Kadang - kadang tertekan juga untuk menghasilkan tulisan setiap hari. Ada waktu - waktunya tiada mood. Ada waktu - waktunya terasa malas. Ada waktu - waktunya memang tak tahu apa yang hendak ditulis.
Hari ini ialah hari yang tak tahu apa nak ditulis. Jadi apa yang nak dikongsikan? Hanya beberapa soalan yang perlu anda jawab. Tak.kesahlah jawab dalam hati atau jawab dengan suara atau nak menulis di whatsapp group ini. Saja-saja untuk mengisi waktu terluang.
Pernah tak anda mengharapkan seseorang yang istimewa bagi anda , sebagai orang yang pertama mengucapkan ucapan hari jadi kepada anda tetapi akhirnya dia yang paling akhir teringat, itupun setelah anda memberikan " bayangan "? Apa perasaan anda?
Pernah tak anda bagai nak rak menyusun " suprise " tetapi sambutannya hambar? Apa anda rasa?
Pernah tak kawan anda menyampaikan jenaka yang anda telah dengar berkali-berkali dan anda terpaksa berlakun ketawa mendengar jenaka itu ? Anda rasa real tak lakunan anda? Atau anda sendiri sedar terbayang riak boring di wajah anda?
Pernah tak anda war-warkan kepada kengkawan yang satu restoran itu makanannya sedap dan perkhidmatanya pantas tetapi hari yang anda bawa kawan anda ke situ perkhidmatan sudahlah lambat, rasa makanan pun gitu-gitu je? Pudar tak muka?
Pernah tak anda memesan Carrot O Ice, mula datang Milo, ulang sebut datang kopi O , ulang sebut datang teh tarik? Bunyi macam soalan bodoh tapi saya mengalaminya di sebuah restoran di Ipoh. Tak tahulah sebab tak dengar atau memang "blur"? Apa anda rasa? Ada tak rasa nak simbah air tu ke.muka.budak pelayan tu? Sabar.
Pernah tak pasangan anda atau kawan anda hendak juga ke ATM banknya sedangkan kalau di ATM lain pun, bayaran khidmatnya cuma RM1 sedangkan nak pergi ke ATM bank sebenar kena memandu jauh dan kos petrol dan parking dah tentu lebih RM1 . Bengang tak?
Banyak lagi nak tanya ni, tapi simpanlah dulu. Nak juga PM tepi. Hi hi.
No comments:
Post a Comment