Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Luah Bicara 50

Lama tidak menulis tentang perkembangan penyakit aku. Macam tiada apa yang nak dikongsikan. Tetapi hari ini aku kongsikan juga untuk yang ingin mengikutinya atau yang ingin menjadikannya sebagai panduan jika menghadapi penyakit yang sama.

Ada orang bertanya aku, apa symptomnya kanser Lymphoma ini? Aku tidak dapat menjawabnya kerana aku tidak mengesan apa - apa symptom atau aku tidak menyedarinya. Orang lainpun susah rasanya menjawabnya kerana kanser lymphoma terjadi di tempat-tempat yang berlainan.

Kanser lymphoma aku dikesan melalui pembengkakan di leher dan melalui PET Scan dikesani juga ada di dalam usus, sedang kawan senasib,  kanser lymphomanya memang dikesani di dalam usus. Ada yang terjadi pada bawah ketiak seperti " barah kelawar". Jadi sudah tentu symptom - symptomnya tidak sama.

Aku sendiri tidak menyedarinya. Mulanya aku merasakan anak tekak aku membesar tetapi aku ingat sakit tekak biasa yang tidak aku hiraukan sangat. Akan tetapi bila akurasakan aku ada masalah di tekak aku, aku jumpa dokter. Dokter menyatakan tonsil kiriku bengkak besar sangat lalu diberi antibiotik. Selepas seminggu aku jumpa lagi dan dokter bagi antibiotik juga. Bila lepas minggu kedua masih tak ada berkurangan dan ada bengkak yang kelihatan dari luar di leher aku, aku diberi surat rujukan untuk dirujukkan ke HUKM. Bila diperiksa di Klinik Hidung, Telinga dan Tekak baru aku dimaklumkan aku ada kanser lymphoma. Jadi susah nak aku beritahu symptonnya kerana aku rasa normal saja kecuali bengkak tu.

Melalui PET Scan, didapati ada ketumbuhan dalam ususku. Colonoscopy yang dibuat ekoran dapatan dari PET Scan tidak dapat dibuat dengan sempurna kononnya kamera tidak boleh menembusinya. Sample yang diambilpun tidak sempurna. Semasa aku dalam minggu kimotrapi, pihak colonoscopy berhasrat nak menjalankan proses itu lagi sekali. Namun aku enggan dan memberikan pandangan dan dipersetuju oleh bahagian hematology dan akhirnya pihak gastro juga. Aku kata kalau ketumbuhan itu sebahagian dari kanser lymphoma, pastinya kimotrapi akan bertindak padanya. Jadi aku beritahu mereka kalau nak buat colonoscopy tunggulah selepas kimotrapi ketiga. Lalu colonocopy kedua dibuat selepas kimotrapi ketiga, tapi hasilnya sehingga pertemuan dengan dokter hari ini baru aku  tahu. Selepas proses colonoscopy tersebut aku dibawa balik ke wad, dan tidak dikunjungi sesiapa pun memberitahu keputusan colonoscopy tersebut hinggalah aku dibenarkan keluar dari wad.

Hasil PET Scan selepas kimotrapi ketiga menunjukkan aku positif kepada kimotrapi. Bengkak kat leher hilang sejak kimotrapi pertama, tidak wujud kanser baru dan yang di usus sudah mengecil. Ini membuat aku semakin positif dan mengharapkan kimo ke empat hingga ke enam, memberikan hasil yang menunjukkan seratus peratus sembuh.

Pertemuan dengan dokter hari sedikit merencatkan kegembiraan dan sifat positif aku. Katanya, PET Scan msmpu melihat dari luar tetapi colonoscopy melihat dengan mata sendiri keadaan sebenar dalam usus aku. Maknanya, aku belum boleh gembira dengan kesihatanku yang aku rssa sudah cukup baik. Aku bertanya juga, pernahkah berlaku, pesakit begitu positif yang dia sudah cukup pulih tetapi tanda - tanda dari pemeriksaan menunjukkan sebaliknya?

Rasanya dia tak mampu jawab soalan aku sebaliknya menyarankan kenapa tidak lalui colonoscopy dan PET Scan sekali lagi, biar hasilnya memberitahu status sebenarnya.

Ok aku kena akur dan PET Scan akan dijalankan pada 1 hb. Oktober 2019 sementara colonoscooy pada  9 hb. Disember 2019.  Semoga kedua - dua proses itu dapat memberikan gambaran sebenar dan mampu membuat aku benar - benar bersyukur dan gembira.

Doakan aku.

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...