Di luar pengetahuan aku, anak aku membangunkan blog untuk tulisan - tulisan aku dengan nama Luah Bicara Pak Yahya dengan pautannya https://luahbicarapakyahya.blogspot.com/ tanpa mengetahui aku memang sudah ada blog dengan nama yang seakan sama iaitu Luah Bicara.
Berterima kasih sangat kepada anakku ini kerana dalam diam - diam menghargai tulisan - tulisanku dan dalam kesibukannya bekerja dan menguruskan rumahtangga masih berkesempatan membangunkan blog untuk aku dan upload semua tulisan aku yang ada dalam koleksinya ke blog ini.
Apa yang lebih mengujakan dan aku sangat bersyukur ialah blog aku itu tetiba
mendapat pengunjung atau viewer dengan peningkatan jumlah yang pantas walau baru sehari dua dilancarkan. Syukur Alhamdulillah.
Sebenarnya aku mula membangunkan blog dengan nama Catatan Di Sepanjang Perjalanan seawal tahun 2010 dengan menggunakan notebook dan peranti internet.
Blog itu kuwujudkan untuk memuatkan semua tulisanku yang idea penulisannya tercetus sepanjang perjalananku, terutama ketika berulang - alik dengan perkhidmatan ETS. Namun aku gagal mendapat viewer kerana tak pandai mempromosikannya.
Selepas mengalami kerosakan notebook dan juga ada masalah dengan internet, blog itu terbiar begitu saja. Sayang juga tulisan - tulisan aku di dalam blog yang berkenaan.
Kemudian barulah aku membangunkan blog Luah Bicara yang juga tiada pengunjung kerana tidak aku war - war dengan bersunguh - sungguh dan dengan cara yang betul.
Jadi aku amat bersyukur dengan sambutan terhadap blog yang baru ini yang bermula dengan nama Luah Bicara Pak Yahya dan kini ditukar kepada Luah Bicara Pak Ya sahaja. Mungkin juga atas persetujuan bersama anakku, aku akan tukar kepada Luah Bicara sahaja selari dengan penulisan aku yang terbaru dan juga whatsapp group yang baru yang juga bernama Luah Bicara.
Aku mengharapkan blog ini akan menjadi antara blog yang diminati bukan kerana aku inginkan namaku disebut, tetapi yang penting apa yang kuluahkan dapat sampai kepada ramai orang.
Untuk itu aku mengharapkan setiap ahli dalam Group Luah Bicara dapat menghantarkan pautan blogku ke dalam whatsapp - whatsapp group yang mereka terlibat sebagai ahli.
Aku juga mengharap rakan - rakan dalam group yang aku terlibat sebagai ahli dapat membantu mengwar - warkan blogku ke whatsapp group lain yang mereka terlibat sebagai ahli. Aku amat berbesar hati sekira semua rakan - rakan dapat membantu.
Sekian dulu.
No comments:
Post a Comment