Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Tulisan 32

Hujan yang turun mencurah-curah sering mengingatkan aku kepada zaman kanak-kanakku. Ketika itu apabila hujan turut dengan lebat, aku akan minta kebenaran ibuku untuk ' bermain hujan '

Main hujan berbentuk apa saja. Berlari meredah hujan ke sana ke mari dan kemudian menjatuhkan diri dengan mengelonsor di atas rumput atau lumpur tanah liat yang bersih. Atau sekadar menadahkan badan agar ditimpa hujan sepuas-puasnya. Kalau ada berkawan, kami akan berkejar-kejaran atau main gusti di atas padang rumput. Seronok benar.

Ibu aku dan  ibu kawan-kawanku jarang yang menghalang kami bermain hujan .

Pertamanya ia satu hiburan yang sangat menyeronok bagi  kami kanak-kanak. Keduanya jarang benar kami demam atau jatuh sakit kerana bermain hujan. Mungkin kerana daya tahan kanak-kanak dulu jauh berbeza dengan daya tahan kanak-kanak sekarang atau mungkin kerana air hujan zaman kami tidak tercemar oleh bahan kimia dari kilang seperti zaman sekarang.

Memang ketara bezanya. Budak zaman sekarang bila hujan turun rintik sahaja sudah disuruh masuk ke dalam rumah atau berteduh di mana sahaja asalkan berteduh. Permintaan " emak nak main hujan " tidak pernah kedengaran masa kini. Begitu juga suara emak dengan mesra berkata " main le atau " pergi le ".

Kami bermain selagi hujan masih turun dengan lebat atau apabila jari jemari dah mula kecut kesejukan.

Penutup main hujan ini ialah membersihkan diri dari lumpur dan rumput-rumput atau membilas bekas air hujan tadi. Ironinya bukan dengan air lain tetapi dengan air hujan juga tetapi yang turun mencurah di " cucur atap".

Siapa yang pernah terlibat atau ingat?

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...