Bangsaku Melayu/Islam
Walau terombang ambing dan kian terhimpit di negaramu sendiri kini
Walau kian diperkotak katikkan oleh orang lain kerana segelintir bangsamu sendiri membiarkannya terjadi
Kau masih mampu bangun kalau kaumahu
Kau masih mampu gagah kembali kalau kaubersatu
Usah kenang perselisihan pandangan silam ,
Biarkan ia menjadi sejarah kerugian kita,
Biar kita meredah sederap mengukir kemenangan baru.
Jangan biarkan asutan yang boleh menggugat kebangkitan sekarang
Jangan biarkan agenda tersusun yang ingin melihat kita melangkah sumbang
Tepis dan lupakan demi penyatuan menjadi gelombang
Tiada lagi waktu untuk terus mengungkit
Kerana ini masanya untuk bangkit.
No comments:
Post a Comment