Kesah yang nak kupaparkan kali ini ialah kesah suatu hari di Puduraya. Tarikhnya aku dah lupa kerana sudah lama ianya berlalu tapi teringat tiba - tiba nak share bila tadi berbual dengan isteri tentang perkhidmatan bas ekspres.
Hari itu aku naik bas untuk balik ke Ipoh atau Pulau Pinang, aku tak berapa ingat. Itu pertama kali aku naik bas syarikat berkenaan.
Ketika penumpang sudah ramai yang naik dan hampir penuh tetapi bas belum nak bertolak, seorang lelaki lingkungsn usia 30an membawa kotak besar yang berisi air kotak minuman naik dan membuka kotak tersebut dan mengedarkan air kotak minuman tersebut. Dia meminta penumpang edarkan minuman kotak itu ke setiap penumpang.
Bagus syarikat bas ini kerana menyediakan minuman bisik aku dalam hati.
Ada penumpang bertanya . " Abang, boleh atau tidak ambilkan untuk member yang pergi ke tandas ? ". Orang itu kata, boleh. Begitulah lebih kurang dia membenarkan.
Kemudian dia bertanya, " Semua dah dapat ? Ada lagi yang belum dapat ? "
Nampak begitu perihatin. Tapi rasa hormat dan kagum tiba - tiba merudum bila dia berkata " Ok yang sudah ambil, sila bayar RM2 katsnya."
Terpinga - pingalah semua penumpang tetapi dengan hati yang bengkek aku rasa dan bercampur dengan malu alah dan malas nak bertekak, masing - masing hulurlah RM2.
Eh berniaga macam inipun ada yer? Macamana hukumnya tu ? Barangan yang dijual, barangan halal. Dia pun tentu sudah mengeluarkan modal untuk membeli minuman kotak itu.Tapi cara jualannya macam menipu.
Macamana tu ustaz?
No comments:
Post a Comment