Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Luah Bicara 56


Hari ini aku cukup sedar peranan mind set dalam kehidupan dan betapa mind set yang dibina dengan output yang diharapkan boleh saja membuat kita down apabila mind set kita dan output yang kita harapkan tidak selari dengan realiti yang terpaksa kita hadapi walaupun kita adalah seorang yang sangat positif.

Aku bertolak ke HUKM dengan cukup ceria. Apa yang aku set dalam minda aku ialah aku ke Day Care Unit itu semata - mata untuk mendengar rumusan PET Scan yang aku lalui pada 1 Oktober yang lalu.

Pada 9 hb. Oktober iaitu bersamaan dengan hari ulangtahun kelahiran aku, aku bertemu dokter untuk mendengar dapatan hasil PET Scan berkenaan. Pada hari berkenaan aku dimaklumkan semuanya positif. Hasil analisis darahpun menunjukkan aku dalam kondisi yang baik. Cuma analisis PET Scan itu tiada rumusan. Dokter yang bersemuka dengan aku tidak berani membuat rumusan. Begitu juga dokter yang lain yang ada di situ. Dr Siva yang pakar dalam bidang ini dimaklimkan  sedang buat attachment di Hospital Ampang. Jadi dimaklumkan kepada aku, perkara itu akan dibawa dalam mesyurat minggu berikutnya dan hasilnya akan dimaklumkan kepada aku hari ini.

Berdasarkan hasil yang positif semasa PET Scan selepas kimo ketiga dan PET Scan yang baru ini iaitu lapan minggu selepas kimo ke enam yang dikatakan semua baik dan berikut dengan keadaan fizikalku sendiri yang aku rasa amat sehat, pastinya pagi ini aku set minda aku yang aku akan diberitahu aku bebas sepenuhnya dari kanser lymphoma aku dan tidak perlu apa - apa rawatan lagi.

Tapi apa yang diharapkan tidak berlaku, malahan bagaimana proses pemberitahuan kepada aku tidak berjalan lancar dan aku diminta lalui apa yang tidak aku set dalam minda aku kerana aku datang hanya untuk mendengar rumusan.

Aku mulanya dimaklumkan oleh Pembantu Kesihatan dokter sedang membaca laporan kesihatan aku. Lama sekali aku menunggu. Ini sama sekali tidak sama dengan apa yang aku lalui sebelum ini iaitu dokter membaca dan menerangkan terus kepada aku.

Selepas lama menunggu dokter berkenaan memanggil aku, tetapi dia terus membaca dan mencatat dan membiarkan aku melongo menunggu hingga aku terpaksa bertanya kepadanya dalam Bahasa Inggeris, adakah apa - apa yang tidak kena dengan laporan itu.

Dia dokter negara asing tetapi staf HUKM.

Dia terus rujuk sana, rujuk sini dan tanpa banyak menyebut tentang perkembangan positif aku, terus saja beritahu aku perlu jalani lagi dua kitaran kimo.

Memanglah aku down dengan pernyataan itu kerana berlainan dengan mind set aku. Tetapi aku masih boleh terima kalau itu yang terbaik untuk aku.

Tetapi yang menyebabkan aku lebih bercelaru bila dia hendak aku menjalani kimo masa itu juga sedangkan mind set aku tidak ready untuk itu, begitu juga dengan persediaan fizikal kerana aku sedang berpuasa ganti yang aku tidak berpuasa sepanjang Ramadhan lalu kerana menjalani kimo dan aku tidak dibenarkan berpuasa.

Bermacam persoalan tetiba perlu difikir dan ditanyakan yang jawapannya tidak pasti.
Apakah kena membuat permohonan semula kepada JPA kerana pertambahan proses kimo ini. Aku juga diminta membayar RM 300 untuTk menggunakan kemudahan skim.khas sementara menunggu permohonan ke JPA. Ada pulak nurse yang beritahu mungkin ada baki peruntukan yang diluluskan JPA terdahulu.

Dalam.keserabutan itu aku diminta oleh nurse untuk dipasangkan pot untuk drip. Memang minda aku berserabut jadinya.

Menyedari aku tidak bersedia mental dan fizikal ( selalu dan sepatutnya tarikh kimo dah tahu lebih awal dan aku datang dengan persiapan minda dan fizikal untuk kimo ), akhirnya nurse sarankan aku minta tangguh proses kimo ini.

Dipendekkan cerita, dipersetujui bahawa aku akan jalani kimo minggu depan. Dan hasil usaha nurse yang berpengalam menghubungi pihak farmasi, aku dimaklumkan kelulusan pembiayaan JPA yang terdahulu, cover kimo dua pusingan yang akan aku lalui nanti. Barulah hilang serabut di otak aku.

Begitulah pentingnya mind set dan pengaruh mind set dalam kehidupan kita.

Tapi yang lebih penting setting Allah mengatasi segala - galanya.

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...