Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Tulisan 59

Keluar dari Masjid Al Najihin dan mengambil beg galasku dari kereta, tetiba aku teringin nak makan langsat. Malas berkereta, aku menampak menyusuri gajah menyusu di sepanjang perumahan Seri Penara. Selalu ada lori pick up jual langsat kat situ. Tapi hari ini aku hampa, lori pick up itu tidak ada. Mungkin terlalu awal kerana waktu belum pukul 10 pagi pun.

Bercakap tentang langsat, aku tidak pasti masuk kategori mana? Maksud aku,  statusnya mengikut pendapat orang seperti labu dikatakan berangin, nenas dikatakan tajam dan sebagainya. Kadang-kadang aku tidak faham atau tidak begitu akur dengan pandangan begitu. Tidak tahu bagaimana ia dikategorikan.

Aku timbulkan perkara ini kerana pagi tadi aku sarapan ubi rebus cicah kelapa parut gaul gula. Aku memilihnya setelah memilih dari sekian banyak menu di kedai makan itu. Pulut kuning rendang ayam, kelihatannya terlalu banyak untuk sarapan ( sudah siap pack) dan kononnya angin kan? Mee kari, kuahnya berlinang minyak, pun banyak, biasanya sukar dihabiskan. Mee pun orang kata angin juga kan? Cucur udang yang juga agak berminyak cicah sambal tumis yang juga berminyak.

Tetapi pilihan aku terhadap ubi ini di.          " sekolahkan " oleh seseorang yang ambil berat terhadap aku kerana ubi kayu di kategorikan sebagai makanan berangin. Tidak elok untuk aku yang sedang perut kembung dan urat kaki masih tegang akibat kena langgar tempohari.

Kata  orang , dah tua-tua ni janganlah ikut selera macam kita muda dulu. Tetapi ada juga nasihat, dah tetua ni, dah nunggu hari dah nak pergi, apa teringin makan, makanlah. Nikmatilah sementara ada waktu. Jadi tidak tahu nasihat mana yang betul. Anda tahu?

Tapi nasihat-nasihat itu semuanya tanda orang sayang kita dan perihatin pada kita. Yang tak bagi makan ikut suka sebab hendak kita sentiasa sihat. Yang kata nak makan apa saja, makanlah pun tanda sayang kat kita. Tidak mahu kita menekankan keinginan terpendam kita dek terlalu berpantang.

Berbalik lagi kepada kesah langsat, aku teringat dua tiga cerita.

Pertama, rakan baik aku masa di JPN, Perak ( dah arwah ) begitu berminat atau gemar makan langsat. Kalau berkereta dengan arwah, ternampak orang jual langsat, terus membrek kereta untuk singgah membeli langsat.

Kedua, abang aku masa remaja, beli langsat kat penjual Cina. Masa itu sekati lima belas sen ( 15 sen ) sahaja. .
Tauke, langsat sekati , kata abang sambil mengunjuk duit 15 sen.
Tauke tu cengkam longgokan langsat, masukkan ke dalam keronsong kertas , terus bagi kat abang aku.

Timbanglah, kata abang.
Cina itupun menimbang dan mengeluarkan semula beberapa biji yang berlebihan dari timbangan. Hi hi rasakan. Sorry yob.

Tidak jadi nak cerita yang ketiga sebab pelakunya dah arwah dan ceritanya kurang elok.

Aku menulis ini di bangku bas stop di laluan gajah menyusu tadi. Masih mengharap lori pick up jual langsat tu datang. Nampak macam tak ada juga.

Berpatah balik ke masjid sempat berbual dengan seorang yang datang untuk uruskan perkahwinan anaknya dan tukang kebun masjid. Dari kedua-duanya pandangan tentang pantang makan itu seperti disebut sebelum ini. Ada dua pandangan. Yang penting kata yang nak urus kahwin anak tu ( orang Kedah) lupa cakap kasarnya tapi maksudnya, makanlah berpada-pada, bukan tak makan langsung. Macam sekarang ni aku dah kurangkan minum minuman potong kaki ( coca-cola dan pepsi cola ) tapi belum berhenti sepenuhnya.

Ok sekian dulu. Nak bergerak ke Masjid Saidina Osman. Biasanya ada orang jual langsat kat situ.

Ada orang kaitkan langsat dengan gout. Aku nak makan sikit je tengah ada keinginan ni.

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...