Selalunya saya meluahkan bicara hati atau minda saya di Whatsapp Group atau di Blog saya secara tulisan. Akan tetapi bila saya berdepan dengan sesorang atau ramai orang, saya meluahkannya secara lisan. Ya tulisan dan lisan adalah medium.untuk luah bicara. Namun tidak meluahkan bicara juga sebenarnya adalah luah bicara.
Pasangan anda seorang yang periang dan banyak cakap tetapi tiba - tiba hari itu dia bungkam. Dia memandu di sebelah anda atau dia duduk di sebelah anda yang memandu tanpa sepatah kata. Dia sebenarnya sedang meluahkan.bicaranya pada anda tetapi dia membicarakannya dalam dirinya sendiri. Banyak yang dia cakap kepada anda sebenarnya cuma tidak diungkapkan. Banyak yang dia rancang untuk luahkan kepada anda namun dia menyimpannya . Anda kena kenal gelagatnya kalau anda sebenar - benarnya sayang kepadamya. Mesti ada sesuatu yang anda telah katakan atau lakukan yang dia tidak suka atau marah tetapi tidak mengungkapkannya. Itu sebenarnya luahannya.
Eh kakau tidak diungkapkan bagaimana nak tahu kan? Semak diri anda. Apa yang anda telah lakukan atau perkatakan seketika tadi, dua jam tadi atau malam tadi malah hari sebelumnya. Anda pasti tahu kalau anda benar - benar mengenali pasangan anda. Apa yang anda telah lakukan yang mengundang kemarahannya. Mungkin anda telah lakukan apa yang dia pesan banyak kali supaya anda tidak lakukan namun anda terus lakukan walau apapun alasan anda.
Kenapa dia tidak meluahkan kemarahannya atau rasa kecil hatinya kepada anda ? Mungkin dia amat faham anda jenis yang tidak akan menerima tegurannya dan anda selalu ada alasan untuk membenarksn diri anda. Dia tidak mahu pertengkaran akan mengeruhkan hubungan anda dengannya kerana dia terlalu sayang pada anda. Andalah yang patutnya membaca dan memahami luahannya yang tidak terluah itu. Andalah yang sepatutnya memohon maaf darinya atas apa yang telah anda lakukan yang telah menyinggung perasaannya. Kalau dia lelaki, ego lelakinya. Kalau dia perempuan emosi perempuannya.
Anda kena faham, luahan yang tidak terluah lebih menyakitkan. Anda kena fahan luahan yang tidak terluah itu memudaratkan minda dan juga fizikal pasangan anda..Anda juga harus tahu bahawa apa yang dibicarakan dalam hati terus menghantuinya sehingga suatu hari satu waktu dia harus jugs meluahkannya secara lisan kepada anda
Situasi yang sama berlaku di tempat kerja. Antara bos dengan bawahan, antara sesama rakan sejawat. Lihat bahasa tubuh bos anda, bawahan anda atau rakan sejawat anda. Mereka sedang berbicara sebenarnya. Banyak. Mungkin untuk diri mereka sendiri atau untuk diri anda.
Renungkanlah. Fahami luah bicara yang tidak terluah.
No comments:
Post a Comment