Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Luah Bicara 50

Lama tidak menulis tentang perkembangan penyakit aku. Macam tiada apa yang nak dikongsikan. Tetapi hari ini aku kongsikan juga untuk yang ingin mengikutinya atau yang ingin menjadikannya sebagai panduan jika menghadapi penyakit yang sama.

Ada orang bertanya aku, apa symptomnya kanser Lymphoma ini? Aku tidak dapat menjawabnya kerana aku tidak mengesan apa - apa symptom atau aku tidak menyedarinya. Orang lainpun susah rasanya menjawabnya kerana kanser lymphoma terjadi di tempat-tempat yang berlainan.

Kanser lymphoma aku dikesan melalui pembengkakan di leher dan melalui PET Scan dikesani juga ada di dalam usus, sedang kawan senasib,  kanser lymphomanya memang dikesani di dalam usus. Ada yang terjadi pada bawah ketiak seperti " barah kelawar". Jadi sudah tentu symptom - symptomnya tidak sama.

Aku sendiri tidak menyedarinya. Mulanya aku merasakan anak tekak aku membesar tetapi aku ingat sakit tekak biasa yang tidak aku hiraukan sangat. Akan tetapi bila akurasakan aku ada masalah di tekak aku, aku jumpa dokter. Dokter menyatakan tonsil kiriku bengkak besar sangat lalu diberi antibiotik. Selepas seminggu aku jumpa lagi dan dokter bagi antibiotik juga. Bila lepas minggu kedua masih tak ada berkurangan dan ada bengkak yang kelihatan dari luar di leher aku, aku diberi surat rujukan untuk dirujukkan ke HUKM. Bila diperiksa di Klinik Hidung, Telinga dan Tekak baru aku dimaklumkan aku ada kanser lymphoma. Jadi susah nak aku beritahu symptonnya kerana aku rasa normal saja kecuali bengkak tu.

Melalui PET Scan, didapati ada ketumbuhan dalam ususku. Colonoscopy yang dibuat ekoran dapatan dari PET Scan tidak dapat dibuat dengan sempurna kononnya kamera tidak boleh menembusinya. Sample yang diambilpun tidak sempurna. Semasa aku dalam minggu kimotrapi, pihak colonoscopy berhasrat nak menjalankan proses itu lagi sekali. Namun aku enggan dan memberikan pandangan dan dipersetuju oleh bahagian hematology dan akhirnya pihak gastro juga. Aku kata kalau ketumbuhan itu sebahagian dari kanser lymphoma, pastinya kimotrapi akan bertindak padanya. Jadi aku beritahu mereka kalau nak buat colonoscopy tunggulah selepas kimotrapi ketiga. Lalu colonocopy kedua dibuat selepas kimotrapi ketiga, tapi hasilnya sehingga pertemuan dengan dokter hari ini baru aku  tahu. Selepas proses colonoscopy tersebut aku dibawa balik ke wad, dan tidak dikunjungi sesiapa pun memberitahu keputusan colonoscopy tersebut hinggalah aku dibenarkan keluar dari wad.

Hasil PET Scan selepas kimotrapi ketiga menunjukkan aku positif kepada kimotrapi. Bengkak kat leher hilang sejak kimotrapi pertama, tidak wujud kanser baru dan yang di usus sudah mengecil. Ini membuat aku semakin positif dan mengharapkan kimo ke empat hingga ke enam, memberikan hasil yang menunjukkan seratus peratus sembuh.

Pertemuan dengan dokter hari sedikit merencatkan kegembiraan dan sifat positif aku. Katanya, PET Scan msmpu melihat dari luar tetapi colonoscopy melihat dengan mata sendiri keadaan sebenar dalam usus aku. Maknanya, aku belum boleh gembira dengan kesihatanku yang aku rssa sudah cukup baik. Aku bertanya juga, pernahkah berlaku, pesakit begitu positif yang dia sudah cukup pulih tetapi tanda - tanda dari pemeriksaan menunjukkan sebaliknya?

Rasanya dia tak mampu jawab soalan aku sebaliknya menyarankan kenapa tidak lalui colonoscopy dan PET Scan sekali lagi, biar hasilnya memberitahu status sebenarnya.

Ok aku kena akur dan PET Scan akan dijalankan pada 1 hb. Oktober 2019 sementara colonoscooy pada  9 hb. Disember 2019.  Semoga kedua - dua proses itu dapat memberikan gambaran sebenar dan mampu membuat aku benar - benar bersyukur dan gembira.

Doakan aku.

Luah Bicara 49


Sesekali mengimbau kenangan lama memang mengasyik dan merindukan. Akan tetapi ia juga sekali gus menyakitkan kerana kita tidak dapat berpatah balik secara fizikalnya ke zaman itu. Yang mampu cumalah merasakan secara emosi yang mana itupun tidak seratus peratus tepat sebagaimana ianya berlaku.

Ada hikmah rupanya bila seorang member Luah Bicara dengan tidak sengaja left group dan mohon di" add " semula. Walaupun memasukkannya semula menghadapi masalah pada mulanya berikut peraturan baru whatsapp , cubaanku memasukkannya semula melalui invite via link berjaya.

Kenapa aku katakan ada hikmahnya bila member ini " left " dan " joint " semula? Pertamanya kehadirannya semula menyedarkan ahli - ahli lain yang pernah tinggal sekampung walaupun sebenarnya dia sudah lama di dalam group, cuma lebih banyak masa dia hanya menjadi CCTV dari mencelah berbicara, tetapi sesekali muncul juga.

Keduanya kehadiran semulanya memeriahkan semula Luah Bicara yang mula suram dengan perbualan walaupun buat seketika, ahli - ahli yang lain yang tidak sekampung, tidak dapat join kerana topik yang tidak sepunya. Namun keperihatinan bertanya " sekampung ke ?"  turut memeriahkan Luah Bicara.

Memang sebenarnya selain dari ahli asal group yang terdiri dari pengikut Tulisan dan Luah Bicara, ahli Luah Bicara juga terdiri dari rakan - rakan sekampung, rakan - rakan sekolah, rakan - rakan maktab, rakan - rakan universiti, rakan - rakan yang pernah tinggal setaman dan juga rakan - rakan baru yang bersama - sama menunaikan Ibadat Haji tahun lalu. Menariknya ahli - ahli Luah Bicara terdiri dari pelbagai latar belakang kehidupan dan juga kerjaya yang kalau dikongsikan dengan sebaiknya dapat memperkayakan pengetahuan dan pengalaman bersama

Hikmat ketiga, tetiba aku terikut kembali mengenang zaman kanak - kanak dan remaja ketika di kampung, sesuai dengan perenggan pertama tulisanku kali ini.

Ahli yang di"add" semula ini yang bernama Salbiah atau di kampung kami panggil Sal ( sesuai dengan cara rakan suku Jawa kita mengambil sukukata pangkal sebagai panggilan ringkas. Contohnya Ru untuk Rubiah, Zu untuk Zubaidah dan Pai untuk Paizah ) tinggal bersebelah rumah dengan aku di Kampong Tanjong Ara atau dipanggil juga Kampung Jawa kerana ramainya suku Jawa di kampung itu. Abang Sal kawan baik aku hingga sekarang.

Ada dua Hasan di kampung kami. Jadi untuk membezakannya, seorang dipanggil Hasan Purah kerana dia anak Wan Purah sementara seorang lagi dipanggil Hasan Sadi kerana bapanya Wak Sadi. Hasan Sadi ini amat manja dan dimanjakan oleh bapanya. Oleh yang demikian ada sedikit kekangan berkawan dengannya. Kena hati - hati kalau tidak hendak dimarah oleh Wak Sadi.

Hasan Purah ada juga kutemui dalam usia dewasa dan di penghujung usia ini. Hasan Sadi langsung tidak pernah kutemui sejak aku memasuki sekolah berasrama penuh hinggalah sekarang. Apa yang aku pernah dengar, kakinya sudah dipotong kerana kencing manis.

Wak Rebin seorang lagi penduduk kampung kami. Dia bukan rakan sepermainan aku kerana dia sudah tua ketika aku budak-budak. Ada sebab yang membuat aku tidak boleh melupainya.

Dia penjual sate yang terkenal di Pekan Parit. Masa itu harga sate cuma lima sen secucuk. Adalah yang cuma membeli secucuk sahaja. Dialog ini tidak mungkin aku lupakan.
" _mangan sate limang sen, kuah ngirup - ngirup, gowo roti paun kok nyecah "_
Nak tahu maknanya, tanya member - member Jawa.

Banyak lagi kenangan yang kalau ditulis boleh saja jadi novel yang panjang. Namun aku kena berhenti di sini dulu sesuai dengan format tulisanku selama itu, pendek dan santai. Lagipun tidak ramai yang suka membaca tulisan yang panjang.

Luah Bicara 48


Ketika berkereta menuju ke masjid menjelang  maghrib siang tadi, sebagaimana di waktu yang sama setiap hari, Radio Kelasik Nasional menyiarkan lagu nasyid keluaran tahun 1978, nyanyian Kumpulan Al Mizan dengan vokal mantap dan merdu dari Faridah Mohd Amin.

Setiap kali lagu Ini berkumandang, ia menimbulkan kenangan ku ke tahun yang berkenaan iaitu 41 tahun yang silam.

Kenapa lagu itu menggamit kenanganku ? Kaset iagu itu baru saja kubeli ketika itu dan aku memainkannya tanpa jemu di pemain kaset kereta Colt Lancerku yang no platnya PV 2017 setiap hari.  Ketika itu aku berulang alik dari Pontian  ke Benut yang jaraknya 26 km . Ketika itu aku menjalani Latihan Mengajar . ketika itu aku menjalani Kursus Perguruan Khas atau rasminya dipanggil Kursus Tambahan Sains Pertanian atau ringkasnya KTSP.

Suara Faridah Mohd Amin yang merdu dan lagu - lagu yang sedap didengar membuat aku tidak jemu - jemu memutarkannya saban hari.

Masa itu jalan dari Pontian ke Benut kecil sahaja.Aku berulang alik dengan rakanku Nordin yang menjalani latihan mengajar di sekolah yang sama iaitu Sekolah Menengah Benut. Masa itu usiaku baru 30 tahun.

Banyak kenanganku ketika menjalani latihan mengajar selama sebulan itu.  Kami seramai tujuh orang menyewa sebuah rumah kampung kepunyaan seorang yang kami kenali sebagai Pak  Haji sahaja.

Di sekolah ini seorang guru muda ( guru sementara ) mengajak aku yang tidak begitu pandai bermain catur berlawan dengannya. Dibulinya aku dengan mengalahkan aku dengan empat langkah sahaja sebanyak empat kali berturut - turut. Di rumah sewaan kamipun, aku asyik dikalahkan oleh rakan serumah.

Keadaan ini membuat aku bertekat untuk mengalahkan semula mereka semua. Hujung minggu, aku balik ke Johor Bahru, beli buku catur dan mentelaah buku tersebut. Akhirnya aku berjaya mengalahkan mereka seorang demi seorang dan ini menjadi turning point dalam hidupku dari tidak meminati catur hingga menjadi pemain catur yang pernah berada di ranking ke empat di Perak.

Kenapa aku ceritakan tentang permainan catur ini dalam mengenang kembali kesah di Pontian ini? Ini ada kaitan dengan kesah kami dengan Tuan Rumah.

Suatu hari Jumaat, kami tidak balik ke Johor Bahru. Selesai solat Jumaat Pak Haji belanja kami minum. Oklah tu. Semasa kami sudah habis latihan mengajar, bila nak bayar sewa, janji asalnya sewa sebuah rumah dan kami share bayar.  Akan tetapi Pak Haji mahu kami bayar ikut jumlah kepala yang mana jadi mahallah. Lalu kawan- kawan kata, Pak Haji ni, hulur pawn makan Castle. Membandingkan belanja Pak Haji sebagai hulur pawn dan sewa yang diambil.oleh Pak Haji macam makan Castle. Siapa yang tahu main catur, fahamlah maksudnya. Umpan buah kecil, makan buah besar.

Lucu pun ada ketika Pak Haji belanja kami minum. Pak Haji tanya, cikgu nak minum sarbat? Apa lagi, aku memang minat sarbat, aku kata hendaklah. Tahu apa minuman yang sampai? Air Halia bersusu.

Terkena aku. Pertamanya, sarbat bagi kami orang utara ialah campuran air selasih, campur cengkeh dan kulit kayu manis dan sirap. Itu sebab aku hendak.
Kedua aku memang tidak  lalu minum minuman bersusu. Kata orang Kedah, tak boleh nak pi.

Banyak lagi kenangan semasa latihan mengajar di Benut itu. Menjelang waktu rehat, senarai pesanan makanan diedarkan untuk kami pesan dan makansn yg kami pesan terus dihantar ke bilik guru tanpa perlu kami ke kantin.
?
Dan satu lagi kenangan, ada guru perempuan muda ( kalau tak silap guru sementara ) yang sedap mata memandang dan mesra pulak tu. Hi hi.

Luah Bicara 47


Lama.tidak menulis untuk Luah Bicara. Terasa ada vakum dalam diri. Ada banyak sebab mengapa saya terhenti menulis, salah satunya saya sedang sibuk menguruskan reunion kali ke 7 sahabat - sahabat bekas penuntut MPTI 1970 - 1973. Walaupun pengurusan jarak jauh, tetapi kesibukannya tetap ada apatah lagi saya juga mengutip dan menguruskan bayaran penyertaan.

Hari ini saya menulis tentang perkara yang santai tapi menyentuh minda saya sudah agak lama, iaitu tentang lirik atau senikata lagu.

Oleh kerana lagu itu berkumandang lagi hari ini dan saya sudah lama terganggu olehnya, saya ulas lagu itu dulu iaitu lagu Joget Malaysia ciptaan dan nyanyian Tan Sri P. Ramlee bersama Biduanita Negara, Puan Sri Saloma.

Cuba lihat lirik yang berupa pantun itu:

Datuk Panglima pergi membajak
Ke tanah rata senja pulangnya
Kalau Saloma orang yang bijak
Negeri kita apa namanya

Eh eh perlu ke bijak untuk mengetahui nama negeri atau negara sendiri? Kalau negara sendiripun tak tahu namanya, itu bangang tu.

Begitu juga seterusnya:

Ramalah rama di pohon duri
Mati ditimpa si buah nangka
Kalau Saloma orang bistari
Bulan berapa Malaysia merdeka

Bistari ni maknanya mengikut Kamus Dewan edisi ke 4, benar - benar bijak. Hanya orang yang benar - benar bijak saja kah yang tahu bulan berapa Malaysia merdeka? Atau ramai sungguh orang yang bistari di Malaysia ini termasuk kanak - kanak kerana kanak - kanak juga ramai yang tahu bulan berapa Malaysia merdeka. Lojik - lojiklah nak  tulis lirik kan?

Seterusnya:

Ke pasar lama membeli serai
Singgah bertanya Datuk Menteri
Kalau Saloma orang yang pandai
Di mana letak Ibu Negeri

Samalah seperti di atas. Perlu pandai untuk tahu di mana letaknya ibu Negeri. Kan?

Ini pula lagu Norsela Amin:

Ringkasnya kata-kata, tercatat di dalamnya
Doamu aku tabah, hadapi hari muka
Katamu engkau terpaksa memutuskan cinta kita
Tiada engkau berikan
Penjelasan... dan alasan

Nampak tiada salahnya lirik di atas kan?
Tapi dalam rakaman dan kekal dipasarkan, Norsela menyebut tercacat bukan tercatat.
Pernah jadi kecoh sedikit masa dulu tetapi penyanyi cuba menjelaskan dengan alasannya dengan menegakkan benang basah yang tidak boleh diterima.

Pokok persoalannya tiada siapakah sedar semasa proses rakaman. Kalau sedar, susah sangatkah untuk ulang rakam? Yang perlu ialah sedikit keperhatinan dan rasa kebertanggungjawaban.

Ada satu lagu ni nyanyian semula Sanisah Huri yang saya lupa judulnya. Liriknya sepatutnya ialah laksana hamparan tikar permaidani, tetapi dalam nyanyian disebut tekat. Mana mahunya kan?

Orang Malaysia bukankah selalu terikut - terikut bila ada istilah atau perkataan baru. Salah satunya perkataan kesinambungan yang dalam Bahasa Inggerisnya continuity. Maka berebut - berebutlah orang menggunakannya termasuklah dalam lagu Kesinambungan Cinta.

Aku bukan sinambungan kasihmu
Untuk engkau memenuhi rasa
Ataupun untuk melindungi kecewa
Setelah gagal bercinta

Jangan ku dijadikan bahan sinambunganmu
Hanya untuk mengisi ruang hidupmu
Sebagai watak babak cintamu
Janganlah semuanya kau jadikan cerita hingga akhirnya

Persoalannya, betulkah penggunaannya itu? Saya rasa tak betul. Mungkin rakan saya dalam group ini yang pakar bahasa boleh membantu saya.

Sebenarnya banyak lagi kejanggalan dalam lirik atau penyebutan oleh penyanyinya. Kalau saya nak bentang semua kat sini jadi panjanglah pula.

Meminjam lenggok kata Nabil, kaucarilah sendiri!

Luah Bicara 46


Kesah yang nak kupaparkan kali ini ialah  kesah suatu hari di Puduraya. Tarikhnya aku  dah lupa kerana  sudah lama ianya berlalu tapi teringat tiba - tiba nak share bila tadi berbual dengan isteri tentang perkhidmatan bas ekspres.

Hari itu aku naik bas untuk balik ke Ipoh atau Pulau Pinang, aku tak berapa ingat. Itu pertama kali aku naik bas syarikat berkenaan.

Ketika penumpang sudah ramai yang naik dan hampir penuh tetapi bas belum nak bertolak, seorang lelaki lingkungsn usia 30an membawa kotak besar yang berisi air kotak minuman naik dan membuka kotak tersebut dan mengedarkan air  kotak minuman tersebut. Dia meminta penumpang edarkan minuman kotak  itu ke setiap penumpang.
Bagus syarikat bas ini kerana menyediakan minuman bisik aku dalam hati.

Ada penumpang bertanya . " Abang, boleh atau tidak ambilkan untuk member yang pergi ke tandas ? ". Orang itu kata,  boleh.  Begitulah lebih kurang dia membenarkan.

Kemudian dia bertanya,   " Semua dah dapat ? Ada lagi yang belum dapat ? "
Nampak begitu perihatin. Tapi rasa hormat dan kagum tiba - tiba merudum bila dia berkata " Ok yang sudah ambil, sila bayar RM2 katsnya."

Terpinga - pingalah semua penumpang tetapi dengan hati yang bengkek aku rasa dan bercampur dengan  malu alah dan malas nak bertekak,  masing - masing hulurlah RM2.

Eh berniaga macam inipun ada yer? Macamana hukumnya tu ? Barangan yang dijual, barangan halal. Dia pun tentu sudah mengeluarkan  modal untuk membeli minuman kotak itu.Tapi cara jualannya macam menipu.

Macamana tu ustaz?

Luah Bicara 45


Baru sekejap ni tadi semasa nak membelok masuk ke perkarangan HUKM mengambil isteri, terlintas nak bagi cadangan kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ ) supaya memberikan kursus khas kepada pemandu-pemandu ( tuan punya - tuan punya kereta - kereta kategori mahal atau mewah ).

Kandungan kursus itu antara lain ialah mengenalkan mereka kepada komponan signal  di kereta mereka dan cara menggunakannya. Ini kerana kebanyakan mereka yang memandu kereta mewah tidak pernah atau jarang sangat menggunakan signal. Mungkin juga mereka tidak tahu bahawa kereta mereka ada signal. Atau apakah memang kereta mewah tidak dibekalkan signal oleh pengeluar atau dicabut awal - awal semasa dibeli. Ini bukan semua ye. Tetapi sebahagian besarnya begitu..

Mereka juga harus diberi kursus maksud - maksud setiap aignal yang diberi oleh pemandu kereta murah yang memang ada signal. Kalau ada simpang ke kiri, orang depan bagi signal kiri, maknnya pemandu kereta murah ni nak masuk simpang kiri atau setidak - tidaknya nak bersedia di lane kiri. Beritahu mereka janganlah memandu laju dan memotong di sebelah kiri apabila nampak kereta murah di depan beri signal kiri dan berilah peluang kereta murah ni masuk ke lane atau simpang kiri tersebut.

Ajar juga mereka, kalau nak tukar lane kena bagi signal. Tunjuk praktikal kat mereka. Kalau signal kereta mereka memang dah dicabut signalnya, suruh mereka pasang balik.

Pendek kata kursus khas ini kandungannya ialah mengenalkan mereka kepada signal yang ada di kereta mereka dan cara menggunakan signal tersebut di samping maksud signal tersebut. Ajar juga mengenal maksud signal  dari kereta lain di hadapan mereka dan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

Itu saja isi tulisan saya hari ini dan saranan saya kepada pihak JPJ. Harap ada sambutan dari pihak JPJ.

Luah Bicara 44


Dalam menggendalikan whatsapp Group sebagai admin atau sebagsi ahli biasa, anda akan berdepan dengan ahli ahli yang  left group.
Sebagai admin dan orang yang mengwujudkan whatsapp group tersebut, apabila ada ahli yang left, tidak dapat tidak hati  akan tersentuh juga dan tertanya - tanya kenapa? 
Apa puncanya? Di mana salahnya. Apa silapnya?
Ada dalam satu whatsapp group yang saya salah seorang admin, 3 - 4 kali kawan kita ni left kemudian minta join balik hingga kawan admin yang lain bengang juga. Alasannya  sama ada cucu main  atau tidak sengaja left.
Dalam  peraturan baru Whatsapp ni, bila left nak masuk balik agak sukar.  Bila nak masuk balik kena admin yg lain dari yg add in dia yg masukkan balik. Kalau selalu dan semua admin sudah digunakan payahlah nak join balik.
Ahli yang tidak sengaja tu saya faham sebabnya begini. Kalau whatsapp peribadi, selepas tekan arahan more, clear chat tersenarai di tengah - tengah senarai arahan yang lain. Tapi kalau whatsapp group clear chat di atas sekali dan yg di tengah - tengah ialsh exit group. Jadi kerap terjadi, tujuannya nak clear chat tapi tertekan exit group.
Ahli yg begini left dengan tak sengaja. Bolehlah layan dia masuk balik.
Akan tetapi ada juga yang kaki sentap . Sikit - sikit sentap. Sikit - sikit sentap. Bila hati dah dibaikpulih , mintalah masuk balik. Yang ni kalau selalu  sentap baik tak usah dilayan.
Ahli yang ini saya tak faham. Mula nak join. Atas desakan tertentu, left group. Lepas itu merayu  pulak nak join balik. .Layan je lah. tup - tup hari ni dah left balik tanpa sepatah kata pun. Ini saya betul - betul tak faham. Sebagai pencipta group dan sekali gus bertindak sebagai admin, terkilan juga rasanya.
Kalau anda tersentuh ke atau  apa ke, selagi tidak diremovekan , tak payahlah left. Malas nak aktif jadilah ahli CCTV. Anda tak susah apa apa, admin pun tidak terasa hati.

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...