Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Luah Bicara 59


Saya terpanggil menulis apa yang terkandung dalam Luah Bicara 59 ini apabila membaca tulisan yang di " foward " oleh seorang rakan Luah Bicara iaitu berkaitan dengan halal haramnya makanan yang kita makan bukan kerana bahan makanan tersebut tetapi berkaitan dengan izin untuk memakannya.

Pernah atau tidak anda ambil berat status jemputan dalam kad jemputan kahwin yang anda terima? Saya ambil berat.

Kalau jemputan itu menyatakan ... suami isteri , maka yang dijemput adalah anda suami isteri sahaja tidak termasuk anak-anak anda. Kalau jemputan itu menyatakan ..... suami isteri serta keluarga atau sekeluarga), barulah anak - anak anda dijemput sama.

Ramai yang tidak kesah sedangkan itu penting kerana yang tidak dijemput haram memakan makanan yang dihidangkan kecuali anda bertemu tuan rumah dan memaklumkan anda bawa anak-anak dan minta halalkan makanan dan minuman yang dimakan.

Ada yang dengan tidak ada rasa apa-apa membawa kawan yang tidak dijemput untuk menemaninya menghadiri kenduri yang dia sahaja dijemput. Kalau dia tidak memaklumkan kepada tuan rumah, kawannya makan makanan yang tidak halal baginya. Hati-hatilah. Anda bertanggungjawab kerana anda yang pandai - pandai mengajak kawan anda ikut anda.

Tok saya, bapa kepada emak saya cukup ambil berat tentang jemputan yang diterimanya. Dulu secara lisanlah. Tak pakai kad jemputan macam sekarang.

Kalau dialognya begini :  " Lop, aku hari Sabtu ni nak mengawinkan anak aku"
Tok saya tidak akan menghadiri majlis itu kerana kata Tok, orang tu cuma beritahu hendak mengawinkan anaknya, bukan menjemputnya. Generasi anak - anak muda selalunya berpendirian begini : understood lah. Eh Jangan main-main undrrstood gitu saja.

Atau kalau dialog begini :
Hari Sabtu ni aku nak mengawinkan anak aku. Jumaat tu datanglah bantu-bantu mana yang patut.

Tok saya akan pergi hari Jumaat itu untuk membantu tetapi tidak datang pada hari Sabtu itu kerana kata Tok , dia hanya dijemput untuk membantu pada hari Jumaat. Ala...faham-faham sajalah. Jangan !Tok saya tidak akan ambil pendekatan faham - faham sajalah.

Ada cerita di zaman Lebuhraya Utara Selatan belum ada. Dari Perak ke Kuala Lumpur mesti melalui jalan negeri. Ada satu geng dalam sebuah kereta, boleh selamba badak je singgah majlis kenduri kahwin orang yang tidak dikenali langsung. Hulurlah tangan bersalaman dan selitlah  seringgit dua, penyambut tetamu bukan kenalpun jemputan tuan rumah. Lepas sesak makan tengahari. Tapi tak sedar kena jawab kat sana nanti.

Begitu juga ada yang mengambil makanan yang disedekahkan kat masjid dalam jumlah yang banyak hingga penuh raga motosikalnya. Itu untuk  jemaah yang hadir berjemaah bukan untuk dibawa balik semaunya

Sedarlah dan mari kita tolong sedarkan orang yang tidak sedar.

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...