Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Luah Bicara 48


Ketika berkereta menuju ke masjid menjelang  maghrib siang tadi, sebagaimana di waktu yang sama setiap hari, Radio Kelasik Nasional menyiarkan lagu nasyid keluaran tahun 1978, nyanyian Kumpulan Al Mizan dengan vokal mantap dan merdu dari Faridah Mohd Amin.

Setiap kali lagu Ini berkumandang, ia menimbulkan kenangan ku ke tahun yang berkenaan iaitu 41 tahun yang silam.

Kenapa lagu itu menggamit kenanganku ? Kaset iagu itu baru saja kubeli ketika itu dan aku memainkannya tanpa jemu di pemain kaset kereta Colt Lancerku yang no platnya PV 2017 setiap hari.  Ketika itu aku berulang alik dari Pontian  ke Benut yang jaraknya 26 km . Ketika itu aku menjalani Latihan Mengajar . ketika itu aku menjalani Kursus Perguruan Khas atau rasminya dipanggil Kursus Tambahan Sains Pertanian atau ringkasnya KTSP.

Suara Faridah Mohd Amin yang merdu dan lagu - lagu yang sedap didengar membuat aku tidak jemu - jemu memutarkannya saban hari.

Masa itu jalan dari Pontian ke Benut kecil sahaja.Aku berulang alik dengan rakanku Nordin yang menjalani latihan mengajar di sekolah yang sama iaitu Sekolah Menengah Benut. Masa itu usiaku baru 30 tahun.

Banyak kenanganku ketika menjalani latihan mengajar selama sebulan itu.  Kami seramai tujuh orang menyewa sebuah rumah kampung kepunyaan seorang yang kami kenali sebagai Pak  Haji sahaja.

Di sekolah ini seorang guru muda ( guru sementara ) mengajak aku yang tidak begitu pandai bermain catur berlawan dengannya. Dibulinya aku dengan mengalahkan aku dengan empat langkah sahaja sebanyak empat kali berturut - turut. Di rumah sewaan kamipun, aku asyik dikalahkan oleh rakan serumah.

Keadaan ini membuat aku bertekat untuk mengalahkan semula mereka semua. Hujung minggu, aku balik ke Johor Bahru, beli buku catur dan mentelaah buku tersebut. Akhirnya aku berjaya mengalahkan mereka seorang demi seorang dan ini menjadi turning point dalam hidupku dari tidak meminati catur hingga menjadi pemain catur yang pernah berada di ranking ke empat di Perak.

Kenapa aku ceritakan tentang permainan catur ini dalam mengenang kembali kesah di Pontian ini? Ini ada kaitan dengan kesah kami dengan Tuan Rumah.

Suatu hari Jumaat, kami tidak balik ke Johor Bahru. Selesai solat Jumaat Pak Haji belanja kami minum. Oklah tu. Semasa kami sudah habis latihan mengajar, bila nak bayar sewa, janji asalnya sewa sebuah rumah dan kami share bayar.  Akan tetapi Pak Haji mahu kami bayar ikut jumlah kepala yang mana jadi mahallah. Lalu kawan- kawan kata, Pak Haji ni, hulur pawn makan Castle. Membandingkan belanja Pak Haji sebagai hulur pawn dan sewa yang diambil.oleh Pak Haji macam makan Castle. Siapa yang tahu main catur, fahamlah maksudnya. Umpan buah kecil, makan buah besar.

Lucu pun ada ketika Pak Haji belanja kami minum. Pak Haji tanya, cikgu nak minum sarbat? Apa lagi, aku memang minat sarbat, aku kata hendaklah. Tahu apa minuman yang sampai? Air Halia bersusu.

Terkena aku. Pertamanya, sarbat bagi kami orang utara ialah campuran air selasih, campur cengkeh dan kulit kayu manis dan sirap. Itu sebab aku hendak.
Kedua aku memang tidak  lalu minum minuman bersusu. Kata orang Kedah, tak boleh nak pi.

Banyak lagi kenangan semasa latihan mengajar di Benut itu. Menjelang waktu rehat, senarai pesanan makanan diedarkan untuk kami pesan dan makansn yg kami pesan terus dihantar ke bilik guru tanpa perlu kami ke kantin.
?
Dan satu lagi kenangan, ada guru perempuan muda ( kalau tak silap guru sementara ) yang sedap mata memandang dan mesra pulak tu. Hi hi.

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...