Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Luah Bicara 89


COVID 19 dan PKP mengubah segalanya. Begitulah juga peraturan masuk ke Unit Jagaan Harian Hematologi, HUKM.

Dulu selepas dapat parking, aku berjalan pantas ( memang itu style aku ) dan masuk ke HUKM melalui Lobi Pelawat, masuk pula ikut jalan pintas melalui Unit Dialisis dan masuk ikut pintu belakang ke ruang menunggu Unit Jagaan Harian Hematologi dan terus letak buku temu janji di kotak yang disediakan dan duduk menunggu nurse memanggil. Relax je.

Sekarang, selepas dapat parking, jalan masih pantas macam biasa tetapi sampai depan HUKM kena  berbaris panjang untuk masuk melalui Lobi Utama.

Mulanya cuma satu barisan sahaja tetapi  kemudian jadi dua barisan  tanpa kepastian barisan mana yang betul. Guard pun tak ada untuk memberi panduan. Pesakit pun tertinjau - tinjau sekejap masuk barisan kanan sekejap balik ke barisan kiri. Bila aku tanya kepada guard yang kebetulan lalu, warga emas macamana? Jawapannya nanti panggil. Sampai ke sudah tak panggil pun. Mujur Allah berikan aku kekuatan masih boleh berdiri lama walaupun usia dah 71 tahun lebih.

Dulu belum pukul.7.30 pagi aku dah tercogok di ruang menunggu Unit Jagaan Harian Hematologi. Hari ini pukul 8.00 pagi baru barisan bergerak. Setelah diperiksa suhu dan ditampal tarikh di bahu baju ( tak pasti motif atau objektifnya ) ,  barulah dapat masuk ke Lobi Utama. Pesakit - pesakit lain kena berbaris lagi mengikut klinik mana atau tujuan apa mereka datang ke HUKM.

Kami pesakit yang hendak ke Unit Jagaan Harian Hematologi terus saja ke pintu unit berkenaan. Tapi kena check suhu sekali lagi dan kali ini direkodkan. Borang soal selidik pun kena isi dan tanda tangan. Barangkali kerana ramai yang tidak pandai mengisi sendiri, hari ini nurse yang tolong isi. Sampai ke giliran aku, aku beritahu nurse, jawpannya semua tidak. Mudah kerja dia. Yer lah, dah baru Isnin dulu aku datang, manalah sempatnya pergi keluar negara, bersentuhan dengan orang tabligh dan sebagainya. Nurse pun faham tapi dah SOPnya begitu,  patuh je lah. Tanganku  disembur cecair pemberaih tangan.

Masuk ke ruang menunggu, tengok dalam kotak kad temujanji, dah banyak juga kad yang ada. Akan tetapi tak sangka pula awal namaku dipanggil. Baru sempat menaip setakat habis perenggan kedua Luah Bicara 89 ni tadi. Terus pergi ke tempat untuk diambil darah. Bila aku tanya nurse betul ke kad pesakit tu kad aku, dia kata yer. Bukan apa saya bertanya kataku, rasa cepat pulak dipanggil sedang saya lewat juga tadi_ .  Dia kata dah kenal. Tak pasti maksudnya kad itu tidak silap kerana sudah kenal aku, atau aku dipanggil awal kerana dah kenal. ( dan ' *budak* ' baik pula hi hi  )

Apa-apalah. Apa yang penting hari ini mudah pula darah aku diambil. Sekali cucuk je. Kengkadang tu sampai 4-5 tempat dicucuk  masih tak dapat. Darah tidak mahu keluar. Orang yang melalui rawatan kimoterapi ni uratnya mengecil. Bila pergi ke tempat ambil tekanan darah , tekanan darahpun kira okkah. 138/81.

Kalau bukan bulan puasa, lepas diambil darah , tekanan darah dan suhu , aku beredar ke Cafeteria bersarapan kerana keputusan darah lebih kurang dua jam baru keluar. Ada keputusan baru dokter panggil. Ini tidaklah pergi ke cafeteria walaupun aku tidak berpuasa. Bukan sengaja ponteng yer. Orang yang sedang menjalani kimoterapi dilarang berpuasa takut buah pinggang kering dan berbahaya kepada kesihatan. Rindu gak kepada mee kari dan jus durian belanda suam.

Kini menulis Luah Bicara ini sahajalah aktiviti aku. Nak berbualpun kawan -kawan rapat perse'kimo'an tak ada. Dengan strangers pun tidak sesuai untuk berbual kerana masing - masing bertutup hidung dan mulut dan duduk pula berjarak.

Pesakit yang tidak menulis seperti aku ni ramai yang melayan tidur tetapi ada jugalah yang melayan HP. Dah trend kan?

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...