Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Tulisan 96

Menjelang Bulan Puasa ini, mai sembang santai tentang bulan puasa.
Bulan puasa dulu - dulu dengan bulan puasa sekarang. Banyak bezanya yang melibatkan banyak perkara.

Pertamanya tentang makan sahur. Dulu kerantung diketuk bagi membangunkan atau mengingatkan penduduk sekampung. Ada cara ketukan atau irama ketukan yang khusus. Di penghujung ketukan itu akan diketuk sekali menandakan pukul satu, dua kali bagi menunjukkan pukul dua dan tiga kali bagi menunjukkan pukul tiga.

Selepas itu tiada ketukan dah. Ini kerana rata - rata orang dulu - dulu bersahur awal. Kalau kita bersahur lewat dari pukul tiga tu akan ada jiran yang sound               " Malam tadi sahur lewat yer ? " Ini kerana pengetahuan atau ilmu agama yang menyarankan agar melewatkan waktu bersahur tidak ada pada waktu itu. Macam hina kalau bersahur lewat.

Sekarang sudah tidak ada waktu yang sepunya. Maknanya tidak ada waktu di mana penduduk sepakat bangun dengan adanya penanda waktu seperti disebutkan itu. Masing-masing bangun sendiri berpandu kepada alarm dari jam loceng atau dari handphone. Kemeriahan pun hilang kerana kita terkurung dalam rumah masing - mssing.

Dulu dari tingkap rumah kita, kita dapat melihat lampu - lampu atau pelita dari rumah jiran  - jiran dinyalakan menandakan mereka sudah bangun. Ada juga yang mengambil berat dengan mengejutkan isi rumah yang rumahnya kelihatan gelap kerana mungkin tidak sedar.

Bercakap pula tentang berbuka puasa, dulu - dulu juadah berbuka puasa masing  - masing buat atau masak sendiri. Tiada Pasar Ramadhan. Dalam buat sendiri itu pun ada ruang untuk berkongsi dengan jiran - jiran. Menjelang waktu berbuka, akan kelihatanlah orang - orang perempuan atau kanak  - kanak bergerak ke rumah jiran - jiran menghantar juadah. Bertukar - tukar juadah sudah menjadi kebiasaan. Juadah - juadah berbuka puasa semuanya kuih tradisional. Bukan Roti John atau ayam rangka seperti sekarang.

Membeli ais batu dari pekan dengan harga 10 sen, 20 sen atau 30 sen mengikut saiz adalah pandangan biasa. Orang akan berkerumun di sekeliling penjual ais batu yang memotong ais batu dari bungkah besar menggunakan gergaji dan kemudian meliputinya dengan serbuk papan sebelum dibungkus dengan kertas surat khabar .

Sekarang pemandangan atau suasana begitu sudah tidak wujud kerana masing-masing ada peti sejuk di rumah. Kalau adapun yang membeli, mereka membeli ais kiub dan tidaklah ada suasana yang khusus seperti membeli ais batu yang diceritakan di atas.

Waktu menunggu berbuka juga sesuatu yang menarik kerana semua orang kampung atau daerah kecil menunggu tanda yang sama iaitu bunyi tabuh besar atau siren bomba.

Sekarang masing - masing di dalam rumah menunggu azan di televisyen atau berpandu kepada alarm dari handphone. Kemeriahannya menjadi kurang.

Waktu menjamah juadah berbuka puasa juga meriah kerana semua ahli keluarga tertumpu kepada hidangan berbuka puasa, bukan macam sekarang ada yang mengisi nasi dan lauk dalam pinggan lalu bersidai depan televisyen kerana takut sangat tertinggal episod drama kegemaran.

Begitulah lebih kurang. Belum sentuh kemeriahan solat Taraweh di surau - surau dan lain - lain.

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...