya dan mengambil kalkulatur. "5 x 4 = RM20 encik."

Apa isunya ? 5 x 4 = 20, betul le kan? Memanglah betul.

Isunya 5 x 4 perlukah guna kalkulatur? Lainlah kalau harga RM 3.80 ke RM 3.60 ke? RM 3.65 ke? Lojiklah sikit untuk guna kalkulator.

Saya pernah bertemu penjual yang nak campur harga dua gelas minuman punterpaksa cari kalkulatur terlebih dahulu.

Emak saya yang buta huruf tetapi tak buta nombor punboleh saja mengira jumlah hutang yang tertulis dalam buku 555 dalam kepala sahaja. Main congak saja.

Di mana silapnya? Pendekatan pengajaran matematik yang sudah tidak ada slot untuk pengajaran yang dinamakan CONGAK atau pendekatan yang terlampau bergantung kepada alat yakni kalkulatur?

Kepergantungan kepada alat seperti kalkulatur mungkin untuk lebih cepat dan tepat. Tetapi kalau hendak memberitahu pelanggan harga 5 bungkus nasi lemak yang RM4 sebungkus pun kena cari kalkulator terlebih dahulu atau nak campur RM1.50 dan RM1.20 harga dua gelas minuman pun kena cari kalkulatur terlebih dahulu, di mana cepatnya?

Perkara yang sama berlaku lagi bila nak mengembalikan wang baki. Tanpa kalkulatur macam tak boleh nak kira dalam minda bila harga barang RM3.65 dan pelanggan bayar dengan wang kertas RM5.

Cikgu - cikgu matematik di sekolah rendah dan menengah eloklah praktikkan balik slot CONGAK dalam pengajaran mereka. Tak salahpun. Tidak terkeluar dari sukatan pelajaran pun. Dr Mazlee Malik pun tak marah kut?

Mungkin ada yang berkata, kita dah berada di dunia moden, dah ada alat, gunalah. Tak salah menggunakan alat - alat, tetapi janganlah bergantung sangat kepada alat - alat hingga kepada yang terlalu asas. Allah jadikan minda kita hebat, jadi janganlah kita sia - siakan kehebatsn yang Allah anugerahkan kepada kita.

Pergantungan yang keterlaluan kepada alat menyebabkan kita tidak mampu melakukan apa yang sepatutnya kita mampu bila alat - alat berkaitan tak ada pada ketika itu. Ini menyebabkan kerja kita terganggu. Jadi tidak produktif.

Sekian luah bicara pendek dari saya untuk renungan.

Luah Bicara 59


Saya terpanggil menulis apa yang terkandung dalam Luah Bicara 59 ini apabila membaca tulisan yang di " foward " oleh seorang rakan Luah Bicara iaitu berkaitan dengan halal haramnya makanan yang kita makan bukan kerana bahan makanan tersebut tetapi berkaitan dengan izin untuk memakannya.

Pernah atau tidak anda ambil berat status jemputan dalam kad jemputan kahwin yang anda terima? Saya ambil berat.

Kalau jemputan itu menyatakan ... suami isteri , maka yang dijemput adalah anda suami isteri sahaja tidak termasuk anak-anak anda. Kalau jemputan itu menyatakan ..... suami isteri serta keluarga atau sekeluarga), barulah anak - anak anda dijemput sama.

Ramai yang tidak kesah sedangkan itu penting kerana yang tidak dijemput haram memakan makanan yang dihidangkan kecuali anda bertemu tuan rumah dan memaklumkan anda bawa anak-anak dan minta halalkan makanan dan minuman yang dimakan.

Ada yang dengan tidak ada rasa apa-apa membawa kawan yang tidak dijemput untuk menemaninya menghadiri kenduri yang dia sahaja dijemput. Kalau dia tidak memaklumkan kepada tuan rumah, kawannya makan makanan yang tidak halal baginya. Hati-hatilah. Anda bertanggungjawab kerana anda yang pandai - pandai mengajak kawan anda ikut anda.

Tok saya, bapa kepada emak saya cukup ambil berat tentang jemputan yang diterimanya. Dulu secara lisanlah. Tak pakai kad jemputan macam sekarang.

Kalau dialognya begini :  " Lop, aku hari Sabtu ni nak mengawinkan anak aku"
Tok saya tidak akan menghadiri majlis itu kerana kata Tok, orang tu cuma beritahu hendak mengawinkan anaknya, bukan menjemputnya. Generasi anak - anak muda selalunya berpendirian begini : understood lah. Eh Jangan main-main undrrstood gitu saja.

Atau kalau dialog begini :
Hari Sabtu ni aku nak mengawinkan anak aku. Jumaat tu datanglah bantu-bantu mana yang patut.

Tok saya akan pergi hari Jumaat itu untuk membantu tetapi tidak datang pada hari Sabtu itu kerana kata Tok , dia hanya dijemput untuk membantu pada hari Jumaat. Ala...faham-faham sajalah. Jangan !Tok saya tidak akan ambil pendekatan faham - faham sajalah.

Ada cerita di zaman Lebuhraya Utara Selatan belum ada. Dari Perak ke Kuala Lumpur mesti melalui jalan negeri. Ada satu geng dalam sebuah kereta, boleh selamba badak je singgah majlis kenduri kahwin orang yang tidak dikenali langsung. Hulurlah tangan bersalaman dan selitlah  seringgit dua, penyambut tetamu bukan kenalpun jemputan tuan rumah. Lepas sesak makan tengahari. Tapi tak sedar kena jawab kat sana nanti.

Begitu juga ada yang mengambil makanan yang disedekahkan kat masjid dalam jumlah yang banyak hingga penuh raga motosikalnya. Itu untuk  jemaah yang hadir berjemaah bukan untuk dibawa balik semaunya

Sedarlah dan mari kita tolong sedarkan orang yang tidak sedar.

Luah Bicara 58


Ahad lepas,  ketika memandu di  Bandaraya Melaka, di satu persimpangan, kereta - kereta dan motor- motor berhenti di lampu isyarat kerana lampu merah.

Tiba - tiba sebuah  motosikal yang berhenti di depan aku meluru ke hadapan , mengambil kesempatan ketiadaan kereta melintas,  melanggar lampu isyarat berkenaan. . Lucu atau malangnya penunggang  motosikal itu, dia tidak sedar yang turut berhenti di sebelahnya tadi ialah seorang polis trafik yang sedang dalam tugas. Serta merta pegawai polis trafik itu mengejarnya dan dapat menahannya lebih kurang 50 meter sahaja dari lampu isyarat berkenaan. Rasanya pasti dia disaman.

Tidak tahu sama ada aku hendak ketawa, hendak memadankan muka penunggang tersebut atau bersimpati dengannya.

Bersimpati? Rasanya tidaklah. Paling ringan ketawakanlah. Paling tidak sopan atau macan tidak patut ialah memadankan muka penunggang tersebut. Tapi aku lebih berasa ingin memadankan mukanya. Bukan kerana jiwa aku kasar atau tidak berhati.perut atau suka tengok orang lain mendapat musibah ( musibah yang dicari sendiri ),  tetapi perlakuan penunggang - penunggang motosikal ( tidaklah semua ) kebanyakannya memang langsung tidak berdisiplin. Langsung tidak mematuhi peraturan lalu lintas.

Kadang - kadang memang sakit hati melihat gelagat mereka. Mereka bukan sahaja membahayakan diri mereka sendiri tetapi membahayakan pengguna - pengguna jalan raya yang lain.

Aku pernah menulis panjang lebar tentang gelagat mereka dan mendapat riaksi yang menyokong tulisan sku. Aku tulis dalam bentuk pertanyaan kepada penunggang - penungang motosikal. Sinis sebenarnya pertanyaan aku. Tak pasti  apakah ia dalam Tulisan ?.  Tetapi rasanya macam.tidak. Aku menulis.secara bebas masa itu dan kukongsikan dalam  beberapa whatsapp group.

Aku memang agak jengkil dengan penunggang motosikal. Isteri aku mengingatkan aku supaya kasihan kepada mereka yang tidak mampu membeli kereta. Akan tetapi kasihan dan simpati perkara lain.  sikap dan amalan mereka satu perkata yang lsin pula.

Sebenarnya kalau rajin memerhati, hampir semua jenis motor sama ada yang murah, yang sederhana dan yang mahal,  juga hampir semua peringkat usia tidak menghiraukan peraturan lalu lintas. Memandu dengsn kehadiran mereka menyebabkan kita tidak selesa malah ada kalanya boleh menyebabkan sakit jantung.

Malas hendak menulis semula apa yang kutulis dahulu tentang mereka. Jadi perhatilah sendiri, nilailah sendiri dan kemudian kalau berlaku di depan mata seperti yang aku saksikan, pilihlah sendiri hendak ketawa, hendak bersimpati atau hendak memadankan muka.

Luah Bicara 57


Selalunya saya meluahkan bicara hati atau minda saya di Whatsapp Group atau di Blog saya secara tulisan.  Akan tetapi bila saya  berdepan dengan sesorang atau ramai orang,  saya meluahkannya secara lisan. Ya tulisan dan lisan adalah medium.untuk luah bicara. Namun tidak meluahkan bicara juga sebenarnya adalah luah bicara.

Pasangan anda seorang yang periang dan banyak cakap tetapi tiba - tiba hari itu dia bungkam. Dia memandu di sebelah anda atau dia duduk di sebelah anda yang memandu tanpa sepatah kata. Dia sebenarnya sedang meluahkan.bicaranya pada anda tetapi dia membicarakannya dalam dirinya sendiri. Banyak yang dia cakap kepada anda sebenarnya cuma tidak diungkapkan. Banyak yang dia rancang untuk luahkan kepada anda namun dia menyimpannya . Anda kena kenal gelagatnya kalau anda sebenar - benarnya sayang kepadamya. Mesti ada sesuatu yang anda telah katakan atau lakukan yang dia tidak suka atau marah tetapi tidak mengungkapkannya. Itu sebenarnya luahannya.

Eh kakau tidak diungkapkan  bagaimana nak tahu kan? Semak diri anda. Apa yang anda telah lakukan atau perkatakan seketika tadi, dua jam tadi atau malam tadi malah hari sebelumnya. Anda pasti tahu kalau anda benar - benar mengenali pasangan anda. Apa yang anda telah lakukan yang mengundang kemarahannya. Mungkin anda telah lakukan apa yang dia pesan banyak kali supaya anda tidak lakukan namun anda terus lakukan walau apapun alasan anda.

Kenapa dia tidak meluahkan kemarahannya atau rasa kecil hatinya  kepada anda ? Mungkin dia amat faham anda jenis yang tidak akan menerima tegurannya dan anda selalu ada alasan untuk membenarksn diri anda. Dia tidak mahu pertengkaran akan mengeruhkan hubungan anda dengannya kerana dia terlalu sayang pada anda. Andalah yang patutnya membaca dan memahami luahannya yang tidak terluah itu. Andalah yang sepatutnya memohon maaf darinya atas apa yang telah anda lakukan yang telah menyinggung perasaannya. Kalau dia lelaki, ego lelakinya. Kalau dia perempuan emosi perempuannya.

Anda kena faham, luahan yang tidak terluah lebih menyakitkan. Anda kena fahan luahan yang tidak terluah itu memudaratkan minda dan juga fizikal pasangan anda..Anda juga harus tahu bahawa apa yang dibicarakan dalam hati terus menghantuinya sehingga suatu hari satu waktu dia harus jugs meluahkannya secara lisan kepada anda

Situasi yang sama berlaku di tempat kerja. Antara bos dengan bawahan, antara sesama rakan sejawat. Lihat bahasa tubuh bos anda, bawahan anda atau rakan sejawat anda. Mereka sedang berbicara sebenarnya. Banyak. Mungkin untuk diri mereka sendiri atau untuk diri anda.

Renungkanlah. Fahami luah bicara yang tidak terluah.

Luah Bicara 56


Hari ini aku cukup sedar peranan mind set dalam kehidupan dan betapa mind set yang dibina dengan output yang diharapkan boleh saja membuat kita down apabila mind set kita dan output yang kita harapkan tidak selari dengan realiti yang terpaksa kita hadapi walaupun kita adalah seorang yang sangat positif.

Aku bertolak ke HUKM dengan cukup ceria. Apa yang aku set dalam minda aku ialah aku ke Day Care Unit itu semata - mata untuk mendengar rumusan PET Scan yang aku lalui pada 1 Oktober yang lalu.

Pada 9 hb. Oktober iaitu bersamaan dengan hari ulangtahun kelahiran aku, aku bertemu dokter untuk mendengar dapatan hasil PET Scan berkenaan. Pada hari berkenaan aku dimaklumkan semuanya positif. Hasil analisis darahpun menunjukkan aku dalam kondisi yang baik. Cuma analisis PET Scan itu tiada rumusan. Dokter yang bersemuka dengan aku tidak berani membuat rumusan. Begitu juga dokter yang lain yang ada di situ. Dr Siva yang pakar dalam bidang ini dimaklimkan  sedang buat attachment di Hospital Ampang. Jadi dimaklumkan kepada aku, perkara itu akan dibawa dalam mesyurat minggu berikutnya dan hasilnya akan dimaklumkan kepada aku hari ini.

Berdasarkan hasil yang positif semasa PET Scan selepas kimo ketiga dan PET Scan yang baru ini iaitu lapan minggu selepas kimo ke enam yang dikatakan semua baik dan berikut dengan keadaan fizikalku sendiri yang aku rasa amat sehat, pastinya pagi ini aku set minda aku yang aku akan diberitahu aku bebas sepenuhnya dari kanser lymphoma aku dan tidak perlu apa - apa rawatan lagi.

Tapi apa yang diharapkan tidak berlaku, malahan bagaimana proses pemberitahuan kepada aku tidak berjalan lancar dan aku diminta lalui apa yang tidak aku set dalam minda aku kerana aku datang hanya untuk mendengar rumusan.

Aku mulanya dimaklumkan oleh Pembantu Kesihatan dokter sedang membaca laporan kesihatan aku. Lama sekali aku menunggu. Ini sama sekali tidak sama dengan apa yang aku lalui sebelum ini iaitu dokter membaca dan menerangkan terus kepada aku.

Selepas lama menunggu dokter berkenaan memanggil aku, tetapi dia terus membaca dan mencatat dan membiarkan aku melongo menunggu hingga aku terpaksa bertanya kepadanya dalam Bahasa Inggeris, adakah apa - apa yang tidak kena dengan laporan itu.

Dia dokter negara asing tetapi staf HUKM.

Dia terus rujuk sana, rujuk sini dan tanpa banyak menyebut tentang perkembangan positif aku, terus saja beritahu aku perlu jalani lagi dua kitaran kimo.

Memanglah aku down dengan pernyataan itu kerana berlainan dengan mind set aku. Tetapi aku masih boleh terima kalau itu yang terbaik untuk aku.

Tetapi yang menyebabkan aku lebih bercelaru bila dia hendak aku menjalani kimo masa itu juga sedangkan mind set aku tidak ready untuk itu, begitu juga dengan persediaan fizikal kerana aku sedang berpuasa ganti yang aku tidak berpuasa sepanjang Ramadhan lalu kerana menjalani kimo dan aku tidak dibenarkan berpuasa.

Bermacam persoalan tetiba perlu difikir dan ditanyakan yang jawapannya tidak pasti.
Apakah kena membuat permohonan semula kepada JPA kerana pertambahan proses kimo ini. Aku juga diminta membayar RM 300 untuTk menggunakan kemudahan skim.khas sementara menunggu permohonan ke JPA. Ada pulak nurse yang beritahu mungkin ada baki peruntukan yang diluluskan JPA terdahulu.

Dalam.keserabutan itu aku diminta oleh nurse untuk dipasangkan pot untuk drip. Memang minda aku berserabut jadinya.

Menyedari aku tidak bersedia mental dan fizikal ( selalu dan sepatutnya tarikh kimo dah tahu lebih awal dan aku datang dengan persiapan minda dan fizikal untuk kimo ), akhirnya nurse sarankan aku minta tangguh proses kimo ini.

Dipendekkan cerita, dipersetujui bahawa aku akan jalani kimo minggu depan. Dan hasil usaha nurse yang berpengalam menghubungi pihak farmasi, aku dimaklumkan kelulusan pembiayaan JPA yang terdahulu, cover kimo dua pusingan yang akan aku lalui nanti. Barulah hilang serabut di otak aku.

Begitulah pentingnya mind set dan pengaruh mind set dalam kehidupan kita.

Tapi yang lebih penting setting Allah mengatasi segala - galanya.

Luah Bicara 55


Cerita itu, atau cerpen.itu saya baca lama dulu. Sama ada saya baca di dalam Akhbar Utusan Pemuda atau Dewan Sastera, saya tidak pasti kerana sudah terlalu lama. Tajuknya pun saya dah lupa tetapi inti patinya saya masih ingat. Kesah rumah tiada daun pintu atau tiada berkunci.  Inipun saya kurang ingat.

Akan tetapi setiap kali saya membuka pintu rumah waktu nak ke masjid untuk solat Subuh, cerita itu terus berligar di kepala saya. Ini kerana saya perlu mula sekali membuka daun pintu kayu. Selepas itu saya kena membuka kunci kekisi besi  yang terbena pada kekisi berkenasn . Akhir sekali saya kena membuka mangga yang dipasang pada rantai yang dibelitkan pada kekisi besi tadi. Walaupun kuncinya saya kenali, tetapi memilih kunci yang geriginya sesuai untuk membuka mangga berkenaan tetap mengambil masa. Paling tidak rasanya keseluruhan proses akan megambil masa paling tidak pun 
lima minit. Proses yang sama untuk menguncinya pula.

Betul, ada penyelesaiannya. Asingkan kunci yang berkaitan dari jambak kunci yang saya ada. Maknanya kena asingkan menjadi  dua jambak kunci. Leceh juga kan? Tapi persoalanya bukan itu.

Kenapa setiap kali saya membuka pintu rumah saya, saya akan ingat cerita yang saya sebut di atas ? Rumah ganjil yang menjadi bisik  - bisik orang ramai itu adalah dipunyai oleh seorang lelaki yang semua ahli keluarganya, yakni isteri dan anak-anaknya  rentung terbakar dalam rumah yang berkunci rapi seperti kunci rumah saya yang tidak dapat stau tidak sempat dibuka untuk menyelamatkan diri. Dan bila dia membina rumah baru, dia membina rumah yang pelik bagi orang ramai. Tiada daun pintu atau tiada kunci pintu.

Itu sebabnya,  sebenarnya saya tidak begitu setuju mengunci pintu begitu ketika kita ada di dalam rumah.

Kita takut siapa sebenarnya? Kalau penceroboh dari luar, bunyi kunci diumpil tentu menyedarkan kita dan kita boleh bertindak serta merta dengan membuka semua lampu dan tentu penceroboh melarikan diri. Atau kita boleh saja menelepon polis dan/atau jiran tetangga.

Kalau kita meninggalkan rumah, saya setuju kita kena menguncinya berlapis  -lapis. Sekurang - kurangnya menyukarkan atau melambatkan proses mengumpil oleh penceroboh.

Kita selalu takut pada ancaman dari luar tetapi tidak pernah terfikir ancaman daripada dalam. Kalau berlaku kebakaran, tidakkah kita mengambil masa yang panjang untuk membuka.pintu untuk menyelamatkan diri? Dan sedar atau tidak bahang panas cepat sekali memanaskan kekisi, rantai dan juga mangga yang menyebabkan.kita tidak mampu membukanya.

Jadi kalau begitu kenapa   mengunci berlapis itu terus jadi amalan?

Ketakutan dan cara berfikir wanita tidak sama dengan cara saya atau lelaki berfikir. Dan demi keharmonian, bukankah kita kena selalu mengalah?

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...