Semasa remaja, ada jugalah saya menonton filem Hindustan tetapi tidaklah serancak dalam tahun-tahun 1970an.
Suatu hari saya menonton sebuah filem Hindustan yang judulnya saya sudah lupa. Heronya Joy Mukerji. Trend zaman tu, hero mesti didampingi oleh seorang kawan yang berkaraktor lawak dan dilakunkan oleh pelawak mereka. Kali ini pelakunnya ialah Jonny Walker.
Dalam cerita ni, ke mana sahaja mereka pergi si pelawak mesti menegur sesiapa sahaja yang ditemui. Ada yang memberikan respon yang baik, ada juga yang memberikan respon sebaliknya. Kedaan ini menyebabkan hero bertanya
" Kau tegur semua orang tu, kaukenal ke?"
Jawapan yang diberikan amat mengesankan:
" Kalau kita menegur hanya orang yang kita kenal, kecil sangatlah dunia ini ".
Dialog itu begitu berkesan dan memberi bekas di hati saya. Sejak itu sehingga sekarang, saya tegur semua orang yang saya temui. Apa yang saya lakukan membolehkan saya mendapat kenalan baru dari semasa ke semasa.
Ada yang jadi kawan rapat selepas itu, ada yang jadi kawan biasa dan ada juga yang tidak berjumpa dah selepas itu tetapi tidaklah sesuatu ysng merugiksn menyapa mereka.
Cubalah tegur orang di mana sahaja anda berada. Di klinik, di hospital , di masjid, di surau, di pasar raya malah di mana saja. Lihatlah hasilnya.
Ada orang mengaku dirinya pendiam. Hati -hati dengan dakwaan ini. Sangat nipis bezanya antara sombong dengan pendiam. Kalau bila dia masuk ke kalayak ramai, dia menegur dan dia bersalaman tetapi selepas itu ia tidak banyak bercakap sebaliknya dia lebih banyak diam atau mendengar, dia mungkin memang pendiam. Akan tetapi kalau dia masuk ke kalayak ramai dengan muka sukar nak senyum, tegur orang pun tidak, susah saya nak terima dia sebagai pendiam. Paling tidak, kalau tak sombongpun, dia ada masalah komunikasi.
Berbalik kepada filem tidak kiralah apa genrenya, apa bahasanya, tentu ada sesuatu yang boleh dikutip darinya. Jadi jangan menonton sekadar menonton. Tonton dan kutiplah sesuatu yang positif darinya. Tak banyak sedikit mesti ada. Untuk itu anda kena peka.
No comments:
Post a Comment