Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Tulisan 36

Beberapa hari lepas saya menonton telemovie Sepi Angin Ke Kota London  melalui YouTube.  Drama TV yang agak sudah lama ditayangkan di kaca tv . Ditayangkan pada 5 Januari 2004 dan diulangtayang atas permintaan ramai pada 7 Februari 2004. Satu sejarah tersendiri kerana biasanya drama hanya akan diulangtayang selepas setahun dari tayangan pertamanya.

Drama menarik ini hasil arahan Ahmad Ibrahim .  Pelakun utama drama ini terdiri daripada beberapa pelajar USM dengan dokongan pelakun terkenal seperti Dr Abd Samad Salleh, Shaharuddin Tamby dan beberapa pelakun terkenal yang lain. 

Kenapa saya teruja untuk berkongsi tentang drama ini kepada pembaca sekelian? Ini adalah kerana kehidupan zaman lampau masyarakat kampung  seawal 1970 begitu terserlah menimbulkan noltagia disamping mengimbau betapa harmoninya kehidupan kita zaman itu.

Betapa tidak? Sepanjang drama ini hingga ke pengakhirnya kita tidak akan bertemu dengan watak jahat seperti  irihati hati, sombong, mengganggu watak utama dan lain-lain macam drama yang lain.

Kita akan melihat bagaimana seluruh masyarakat kampung termasuk keluarga Cina yang menumpang hidup di kampung Melayu  ( kehidupan biasa masa lalu ) begitu teruja bila seorang anak kampung berjaya mendapat tawaran belajar ke kota London. Bagaimana mereka menyokong dengan  semangat dan wang ringgit untuk pemergian anak kampung ini. Begitu bangga dan terujanya untuk membantu. Tak ada iri hati  seperti sekarang ini bila anak-anak jiran, anak-anak sepupu atau anak-anak adik beradik lebih berjaya dari anak sendiri.

Saya terpanggil untuk tidak memperincikan drama ini kerana ingin anda sendiri menghayatinya dan mengulit kenangan zaman remaja anda ( bagi pembaca veteran seusia saya ) dan membayangkan kehidupan zaman itu bagi pembaca-pembaca muda.

Ada pengajaran yang menarik untuk kehidupan masyarakat majmuk seperti kita ini di mana kalau tidak diganggu dengan fahaman politik dan isu-isu perkauman yang sengaja dibangkitkan kita memang boleh hidup dengan cukup harmoni.

Saya melihat contoh keharmonian kaum melalui kehidupan di sekolah anak saya.

Ketika anak sulung saya belajar di sekolah rendah, kawan baiknya seorang budak Cina dan seorang budak India. Guru yang sayang kepadanya dan kesayangannya juga ialah seorang guru Cina. Begitu mengharukan.

Tetapi bila mereka membesar dan menjadi dewasa, mereka terdedah kepada fahaman sempit kepartian dan juga kesatuan-kesatuan berkiblatkan kepentingan kaum. Ini yang akan mencorak jiwa mereka menjadi rasis dan sebagainya.

Berbalik kepada drama Sepi Angin ke Kota London , saya harapkan anda pembaca mencarinya di YouTube dan menontonnya. Saya sendiri akan mencari 13 episod kesinambungan drama ini yang dihasilkan atas sambutan hangat telemovie asalnya Sepi Angin ke Kota London.

Saya tidak pasti apakah saya pernah mengikuti tayangannya sepanjang tahun 2005 tempoh hari.

Selamat menonton dan belajar sesuatu dari Sepi Angin ke Kota London.

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...