Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Luah Bicara 60


Semalam saya membeli 5 bungkus nasi lemak sambal petai. Bila dah siap dibungkus dan dimasukkan ke dalam.plastik, saya tanya penjual berapa harganya semua. Dia membuka bekas plastik duitnya dan mengambil kalkulatur. "5 x 4 = RM20 encik."

Apa isunya ? 5 x 4 = 20, betul le kan? Memanglah betul.

Isunya 5 x 4 perlukah guna kalkulatur? Lainlah kalau harga RM 3.80 ke RM 3.60 ke? RM 3.65 ke? Lojiklah sikit untuk guna kalkulator.

Saya pernah bertemu penjual yang nak campur harga dua gelas minuman punterpaksa cari kalkulatur terlebih dahulu.

Emak saya yang buta huruf tetapi tak buta nombor punboleh saja mengira jumlah hutang yang tertulis dalam buku 555 dalam kepala sahaja. Main congak saja.

Di mana silapnya? Pendekatan pengajaran matematik yang sudah tidak ada slot untuk pengajaran yang dinamakan CONGAK atau pendekatan yang terlampau bergantung kepada alat yakni kalkulatur?

Kepergantungan kepada alat seperti kalkulatur mungkin untuk lebih cepat dan tepat. Tetapi kalau hendak memberitahu pelanggan harga 5 bungkus nasi lemak yang RM4 sebungkus pun kena cari kalkulator terlebih dahulu atau nak campur RM1.50 dan RM1.20 harga dua gelas minuman pun kena cari kalkulatur terlebih dahulu, di mana cepatnya?

Perkara yang sama berlaku lagi bila nak mengembalikan wang baki. Tanpa kalkulatur macam tak boleh nak kira dalam minda bila harga barang RM3.65 dan pelanggan bayar dengan wang kertas RM5.

Cikgu - cikgu matematik di sekolah rendah dan menengah eloklah praktikkan balik slot CONGAK dalam pengajaran mereka. Tak salahpun. Tidak terkeluar dari sukatan pelajaran pun. Dr Mazlee Malik pun tak marah kut?

Mungkin ada yang berkata, kita dah berada di dunia moden, dah ada alat, gunalah. Tak salah menggunakan alat - alat, tetapi janganlah bergantung sangat kepada alat - alat hingga kepada yang terlalu asas. Allah jadikan minda kita hebat, jadi janganlah kita sia - siakan kehebatsn yang Allah anugerahkan kepada kita.

Pergantungan yang keterlaluan kepada alat menyebabkan kita tidak mampu melakukan apa yang sepatutnya kita mampu bila alat - alat berkaitan tak ada pada ketika itu. Ini menyebabkan kerja kita terganggu. Jadi tidak produktif.

Sekian luah bicara pendek dari saya untuk renungan.

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...