Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Tulisan 62

Mood menulis terhenti bila kesihatan merosot. Bermula dengan tongsil yang  membengkak yang kubiar tak berubat dengan andaian bahawa ia akan sembuh sendiri, kini kelenjar di leher aku pula membengkak yang sudah kelihatan dari luar. Ini disukarkan lagi dengan perut yang sentiasa kembung.

Setiap kali hendak makan, walaupun tidak tersekat, tekak menjadi loya bila tongsil menyentuh pangkal lidah. Perut menjadi cepat sebu kerana angin dari perut menolak ke rongga mulut. Itu yang sudah kulalui selama dua minggu. Kali pertama, ubat gatal tekak, antibiotik dan ubat sakit tekak tidak memberi kesan. Tukar ubat hanya dengan jenama yang kain tapi fungsi yang sama untuk minggu kedua, tapi ubat habis semalam, masih juga tiada tanpa untuk berkurangan. Harap pepatah Melayu, penyakit datang seperti ribut tetapi pergi seperi semut itu betul. Maknanya akan menuju kepada penyembuhan walalupun hingga hari ini keadaannya tidak begitu.

Semalam membawa orang rumah membuat latihan fisiotrapi di Hospital Putrajaya. Hari ini, ketika menulis ini, membawa orang rumah membuat rawatan susulan di Pusat Kesihatan Kecil Beranang. Selesai ini barulah aku dapat menguruskan urusan kesihatan diriku sendiri.

Mengikut kata dokter yang kutemui minggu lepas ( bukan dokter yang merawat aku sebelumnya. Beliau berhalangan hari itu ), kalau keadaan tidak pulih mungkin aku terpaksa menjalani pembedahan. Sesuatu yang aku tidak suka lalui.

Hingga kini, aku ke klinik atau ke hospital, hanya sebagai pesakit luar. Tidak pernah aku masuk wad. Selama ini aku hanya melawat orang sakit. Bukan dilawati sebagai pesakit. Syukur Alhamdulillah.

Beberapa hari lepas melawat bapa saudara isteriku yang baru sahaja menjalani pembedahan jantung. Biayanya sekitar RM66,000. Lalu kami berbual berkenaan dengan orang Melayu dengan penjagaan kesihatan. Orang Melayu begitu berkira untuk membeli makanan tambahan dan apa saja yang berkaitan dengan penjagaan pencegahan . Sedangkan bila sampai waktu terpaksa dibedah dan sebagainya, biayanya jauh lebih tinggi.

Sama seperti pendingin hawa kereta. Kebanyakan orang ( orang Melayu terutamanya ), pergi repair bukan pergi selenggara. Sedangkan kalau buat penyelenggaraan secara berkala, kosnya memanglah ada tetapi tidak semahal yang perlu dibayar bila sudah rosak baru dibawa ke bengkel.

Berbalik kepada diriku, kesan kena langgar hari tu, walaupun sudah sebulan berlalu, lutut masih sakit. Solat secara normal.masih sukar. Kalau aku paksakan juga, sakit memang terasa. Itulah bezanya badan pada usia muda dengan pada usia tua. Walaupun sikit yang tersentuh kesannya agak berat. Samalah ketika usia dalam 30an, aku bisa terjun dari trak tentera ( aku join tentera wataniah ) yang agak tinggi ke jalanraya tanpa rasa sakit. Tapi cuba dalam usia ini, aku terjun dari ketinggian sebuah bangku cuma, segala urat terasa sakitnya.

Dulu aku terkenal dengan berjalan pantas hingga orang rumah bersungut, kata aku tak suka berjalan dengan dia. Sekarang aku rasa, aku berjalan pantas juga, tetapi sudah tidak dapat mengejar kelajuan orang lain yang berjalan laju. Tapi syukurlah, aku tidaklah berjalan lambat seperti orang lain seusia. Syukur juga masih mampu memandu tidak mengira waktu siang atau malam.

Tapi aku bersyukur diberi kesihatan yang baik begitu lama hinggalah  kebelakangan ini baru aku mula diuji dengan kesihatan yang agak merosot.

Semoga Allah memberikan aku pemulihan segera supaya dapat beribadat dengan lebih sempurna.

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...