Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Tulisan 94


Aku tidak pasti sama ada aku pernah menulis atau mengemukakan idea ini melalui Tulisan suatu waktu dahulu. Sorry kalau ianya merupakan perulangan.

Sebelum aku dapat kanser lymphoma ini, aku ada berura - ura untuk melakukan kembara solo. Kertas konsepnya telah kutulis dan ada kusebutkan secara kasar idea atau hasrat aku itu pada anak - anak. Namun terbantutlah hasrat aku itu buat  ketika ini sekurang - kurangnya sehingga selesai proses kimotrapi. Dan masihkah ahli keluarga merestui selepas proses itu ?

Kembara solo yang kuhasratkan ialah mengelilingi atau menyusuri Semenanjung Malaysia dengan berkereta.

Objektifnya ialah menikmati keindahan alam setempat dan menghayati bentuk kehidupan orang2 setempat. Menziarahi rakan - rakan /sahabat - sahabat di sepanjang laluan. Membuat catatan perjalanan dan catatan pengalaman sepanjang laluanku . Aku juga berhasrat akan membukukan catatan tersebut dan diterbitkan.

Konsep perjalanan aku ialah perjalanan santai yang tidak melibatkan jarak perjalanan yang panjang bagi sesuatu hari kerana ramai rakan - rakan yang akan kutemui sama ada secara perseorangan atau secara berkumpulan.

Aku akan bermalam di destinasi hari berkenaan di rumah kenalan rapat yang sudi menerima aku sebagai tamu .

Kebimbangan atas keletihan memandu dan keselamatan ketika memandu dan bermalam tidak timbul atau tersangat menimum. Pakaian akan kucuci di kedai dobi layan diri.

Wang tunai hanya akan kubawa dalam jumlah yang sedikit dan yang lainnya di dalam bank yang akan dikeluarkan hanya bila perlu. Penjimatan dapat dilakukan bila kengkawan akan akan sudi belanja aku makan tengahari dan malam. Begitu juga lojing.

Peralatan yang akan kubawa cumalah handphone, kamera , alatan perkhemahan dan alatan selenggaraan kereta.

Buku sketch untuk melukis dan melakar akan aku bawa bersama kerana aku juga berhasrat mengabadikan tempat - tempat lawatanku dalam bentuk sketss yang aku adalah sedikit bakat untuk menghasilkannya.

Ubatan yang perlu kubawa ialah ubatan  harian seperti ubat darah tinggi dan ubatan jika sakit pening yang ringan - ringan.

Aku akan berhubung dengan ahli keluarga melalui whatsapp dan perkembangan perjalanan akan dirakamkan melalui instagram.

Perbelanjaan yang perlu sudah tentu yang melibatkan petrol, tol, parking dll.

Jadual perjalanan secara kasar akan kusediakan. Bila aku menuju ke sesuatu destinasi aku akan menghubungi sahabat - sahabat di destinasi berkenaan untuk bertemu secara berkumpulan sebagai mini reunion dan menghubungi yang akrab yang sudi menerima aku untuk bermalam. Kalau tiada sahabat yang sudi membenarkan aku bermalam di rumahnya,  tidur sahaja di dalam kereta yang di parking  berhampiran balai polis untuk keselamatan atau di dalam khemah di tempat yang selamat.

Sebagai maklumat, aku ramai kenalan di hampir seluruh Semenanjung Malaysia sama ada kawan ketika bersekolah di asrama penuh, di maktab, di universiti atau rakan - rakan sejawat ketika aku menjadi Penolong Pengarah Teknik & Vokasional atau Ketua Unit Penilaian & Peperiksaan ketika aku bertugas di Jabatan Pendidikan Negeri Perak dahulu.

Tentu menarik merakamkan catatan perjalanan melalui tulisan, rakaman kamera dan video dan juga sketsa. Aku harap aku akan dapat merealisasikannya suatu hari nanti dalam tempoh terdekat.

Ada yang nak ikut? Tak jadi kembara solo le pulak. 🙂

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...