Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah disahkan ada kanser stage four maka sewajarnyalah letak jawatan dan berehat. Tidak kira saranan itu ikhlas atau seperti yang aku dengar lebih kepada dendam politik.
Aku tak mahu dan tidak akan campur dalam kemelut politik semasa dan mengulas kenyataan itu dalam kerangka politik. Aku cuma nak ulas kenyataannya tentang kanser tahap empat itu.
Sama ada pengetahuannya tentang kanser amat dangkal ataupun dia cumalah salah seorang yang mewakili pandangan atau tanggapan orang rsmai yang menganggap kanser tahap empat itu sebagai petanda the end of the world kepada pengidapnya.
Ketika aku mengetahui aku mengidap kanser dan mesti melalui proses kimoterapi, aku sudah berada di stage four. Tidak pula aku merasakan akan berakhirlah kehidupanku. Dengan proses rawatan yang disebutkan oleh dokter akan kulalui, dan kata - kata dokter sekiranya aku patuh dengan segala proses rawatan, InsyaAllah aku akan sembuh, tidak membuat aku down dan yakin aku masih ada masa depan.
Jadi aku mahu memaklumkan kepada orang ramai dan juga sesiapa yang diistiharkan ada kanser supaya tidak terperangkap dengan tanggapan yang salah itu.
Aku tahu ramai yang bila dimaklumkan dia mengidap kanser, dia sudah down . Bila di sebut dia berada di tahap empat, perasaan downnya menjadi lebih teruk dan bila dimaklumkan dia harus melalui kimoterapi, dia terus membayangkan satu keadaan yang amat teruk yang dia akan lalui. Ramai yang dari awal lagi sudah menolak untuk melakukan kimoterapi kerana ketakutan itu. Rasa down dan rasa takut itulah yang sebenarnya membawa keadaan penyakitnya menjadi lebih teruk.
Jadi kepada orang ramai, berhentikan persepsi itu dan jadilah orang yang memberi semangat dan sokongan kepada kawan - kawan atau ahli Keluarga yang disahkan mengidap kanser. Kepada yang disahkan mengidap kanser aku ingin menasihatkan supaya tidak menganggap berita itu sebagai petanda that the end of the world.
Kepada orang ramai, selamat membantu. Kepada pesakit selamat menerima rawatan dan tekun serta tabah melaluinya.
No comments:
Post a Comment