Tiba - tiba aku tersedar, setelah disedarkan oleh anak saudaraku ( anak saudara isteri aku untuk lebih tepat), bahawa aku sepatutnya lebih banyak berehat dalam melalui kimotrapi ke 4 minggu kedua ini.
Mungkin dia terasa aku tidak berehat kerana aku masih menyiasat video tentang harimau yang viral itu sedangkan masa tu sudah hampir pukul 12 malam. Dia tidak tahu aku kaki berjaga tetapi memang tidak sesuai dengan keadaan aku sekarang.
Bukan apa- apa aku sibuk dengan video harimau tu. Aku buka dua whatsapp group yang berlainan lokasi, melaporkan tempat jumpa harimau itu mengikut lokasi group.
Group Parit kata video tu lokasinys Seri Iskandar sementara group Beranang kata video tu lokasinya Ulu Beranang.
Aku nampak dalam group keluarga, anak saudara aku itu ada viralkan video yang sama. Oleh kerana dia tinggal di Serendah, mungkinkah dikatakan lokasi video tu ialsh Ulu Yam.
Betul andaian aku. Anak saudara aku itu kata , kawan dia kata , lokasi video itu ialah Ulu Yam.
Bukan apa aku menyebokkan diri menyiasat. Member - member Parit kononnya takut nak lalu jalan Parit - Seri Iskandar itu. Takut terserempak dengan harimau sedangkan mereka kena kencing dengan kaki viral.
Memang pun dua hari kebelakangan ini aku lebih banyak membebankan diri aku dengan minda dan fizikal juga .
Dua hari kebelakangan ini aku banyak menggunakan buah fikiran untuk menghidup dan memperkembangkan whatsapp group Pembaca Tulisan yang ditukar nama kepada Luah Bicara.
Pun menghadapi titik bengik ekoran dari penubuhan dan perluasan pengisian whatsapp group baru ini.
Di samping melayani ahli di dalam whatsapp group, aku melayani juga 4 - 5 orang yang menghubungi aku menggunakan whatsapp peribadi menanyakan isu titik bengik di sekitar keahlian group ini.
Jadi siang pun aku tidak rehat, malam pun aku tidak rehat.
Terfikir juga macam aku begitu komited dengan urusan penulisan dan whatsapp group dan seperti mengabaikan kesihatanku . Tapi aku cuma kurang tidur. Itu saja. Dan sepanjang usiaku aku memang tidak tidur siang kecuali tertidur. Tidur malam pun agak lewat dan tidak pernah cukup 8 jam. 6 jam pun payah.
Akan tetapi pada hakikatnya , kesibukan itu melupakan aku tentang penyakit aku. Tidak ingat langsung.
Pun dengan kesibukan begini dan ramai kawan kawan yang walaupun hanya melalui maya, ia amat menggembirakan dan semacam terapi bagi diriku.
So kepada isteri dan anak - anak jangan bimbang, insyaAllah aku buat perkara yang betul untuk diriku. InsyaAllah hingga saat ini aku sihat dan ceria .
No comments:
Post a Comment