Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Luah Bicara 4

Luah Bicara 4 ini mungkin tulisanku yang terakhir. Aku sudah letih mengikut gerak hatiku untuk terus menulis kononnya untuk memenuhi hasrat pembaca,  tetapi aku terperangkap dalam khayalan minda kusendiri yang kononnya ada pembaca yang menunggu tulisanku sedangkan kenyataannya sambutan semakin hambar dari hari ke hari.

Tulisanku samada  dibaca atau tidak aku tidak pasti. Ada ahli whatsapp group yg menunjuk tanda 👍 dan itu sahajalah. Itu bukan petunjuk yang boleh dipegang bahawa ianya dibaca.

Ada whatsapp group yang ahli-ahli terus bercerita perkara lain dan tulisanku kaku di situ tanpa disentuh sedikitpun mungkin skip bacapun.

Lebih sakit lagi bila ada whatsapp group yang langsung tidak dikunjungi ahli buat beberapa hari.

Pernah aku ingin menutup sahaja whatsapp group ini tetapi tetiba pula muncul ahli yang tidak membenarkan ianya ditutup sedang dia bukanlah ahli yang aktifpun. Malah kemunculannya pun mungkin beberapa bulan adalah sekali.

Tidak dinafikan ada yang baca dan respon tetapi bilangannya amat kecil. Dua tiga orang sahaja. Jadi maknanya aku jadi penulis syok sendiri yang berkhayal ada followers.

Sakit juga bila tulisan yang kuhantar pada whatsapp group orang - orang terhampir  juga tidak ada riaksi sama ada ianya dibaca atau tidak. Tiada langsung petanda. Malahan kandungan yang menyentuh hal penyakitku sendiri seperti tidak diikuti menyebabkan ada yang tak tahupun apa yang sedang kulalui.

Merajuk ke aku? Merajuk ialah salah satu tulisanku dalam Luah Bicara tetapi tidak selesai kutulis. Tetapi rajuk yang aku tulis itu tidak ada kaitan dengan rajuk sekarang. Banyak perkara yang menyumbang kepada perlakuan merajuk. Akan tetapi mungkin juga perkara yang aku rajukkan mempengaruhi rajukku untuk terus menulis.

Jadi mulai besok aku hanya akan jadi penonton kepada bualan-bualan di Whatsapp Group. Atau mungkinlah  aku memberi respon sekali sekala kepada posting yang rasa perlu direspon.

Atau mungkin juga aku akan left beberapa group. Terutamanya group di mana aku hanyalah orang kecil yang semakin dilupakan.

Sekian. Harap maaf.

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...