Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Tulisan 9

Aku nak bercerita suatu cerita.

Sebagai pegawai yang mengetuai satu unit di Jabatan, aku banyak terlibat dalam menganjurkan kursus-kursus dan mengelolakannya.
Tentunya dengan bantuan tenaga dan fikiran dari anak buahku.

Satu waktu aku menganjurkan kursus bagi guru-guru Kemahiran Hidup dan dilaksanakan di Pantai Teluk Batik, Lumut.

Ramai peserta lelaki dan perempuan datang kepada aku menyatakan puas hati kerana makanan yang dihidangkan untuk peaerta kursus memang sedap.

Tapi anda tahu tak ? Ada seorang guru datang berjumpa aku dengan agak marah dan berkata lebih kurang begini : " Apa ni En. Yahya, makanan teruk sangat!"

Ini mengingatkan aku cerita dari Timur Tengah, kesah seorang petani yang hendak menjual kaldainya di pasar.  Mungkin sudah ada yang terbaca atau dengar cerita ini, tetapi tak salah kalau aku ulang.  Banyak pengajarannya.

Begini ceritanya:

Seorang petani berhasrat menjual kaldainya di pasar.  Lalu dia pergi bersama anaknya membawa kaldai tersebut. Pada mulanya dia menarik kaldai itu dengan berjalan kaki tanpa menunggang kaldai berkenaan dengan tujuan supaya bila sampai ke pasar, kaldai itu dalam keadaan segar. Satu idea yang boleh dianggap bernas. 

Tapi ketika melintasi sekumpulan orang , dia dengar orang-orang  itu berbisik-bisik sesama mereka tetapi jelas pada pendengarannya. " Apalah bodohnya orang tua ini, ada kaldai tidak mahu ditunggangi" Lalu dia meletakkan anaknya di atas kaldai tersebut dan dia menarik tali kaldai itu sambil berjalan kaki.

Melintasi pula sekumpulan orang ,  dia dengar orang - orang itu berkata tentang dirinya dan anaknya. " Tak patut betul anak itu membiarkan bapanya berjalan sedangkan dia enak-enak menunggang kaldai."

Terpengaruh dengan kata-kata itu lalu dia sendiri menunggang kaldai berkenaan sambil anaknya berjalan kaki.

Melintas lagi sekumpulan orang yang lain. Dia masih menderngar komen yang memperkatakan tentang dirinya. " Tidak patut sungguh orang tua ini. Dia enak-enak menunggang kaldai sedangkan anaknya sendiri berjalan kaki."

Terpengaruh lagi dengan kata-kata kumpulan itu dan tidak mahu ada lagi-lagi komen-komen negatif, akhirnya dia dan anaknya naik ke atas kaldai itu menuju ke pasar. 

Malangnya perjalanan yang jauh dan beban yang berat menyebabkan kaldai itu mati sebelum sampai ke pasar.

Tengok tu, sukar bukan nak puaskan hati semua orang  ? Jadi bila anda buat sesuatu, ikutlah yang anda fikirkan baik dan akan diterima baik juga oleh kebanyakan orang.

Yakin pada diri anda. Memang dalam dunia ini ada orang yang mudah puas dan bersyukur. Ramai juga yang tak pernah bersyukur. Semuanya tak memuaskan hatinya.

Orang yang macam ni jiwanya sakit.  Jiwa yang sakit boleh menyebabkan fizikal juga sakit.

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...