PM tepi seorang ahli kumpulan whatsapp yang sudah left group kepada seorang ahli kumpulan yang masih di dalam group.
💐💐💐💐💐💐💐💐
Adinda,
Maaf kerana kekanda left group yang selama ini menghubungkan kita berdua dan kita semua. Bukan kerana kanda tidak sayang kepada group kita lagi , tetapi kerana kanda rasa sudah tersisih . Kalau kanda sudah tidak diperlukan di dalam group kita itu apalah maknanya kanda masih bertahan.
Dulu ketika group itu ditubuhkan, bukankah kanda yang aktif menghidupkannya? Kandalah yang mengucapkan salam seawal sebelum subuh lagi? Tidakkah kanda yang mengisinya dengan celoteh-celoteh kanda tentang kehidupan? Pun mengajarkan bagaimana mengungkapkan dialek-dialek Perak yang unik dan menarik?
Tetapi di akhir-akhir ini apa yang kanda hantar seolah-olah hilang diolak.
Dinda tahu kenapa ini berlaku? Inilah fenomena yang berlaku apabila group menjadi besar.
Kita mungkin rasa bangga kerana group menjadi besar dengan pertambahan ahli yang ramai. Akan tetapi ia juga pada masa yang sama mengwujudkan group di dalam group. Faham maksud kanda?
Wujudnya kumpulan-kumpulan kecil yang merasai diri mereka sepunya. Sama kelas ketika bersekolah dulu contohnya. Sama sekolah. Sama sekampung. Sama senegeri. Lalu wujudlah keadaan di mana mereka seronok berbual sesama sendiri tanpa menghiraukan kemasukan hantaran dari ahli di luar kelompok mereka.
Ada satu ketika, kanda amat memerlukan respon atas satu perkara, tetapi pertanyaan kekanda seolah-olah hilang di olak kerana kumpulan di dalan kumpulan ini sedang asyik berbual sesama mereka
Keadaan begini bukan sahaja kanda seorang rasai. Kanda rasa ada lagi yang terasa kerana walaupun tidak left group rakan kita itu sudah tidak lagi aktif seperti awal group ditubuhkan di mana dia juga salah seorang yang menghidupkan group seawal pagi.
Tak apalah dinda. Kalau dinda rindu pada celoteh kanda, PM tepi saja le. Atau kanda mungkin menubuhkan group yang lebih kecil di mana setiap ahli merasai dirinya sepunya.
Sekian.
Terimalah pantun lama buat tatapan
kalau ada sumur di ladang,
boleh saya menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
boleh kita berjumpa lagi
No comments:
Post a Comment