Seperti *Tulisan* yang mencapai bilangan ke *100* dan aku tidak menyambungnya menjadi *Tulisan 101* , begitulah dengan *Luah Bicara 100* yang mungkin saja aku tidak menyambungnya dengan menulis *Luah Bicara 101.*
Luah Bicara 100 ini merupakan pelengkap kepada *Luah Bicara - 50 Luahan Kedua* yang akan dicetak dan diterbitkan nanti. Akan tetapi tidak adil kepada pembaca kalau disogokkan membaca Luah Bicara 100 seperti membaca sebuah penutup. Jadi apa isu yang hendak kutulis hari ini?
Aku ingin memperkatakan salah satu kaedah mendidik yang kadang-kadang atau sering disalah tafsirkan.
Contohnya teguran melalui ulasan atau tulisanku dalam Luah Bicara ini. Mana yang terkena teguran akan merasa dan tersinggung. Akan tetapi inilah yang dapat kulakukan bila teguran secara lisan dan berdepan tidak berkesan. Atau teguran secara lisan dan berdepan tidak mampu dilaksanakan kerana tahu riaksi atau tidak balas yang akan dihadapi dan malas untuk berdebat perkara betul yang disalah - erti.
Bila dalam WhatsApp Group aku berkongsi ceramah - ceramah agama, mungkin ada yang merasakan perkongsian itu sebagai satu teguran atas apa yang kuperhatikan atau pernah kutegur secara berdepan. Ini kulakukan supaya pihak yang ditegur tahu, apa yang aku tegur selama ini bukan ikut naluri aku tetapi berlandaskan hukum sebenarnya dari Allah. Orang lebih percaya cakap orang ketiga apatah lagi yang dianggap lebih tahu dan lebih benar
Setengah orang mentafsir sesuatu hukum Allah mengikut hukum akal semata lalu apa yang ditegur disanggah dengan hukum akal. Perlu diingat hukum Allah itu tidak boleh ditafsir dengan hukum akal kerana banyak perkara yang tidak terjengkau oleh akal manusia.
Banyak perkara - perkara yang perlu ditegur memandang masih banyak perkara penting yang asas yang dianggap ringan. Akan tetapi aku tidak mahu memperincikannya satu persatu kerana bila diperincikan satu persatu, akan ada yang merasakan ianya sefisifik ditujukan kepada pihak yang tertentu
Tidak dapat mencegah kemungkaran dengan perbuat, kita tegur dengan lisan, tak mampu tegur dengan lisan kita tegur dalam hati tetapi itulah selemah - lemah iman. Aku memilih untuk menegur secara dalam tulisan.
No comments:
Post a Comment