Semasa Kuliah Subuh suatu pagi di
sebuah masjid , disentuh tentang fasa-fasa
sebelum kiamat tiba. Sekarang ini kata penceramah berkenaan kita berada
di fasa fitnah.
Bertolak dari kuliah itu maka
saya nukilkan coretan ini.
Memanglah sekarang ini di mana
ledakan teknologi maklumat begitu
hebat dengan wujudnya media sosial seperti facebook,
whatsapp, instagram dan lain-lain
aplikasi, penyebaran fitnah begitu mudah dan begitu dahsyat. Keadaan ini diburukkan lagi
oleh daya penapisan yang begitu
lemah.
Bila saya sebut penapisan di
sini, saya tidak memperkatakan tentang mekanika
penapisan maya oleh badan - badan
tertentu atau aplikasi tertentu.
Penapisan yang saya sentuh di sini ialah penapisan
kendiri.
Penapisan kendiri bermaksud
penapisan yang dibuat atau dilakukan oleh diri kita sendiri. Maksudnya apabila
kita menerima sesuatu hantaran , kita pastikan dulu kesahihannya , terkini atau
ulangtayang, perlu atau tidak disebarluaskan dan sebagainya.
Apa yang saya lihat mutakhir
ini, tidak mengira latar belakang akademik, samada lulusan menengah, sarjana
muda, sarjana mahupun PhD, gagal membuat penapisan kendiri.
Apa saja yang dibaca dan
diterima, terus diserap masuk ke dalam minda tanpa ada penapisan benar atau
tidaknya, munasabah atau tidaknya dan lebih malang terus sahaja disebarluaskan
tanpa mengira kesan atas penyebaran itu.
Kadang - kadang yang
disebarluaskan itu ialah isu tiga belas
tahun lepas yang dikitar semula
yang sudahpun diselesai dengan baik dan tidak jadi isu lagi. Akan tetapi
penerima menganggapnya isu baru terus sahaja memanjangkannya dan terus mendapat
reaksi segera dan meluas yang mengundang keresahan di kalangan masyarakat.
Contoh terbaharu sehari dua ini
ialah video tentang harimau. Video
yang sama di whatspp group yang berlainan lokasi melaporkan berlaku di tiga lokasi yang berlainan iaitu di Seri Iskandar, di Ulu Beranang dan di Ulu Yam
.
Cubalah mulai saat ini, gunakan
daya pemikiran kita untuk menapis , semoga apa yang kita terima dan sebarkan,
benar-benar murni, ada manfaatnya kepada diri dan kepada orang lain.
Sekian.
No comments:
Post a Comment