Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Tulisan 15

Tulisan kali ini membawa persoalan yang ringan dengan pendekatan yang santai. Walau bagaimana pun persoalan yang ringan ini kadang-kadang menimbulkan akibat melucukan atau salah faham yang mencetuskan ketidakselesaan.

Persoalannya ialah persoalan dialek dan juga penggunaan istilah yang membawa makna yang salah atau mengelirukan.

Satu hari isteri saya menghantar mesej mengatakan dia menunggu saya di selekoh dekat perumahan kami. Sambil memandu, sambillah saya memerhati kelibat isteri saya di selekoh yang ada di situ. Saya tak nampak pun .

Isteri saya call bertanya kenapa saya tak sampai - sampai dan tak ambil dia. Saya kata saya dah lalu dan sudah perhati tetapi tidak nampak pun . Dia marah kenapa saya tidak nampak dia.

Tahu apa sebenarnya berlaku? Jauh bezanya selekoh dengan simpang. Apa yang isteri saya maksudkan ialah simpang bukan selekoh.

( siapa yang tak tahu beza PM tepi )

Anak saya berkahwin dengan orang Kedah. Suatu hari ibu mertuanya minta dia ambil barang atas kereta. Anak saya pergilah ke kereta tetapi tidak adapun apa - apa di atas kereta.

Bagi kita atas kereta bermaksud atas bumbung kereta, tetapi bagi orang Kedah atas kereta bermaksud dalam kereta.

Bukankah menimbulkan kekeliruan atau kelucuan atau mungkin juga kemarahan?.

Ada rombongan budak-budak sekolah dari Perak berhenti dekat penjual cendol di Kelantan.

Budak-budak pun minta cendol dari penjual tu. Penjual tu bertanya " Anak nak makan selalu ke? "
Budak-budak tu jawab, * Tidak Pak Cik kadang -kadang sahaja ."

Tengok!  selalu bagi orang Kelantan bermaksud masa tu juga, terus atau kata orang Kedah la la tu juga. Sedangkan umum menggunakan selalu yang bermaksud kerap atau kerap kali.

Saya yang tahu istilah itupun pernah saja-saja buat bodoh ketika di Pasar Khadijah.

Seorang lelaki menjual sejenis buah yang saya agak rasanya masam - masam manis. Saya tak ingat buah apa. Dia beriya -iya suruh saya beli kerana katanya sudah masak dan boleh dimakan selalu.

Saya yang masa tu tiba - tiba tumbuh.       " tanduk kecil" membalas balik. " Tak berani makan selalu takut sakit perut" . Hi hi sorry member Kelantan.

Ini lagi haru. Menantu  lelaki orang Johor yang baru sehari menjadi menantu, duduk di atas tangga. Bapa mertuanya orang Perak baru keluar dari tandas di luar rumah ( biasalah tandas rumah kampung ).

Sambil menghampiri menantu si bapak mertua bersuara " Mat mintak cebok. Terpinga-pinga Si Mat, biar betul bapak mertua aku ni?

Kenapa jadi begitu? Cebok ikut istilah Johor ialah perbuatan basuh berak atau bahasa halusnya basuh najis selepas buang air besar. Sedangkan cebok bagi orang Perak ialah pencedok air atau gayung kata orang selatan.

Bapak mertua tu tadi minta dihulurkan cebok (gayung) yang ada di atas anak tangga di sisi menantunya.

Banyak lagi sebenarnya. Perbezaan budaya atau cara hidup yang juga boleh menimbulkan  sengketa.

Kesah merebus kerang. Sang Menantu sudah terbiasa dalam keluarga, kerang direbus bubuh serai dan sebagainya tetapi kuahnya tidak dihirup atau dibubuh ke dalam nasi. Makan isi kerang sahaja. Jadi tidaklah perlu membasuh kerang itu sebersih - bersihnya . 100% cakap modennya .

Tapi di setengah tempat, kuah rebusan itu untuk dihirup atau dituangkan ke nasi. Jadi marah dan bersungutlah emak mertua tu kerana menantunya tidak membasuh sehingga 100% bersih. Kita kena faham budaya orang lain.

Cukuplah sekadar itu. Cuma saya ingin berpesan, hati-hati menekan keypad dan selalu semak balik ejaan yang anda tulis. Jauh maknaya bual dengan buat. Jauh maknanya bila anda nak tulis esok kita bual lagi tetapi anda tertulis esok kita buat lagi.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...