Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Tulisan 8

Agak lama jeda masa antara Tulisan 7 dengan Tulisan 8 ini. Ini adalah kerana kesibukan menguruskan beberapa perkara, walaupun tidak menyiarkan Tulisan 8 saya terasa seperti terhutang.

Di bawah ini adalah catatan lama saya dalam blog saya Catatan Di Sepanjang Perjalanan. Blog yang saya bina kerana saya banyak dapat ilham atau bahan penulisan di sepanjang perjalanan saya.

Saya dulu berulang alik saban minggu antara Ipoh dengan Kuala Lumpur dan hampir 7 bulan menggunakan perkhidmatan ETS.

Bacalah cetusan minda saya seperti di bawah ini:

Hari ini aku dalam keretapi yang bertolak pagi. Pemandangan terasa amat berbeza dengan yang selalu aku lihat. Banyak yang aku rasa aku tidak pernah lihat sebelumnya , dapat kulihat pada hari ini. Seolah-olah aku melalui satu perjalanan yang baru sedangkan itulah laluan yang telah aku lalui lebih kurang tujuh bulan dan saban minggu. 

Baru aku sedar apa yang ada di laluan yang aku lalui. Juga aku baru sedar kenapa aku merasakan seperti satu perjalanan yang baru.

Kenapa ini berlaku ?

_Ada dua kedaan yang menyebabkan fenomena ini berlaku.  Waktu perjalanan yang berbeza dan juga sisi duduk yang berbeza. 

Amat berbeza perjalanan malam atau senja dengan perjalanan awal pagi atau tengahari. 

Amat berbeza pemandangan sebelah kiri arah ke Ipoh dengan  sebelah kanan arah ke Ipoh.

Begitu juga amat berbeza pemandangan sebelah kiri arah ke Kuala Lumpur dengan pemandangan sebelah kanan arah ke Kuala Lumpur . 

_Belum termasuk perbezaan antara perjalanan yang kita duduk arah ke hadapan dengan perjalanan yang kita ditarik mengundur.

Begitu juga bila kita kaitkan dengan  perjalanan hidup kita.

Perjalanan hidup yang sama akan terasa berbeza bila kita lalui dengan sikap atau  pandangan yang berbeza

Apakah kita lalui dengan sikap dan pandangan yang positif atau kita lalui dengan sikap atau pandangan yang negatif.

Bak kata Profesor Dr. Hamka,  kalau kita memakai kaca mata gelap, maka setiap yang kita pandang akan terasa gelap.  Tetapi bila kita memakai kaca mata jernih, maka setiap yang kita lihat akan kelihatan jernih ( terang ). 

Jadi hadapilah kehidupan kita dengan sikap atau pandangan  yang sentiasa positif.

Dengan sifat yang positif kita akan lalui kehidupan ini dengan lebih berjaya, ceria dan berbahagia. 

Dengan sikap atau pandangan yang negatif kita akan lalui kehidupan kita dengan kegagalan, kemurungan dan tidak bahagia.

_Di mana posisi anda hendak letakkan diri anda, terpulang anda.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...