Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Tulisan 93

Hari ini hari kelima kimo kedua. Ketika ini seharusnya anti body ku beransur mendekati tahap zero. Begitulah kata dokter pakar. Tetapi setakat ini tiada alahan terjadi padaku. 

Tiada keletihan dan tiada kehilangan selera makan. Tiada pening atau muntah-muntah. Syukur alhamdulillah. Tetapi tidak tahulah esok atau lusa kerana lusalah baharu aku masuk hari ke 7 hingga 14 belas yang dikatakan kesan kimo akan  bermula. Apa yang harus aku lakukan selain daripada redha, berdoa dan berharap.

Sebenarnya bila sakit terlantar begitu, ujiannya bukan untuk diri kita sahaja. Ujiannya untuk orang di sekeliling kita jua. Sejauh mana kita redha, sebegitu juga orang - orang di sekeliling kita harus redha. Sejauh mana kita tabah , orang - orang sekeliling kita juga harus tabah. Sebagaimana kita bersabar, orang - orang di sekeliling kita juga harus bersabar. Sebagaimana kita positif, orang sekeliling kita juga harus  bantu menyuntik semangat positif itu.

Kombinasi ini, amat penting dalam membina keyakinan positif  si sakit bahawa dia akan sembuh sepenuhnya dengan izin Allah.
Ketenangan , keceriaan dan rasa bahagia amat membantu. Sebaliknya ketidaktenangan, kemuraman dan rasa tidak bahagia akan membunuh rasa positif dalam diri dan membawa kepada rasa negatif yang boleh membawa kondisi diri menjadi kian lemah.

Berat ringannya dugaan Allah yang kita rasakan bergantung kepada kekuatan kita menghadapi dan melawannya.
Berat ringannya dugaan yang dirasakan oleh orang di sekeling kita pula bergantung kepada sejauh mana dalamnya rasa sayang dan rasa simpati mereka kepada si sakit dan sejauh mana mereka mengharapkan orang yang mereka sayang akan sembuh sepenuhnya.

Lusa aku akan ke HUKM lagi untuk diperiksa keadaan darahku. Semoga ada peningkatan sel darah putih dan darah merahku. Begitu yang harus kulalui untuk proses - proses kimo berikutnya.

Begitulah. Suasana dan kehidupan masa sihat tidak sama dengan kehidupan masa sakit. Tidak sama bagi diri yang sakit dan tidak sama bagi orang - orang di sekeliling kita. Itulah ujian rasa yang terpaksa dilalui.

Aku masih positif setakat ini. Tanda - tanda kesembuhan yang kurasakan setakat ini membuat aku yakin. Semoga kimo  - kimo seterus mampu kulalui sekiranya kondisi diriku kekal seperti sekarang. Cuma berat badan yang masih tidak bertambah walaupun selera makan tidak berkurang masih membimbangkan aku.

Maaf kerana masih menulis tentang penyakit walau pernah berjanji untuk tidak menyentuhnya. Ini yang terdekat bagi diriku ketika ini. Jadi mudah aku menulisnya. Maaf sekali lagi. Sekurang - kurangnya inilah jawapan kepada yang masih sudi bertanya sama ada secara zahir atau cuma dalam hati ,

 Apa khabar Pak Ya?.

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...