Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Luah Bicara 49


Sesekali mengimbau kenangan lama memang mengasyik dan merindukan. Akan tetapi ia juga sekali gus menyakitkan kerana kita tidak dapat berpatah balik secara fizikalnya ke zaman itu. Yang mampu cumalah merasakan secara emosi yang mana itupun tidak seratus peratus tepat sebagaimana ianya berlaku.

Ada hikmah rupanya bila seorang member Luah Bicara dengan tidak sengaja left group dan mohon di" add " semula. Walaupun memasukkannya semula menghadapi masalah pada mulanya berikut peraturan baru whatsapp , cubaanku memasukkannya semula melalui invite via link berjaya.

Kenapa aku katakan ada hikmahnya bila member ini " left " dan " joint " semula? Pertamanya kehadirannya semula menyedarkan ahli - ahli lain yang pernah tinggal sekampung walaupun sebenarnya dia sudah lama di dalam group, cuma lebih banyak masa dia hanya menjadi CCTV dari mencelah berbicara, tetapi sesekali muncul juga.

Keduanya kehadiran semulanya memeriahkan semula Luah Bicara yang mula suram dengan perbualan walaupun buat seketika, ahli - ahli yang lain yang tidak sekampung, tidak dapat join kerana topik yang tidak sepunya. Namun keperihatinan bertanya " sekampung ke ?"  turut memeriahkan Luah Bicara.

Memang sebenarnya selain dari ahli asal group yang terdiri dari pengikut Tulisan dan Luah Bicara, ahli Luah Bicara juga terdiri dari rakan - rakan sekampung, rakan - rakan sekolah, rakan - rakan maktab, rakan - rakan universiti, rakan - rakan yang pernah tinggal setaman dan juga rakan - rakan baru yang bersama - sama menunaikan Ibadat Haji tahun lalu. Menariknya ahli - ahli Luah Bicara terdiri dari pelbagai latar belakang kehidupan dan juga kerjaya yang kalau dikongsikan dengan sebaiknya dapat memperkayakan pengetahuan dan pengalaman bersama

Hikmat ketiga, tetiba aku terikut kembali mengenang zaman kanak - kanak dan remaja ketika di kampung, sesuai dengan perenggan pertama tulisanku kali ini.

Ahli yang di"add" semula ini yang bernama Salbiah atau di kampung kami panggil Sal ( sesuai dengan cara rakan suku Jawa kita mengambil sukukata pangkal sebagai panggilan ringkas. Contohnya Ru untuk Rubiah, Zu untuk Zubaidah dan Pai untuk Paizah ) tinggal bersebelah rumah dengan aku di Kampong Tanjong Ara atau dipanggil juga Kampung Jawa kerana ramainya suku Jawa di kampung itu. Abang Sal kawan baik aku hingga sekarang.

Ada dua Hasan di kampung kami. Jadi untuk membezakannya, seorang dipanggil Hasan Purah kerana dia anak Wan Purah sementara seorang lagi dipanggil Hasan Sadi kerana bapanya Wak Sadi. Hasan Sadi ini amat manja dan dimanjakan oleh bapanya. Oleh yang demikian ada sedikit kekangan berkawan dengannya. Kena hati - hati kalau tidak hendak dimarah oleh Wak Sadi.

Hasan Purah ada juga kutemui dalam usia dewasa dan di penghujung usia ini. Hasan Sadi langsung tidak pernah kutemui sejak aku memasuki sekolah berasrama penuh hinggalah sekarang. Apa yang aku pernah dengar, kakinya sudah dipotong kerana kencing manis.

Wak Rebin seorang lagi penduduk kampung kami. Dia bukan rakan sepermainan aku kerana dia sudah tua ketika aku budak-budak. Ada sebab yang membuat aku tidak boleh melupainya.

Dia penjual sate yang terkenal di Pekan Parit. Masa itu harga sate cuma lima sen secucuk. Adalah yang cuma membeli secucuk sahaja. Dialog ini tidak mungkin aku lupakan.
" _mangan sate limang sen, kuah ngirup - ngirup, gowo roti paun kok nyecah "_
Nak tahu maknanya, tanya member - member Jawa.

Banyak lagi kenangan yang kalau ditulis boleh saja jadi novel yang panjang. Namun aku kena berhenti di sini dulu sesuai dengan format tulisanku selama itu, pendek dan santai. Lagipun tidak ramai yang suka membaca tulisan yang panjang.

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...