Semalam tidak menulis untuk Tulisan. Tiada idea yang melintas. Hari inipun masih tercari-cari apa yang hendak ditulis. Tiada peristiwa yang menarik perhatian untuk dijadikan bahan tulisan.
Tentang kesibukan ibu-bapa menghantar anak ke sekolah? Sama saja di mana-mana rasanya. Dulu zaman saya masuk sekolah pun ada juga. Tapi kegawatannya dan kesibukannya tidaklah seperti sekarang ini. Masih sempat seorang bapa ambil upah panjat pokok rambutan di rumah orang dekat sekolah dan kasihan dia jatuh pokok hingga mulutnya berbuih.
Tidak tahulah kenapa sekarang ini lebih kalut. Sama ada ibubapa sekarang lebih perihatin atau terlebih memanjakan anak-anak. Atau anak-anak dulu lebih mampu berdikari berbanding anak-anak sekarang? Atau situasi dulu dengan sekarang terlalu berbeza. Banyak yang perlu diuruskan dengan pihak sekolah, urusan bas dan lain-lain.
Beberapa tahun dahulu, saya saban minggu berulang alik Ipoh-KL. Bermula dengan naik bas ekspres, kemudian bertukar dengan naik suttle dan terakhir naik ETS apabila perkhidmatan suttle diberhentikan. Perjalanan yang jauh dan memakan masa yang panjang memberi kesempatan untuk saya berfikir, berintraksi dengan penumpang lain dan juga membaca. Jadi banyak idea penulisan tercetus sehingga saya wujudkan blog cacatan di sepangjang perjalanan.
Blog ini bukan mencatatkan tentang perjalanan itu tetapi apa yang tercetus di minda saya di sepanjang perjalanan itu. Bolehlah layari blog saya catatansepanjangperjalanan.blogspot.com untuk membaca tulisan-tulisan saya. Ada satu dua yang telah saya pindahkan ke Tulisan di whatsapp group tetapi proses memindahkan yang memakan masa dan panjang ruang yang berbeza menyebabkan saya tidak dapat berkongsi tulisan saya yang lain di blog itu dengan pembaca di whatsapp.
Kalau rajin layari jugalah blog saya luahbicaraku.blogspot.com untuk membaca tulisan-tulisan saya yang lain.
Kini perjalanan -perjalanan yang pendek dengan memandu sendiri dan intraksi yang agak terbatas mengurangkan sedikit cetusan idea untuk dikembang dan dituliskan . Namun dorongan untuk menulis kini lebih dari dulu memandangkan saya sudah ada pengikut yang sudi mengikuti tulisan saya. Jadi saya harus terus menulis sehingga saudara-saudari menunjukkan rasa jemu untuk mengikutinya lagi.
Namun apa yang saya tulis di dalam blog-blog saya tidaklah banyak sangat . Ianya terhenti apabila ada masalah perkakasan dan talian internet. Dulu saya menggunakan table top dan streamyx sebelum beralih ke notebook dan mobile broadband. Bila tutup kedai terhentilah streamyx. Bila ada masalah pulak dengan mobile broadband, terhentilah pula penulisan saya di blog.
Apapun kalau sudi nak layari kedua-dua blog itu, layarilah. Kalau rasa sukar tunggu saja bila saya rajin memindahkannya dalam bentuk mesej whatsapp .
Sekian dulu.
No comments:
Post a Comment