Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Luah Bicara 55


Cerita itu, atau cerpen.itu saya baca lama dulu. Sama ada saya baca di dalam Akhbar Utusan Pemuda atau Dewan Sastera, saya tidak pasti kerana sudah terlalu lama. Tajuknya pun saya dah lupa tetapi inti patinya saya masih ingat. Kesah rumah tiada daun pintu atau tiada berkunci.  Inipun saya kurang ingat.

Akan tetapi setiap kali saya membuka pintu rumah waktu nak ke masjid untuk solat Subuh, cerita itu terus berligar di kepala saya. Ini kerana saya perlu mula sekali membuka daun pintu kayu. Selepas itu saya kena membuka kunci kekisi besi  yang terbena pada kekisi berkenasn . Akhir sekali saya kena membuka mangga yang dipasang pada rantai yang dibelitkan pada kekisi besi tadi. Walaupun kuncinya saya kenali, tetapi memilih kunci yang geriginya sesuai untuk membuka mangga berkenaan tetap mengambil masa. Paling tidak rasanya keseluruhan proses akan megambil masa paling tidak pun 
lima minit. Proses yang sama untuk menguncinya pula.

Betul, ada penyelesaiannya. Asingkan kunci yang berkaitan dari jambak kunci yang saya ada. Maknanya kena asingkan menjadi  dua jambak kunci. Leceh juga kan? Tapi persoalanya bukan itu.

Kenapa setiap kali saya membuka pintu rumah saya, saya akan ingat cerita yang saya sebut di atas ? Rumah ganjil yang menjadi bisik  - bisik orang ramai itu adalah dipunyai oleh seorang lelaki yang semua ahli keluarganya, yakni isteri dan anak-anaknya  rentung terbakar dalam rumah yang berkunci rapi seperti kunci rumah saya yang tidak dapat stau tidak sempat dibuka untuk menyelamatkan diri. Dan bila dia membina rumah baru, dia membina rumah yang pelik bagi orang ramai. Tiada daun pintu atau tiada kunci pintu.

Itu sebabnya,  sebenarnya saya tidak begitu setuju mengunci pintu begitu ketika kita ada di dalam rumah.

Kita takut siapa sebenarnya? Kalau penceroboh dari luar, bunyi kunci diumpil tentu menyedarkan kita dan kita boleh bertindak serta merta dengan membuka semua lampu dan tentu penceroboh melarikan diri. Atau kita boleh saja menelepon polis dan/atau jiran tetangga.

Kalau kita meninggalkan rumah, saya setuju kita kena menguncinya berlapis  -lapis. Sekurang - kurangnya menyukarkan atau melambatkan proses mengumpil oleh penceroboh.

Kita selalu takut pada ancaman dari luar tetapi tidak pernah terfikir ancaman daripada dalam. Kalau berlaku kebakaran, tidakkah kita mengambil masa yang panjang untuk membuka.pintu untuk menyelamatkan diri? Dan sedar atau tidak bahang panas cepat sekali memanaskan kekisi, rantai dan juga mangga yang menyebabkan.kita tidak mampu membukanya.

Jadi kalau begitu kenapa   mengunci berlapis itu terus jadi amalan?

Ketakutan dan cara berfikir wanita tidak sama dengan cara saya atau lelaki berfikir. Dan demi keharmonian, bukankah kita kena selalu mengalah?

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...