Musim hujan bukanlah waktu yang sesuai untuk mencuci kereta. Kadang - kadang sebaik sahaja kereta siap dicuci luar dan dalam, hujan turun mencurah - curah. Badan kereta kotor semula terkena pasir - pasir atau lumpur yang diharung sepanjang laluan. Alas lantai kereta kotor semula kerana kita masuk kereta dengan kasut yang basah dan berpasir.
Terasa ralat pulak keluar duit untuk cuci kereta di nusim hujan. Tapi sudah lama kereta aku tidak dicuci dan di"vacum" , isteri kata nak.letak kaki pun geli kerana penuh pasir dan tanah, cucilah juga hari ini sambil menunggu isteri mengurut.
Hari Jumaat hari tu pergi dah ke tempat cuci kereta. Bila tengok orang terlalu ramai menunggu giliran, aku batalkan saja hasratku. Petangnya hujan cukup lebat tapi aku berhasrat untuk cuci bahagian dalam kereta saja. Tapi tempat cuci kereta dah tutup operasi. Malaslah pulak nak memandu kereta ke tempat cuci yang beroperasi di tempat berbumbung atau dalam rumah kedai.
Sebenarnya mencuci kereta yang kecil - kecil ini , seperti viva ini yang kupakai sejak Wira Aeroback tu terbakar tidaklah sesusah mana pun.
Dulu masa masa aku masih muda dan sebelum bersara, aku jarang sekali mencuci kereta di tempat cuci kereta. Semuanya kulakukan sendiri.
Duduk di rumah teres, di mana kereta diletakkan di porch depan pintu rumah, dan bekalan air paip cukup kuat tekanannya, bahan - bahan cucian kereta yang lengkap dari jenama terkenal yang aku jadi pengedar, menambah mudah kerja - kerja mencuci kereta. Hatta kerja polish kereta pun aku lakukan sendiri.
Tinggal di rumah.pangsa, apartment atau condomenium memanglah agak bermasalah untuk melakukan kerja kerja pembersihan sendiri. Kerana itulah pusat pusat cuci kereta tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan terutamanya di bandar - bandar. Satu bisnea yang menguntungkan. Malangnya dalam ratusan atau ribuan tempat cuci kereta, hampir semua diusahakan oleh Mat Mat Bangla. Mana pusat cuci kereta budak - budak Melayu? Hina ke kerja cuci kereta sedangkan pendapatannya lumayan sekali.
Bila ada yang berani kata Melayu malas, ramai yang marah kan? Termasuk aku. Jadi nak kata apa yer kalau bukan malas? Malu ? Malu pada bukan tempatnya tidak.membawa kita ke.mana- mana? Betul tak?
Fikir - fikirkanlah.
No comments:
Post a Comment