Sebentar tadi saya menghalau seekor anjing yang berligar - ligar di sekitar kereta saya di tempat letak kereta di Taman Tasek Permaisuri berhampiran Stadium Kuala Lumpur. . Saya menghalaunya dari dalam kereta sahaja kerana saya ni tidak selesa dengan anjing.
Tidak tahu ke mana larinya anjing berkenaan ?
Bila anjing tu sudah beredar, ternampak sebungkus nasi yang sudah dibuka bungkusannya yang diletakkan berhampiran kereta saya.
Tidak pasti mana satu yang sampai dulu. Nasi dulu atau saya dulu ? Seingat saya masa kereta saya masuk ke petak letak kereta dan melaraskan kedudukan kereta di petak berkenaan , tiada bungkusan nasi dan anjing di situ. Maknya sayalah yang sampai dahulu. Rasanya nasi itu diletakkan oleh seseorang ketika saya asyik membelek surat khabar dan tidak menyedari apa yang berlaku di persekitaran saya.
Tidak lama selepas anjing itu pergi, seorang nyonya datang memungut nasi itu kembali dan matanya mencari-cari ke mana perginya anjing itu. Oh dialah yang meletakkan nasi itu di situ. Rasanya tentu dia bengang dengan saya yang menghalau anjing itu.
Tapi agak-agaklah nak bagi anjing makan. Ini tempat awam. Kalau kucing tu oklah setiap pengunjung tiada masalah dengan kucing sebaliknya kehadiran anjing berkeliaran mengundang rasa jengkel terutamanya bagi kita orang Islam. Dekat kereta kita pulak tu. Nak keluar kereta pun tidak aman rasanya. Kalau tidak keluar pulak dan menghalau anjing itu dan anjing itu masih di sekitar kereta kita, takut pula dilepaskannya pancutan air kencingnya ke tayar atau badan kereta kita.
Itupun dia anjing tu dah datang balik. Tentulah tidak selesa kita untuk keluar kereta, berekriasi atau pergi ke tandas yang berhampiran.
Kewujudan anjing sama ada bertuan atau liar di tempat awam perlu dihalang dengan peraturan dan penguatkuasaan yang tegas.
Apa kata kalian?
No comments:
Post a Comment