Bila kita nak berjumpa bos kita di bilik pejabatnya, kita akan memastikan, kita hadir pada waktu yang tepat malahan lebih awal dari waktu pertemuan.
Kita takut bos kita marah kalau kita lewat. Kita akan memastikan pakaian kita rapi dan bau pakaian atau badan kita wangi. Tak selesa dan malu pada bos kalau pakaian tidak rapi dan berbau.
Persoalannya , tidakkah sepatutnya pertemuan kita dengan Allah menerusi ibadat solat sepatutnya lebih daripada itu persiapan atau persediaan kita kerana yg hendak kita temui ialah bos dari segala bos? Tiada yang melebihi Allah dari segala hal.
Kenapa kita tidak takut lewat malahan selalu juga tidak mahu bertemu Allah melalui solat kita?
Kita lebih takut kepada manusia daripada takut kepada Allah.
Kita sepatutnya kena solat tepat pada waktunya dengan pakaian yang cantik, kemas dan wangi.
Bila kita bertemu dengan seseorang yang kita sayangi atau kita cintai, tutur kata kita tersusun rapi, tidak pula laju hingga tak tentu buah butirnya. Kita rasa amat senang dapat bertutur dengannya.
Kenapa bila bertutur dengan Allah di dalam Solat, kita membaca terlampau laju hingga seperti dikejar oleh sesuatu ? Tidakkah dengan Allah seharusnya lebih tersusun, lebih sopan dan tidak seperti tergesa - gesa untuk mengakhiri pertemuan.
Renungkanlah.
No comments:
Post a Comment