Hari ini saya masih memperkatakan tentang kekeliruan dalam penggunaan perkataan, bahasa atau dialek. Akan tetapi kali ini lebih berat dan lebih ilmiah.
Minggu lepas, saya ada temu janji dengan seorang bekas murid saya yang belajar dengan saya di awal tahun 1970an. Ia berbangsa Cina dan kini menjadi seorang peguam.
Selepas berbual mengenang masa silam dan mengenang guru-guru dan murid - murid di mana saya mengajar dan dia belajar, tiba-tiba dia beritahu saya yang dia hendak mengemukakan satu persoalan yang sampai sekarang dia keliru atau kurang pasti .
Apa yang menjadi kemusykilannya ialah penggunaan perkataan KAMI dan KITA.
Kekeliruan ini memang ketara sejak dulu hingga ke zaman ini terutamanya di kalangan bukan Melayu. Dengarlah percakapan mereka dalam.bualan harian, ucapan mereka di majlis - majlis rasmi hatta di Parlimen sekalipun.
Lalu saya perjelaskanlah sementelah saya orang Melayu dan pernah pula mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu kepadanya semasa bersekolah dulu walaupun opsyen saya ialah Sains Pertanian dan Pendidikan Seni.
Saya tidak begitu hairan kalau kekeliruan ini wujud di kalangan bukan Melayu. Kalau ada antara pembaca yang juga keliru, hubungi terus saya di talian 013-5336411 supaya di"sekolahkan".
Hi hi. Maaf gurau kasar
sikit sebab rasanya tak ada orang Melayu yang keliru dan tidak sepatutnya keliru.
Apa yang nak saya kemukakan di bawah ini ialah kekeliruan yang melibatkan orang dewasa sendiri. Kalau orang bukan Melayu saya tidak hairan tetapi di kalangan orang Melayu sendiri. Dewasa pulak tu.
Perkara itu ialah tidak faham istilah saudara tiri. Kekeliruan ini saya kesani di kalangan orang-orang di keliling saya malahan di dalam siaran radio dan tv .
A ( lelaki) berkahwin dengan B ( perempuan) . A ada anak iaitu x dan B ada anak iaitu y. Jadi x dan y adalah adik beradik tiri.
Hasil perkahwinan A dan B melahirkan z. Hubungan x dan z ialah adik beradik sebapa. Hubungan y dengan z adalah adik beradik seibu.
Ramai keliru yang menyebut z adik tiri x atau z adik tiri y.
Hasil perkahwinan A dan B melahirkan juga w. Hubungan antara w dan z ialah adik beradik seibu dan sebapa.
Satu lagi ialah kekeliruan menyebut nama tempat bila bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Kelang ialah nama tempat. Jadi kalau dalam BM atau dalam BI , ia tetap Kelang. Ejaan lama Kělang.
Tidaklah betul bila dalam BI disebut Klang atau Kěleng. Lembah Kelang tetaplah Kelang Valley bukan Klang Valley.
Klang atau bunyinya Kěleng adalah telor Mat Salleh membunyikan Kělang. Jadi kenapa kita menjadi Mat Salleh bila menyebut nama tempat kita sendiri?
Begitu juga Sentul. Bunyinya Sěntul bukan Sentul. Tapi orang-orang Melayu sendiri terutamanya generasi muda menyebutnya Sentul . Kalau semua orang tahu nama tempat itu asalnya dari nama buah iaitu sěntul, mungkin tidak berlaku kekeliruan.
Tapi mungkin juga ada pembaca-pembaca yang sudah berusia macam saya ni tidak kenal buah sěntul. Malang sekali.
Kekeliruan-kekeliruan di atas dan ketidakperhatinan ini menyebabkan sampai sekarang kita gagal bertindak membetulkan Tanjong Bungah kepada Tanjong Bunga dan Jalan Laxsamana kepada ejaan sebenarnya Laksamana.
Banyak lagi. Cari sendiri hi hi.
No comments:
Post a Comment