Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Luah Bicara 88


Sejak berlakunya wabak penyakit angkara  COVID 19, aku tidakpun menulis sesuatu tentangnya. Aku biasanya berhati - hati dalam penulisanku kerana tidak mahu apa yang aku tulis tidak tepat faktanya. Maknanya aku tidak mahu menulis hentam keromo sahaja. Paling tidak aku hanya akan menulis sesuatu yang aku terlibat di dalamnya dan yakin tanggapan aku tentang sesuatu itu betul.

Akan tetapi hari ini aku terpanggil untuk menulis kesan dari wabak penyakit  angkara COVID 19 dari pemerhatian aku.

Mulanya aku pergi ke BSN Semenyeh untuk mengeluarkan sebahagian dari wang pencenku. Orang berbaris panjang untuk mengeluarkan wang. Ada tiga ATM kat situ. 2 ATM pengeluaran tunai satu ATM untuk deposit tunai. Akan tetapi salah sebuah mesin tunai itu tidak berfungsi . Jadi barisan yang panjang itu tertumpu kepada sebuah mesin sahaja

Terikut dengan trend sekarang , setiap perkara walaupun remeh temeh seperti wajib untuk dilapurkan. Lalu aku hantar mesej ke whatsapp group keluarga. Sedang berbaris panjang di BSN.

Sepontan salah seorang anak aku respon  Oo yeke ambik Duit Bantuan prihatin ye

Eh aku tidak pernah terfikirpun. Duit pencen aku memang melalui BSN. Akan tetapi respon spontan anak aku itu membuat aku berfikir, betulkah semua yang berbaris panjang itu ingin melihat apakah duit BANTUAN PERIHATIN sudah masuk?

Kalau pertanyaan anakku itu betul dan yang sedang berbaris itu begitu mengharapkan bantuan itu, memang memilukan. Inilah yang sedang berlaku sekarang. Orang yang bekerja makan gaji mungkin kurang terkesan berbanding dengan orang yang bekerja sendiri. Akan tetapi ada juga yang bekerja makan gaji dengan syarikat - syarikat kecil, yang memotong gaji atau tidak membayar gaji sepanjang tempoh PKP berlangsung.

Selesai mengeluarkan wang pencen setelah menunggu giliran begitu lama, aku pergi ke pasar pula. Sementelah sudah berada di sini, beli sajalah barang yang dipesan oleh isteri di pasar ini, fikirku. Namun hasrat itu aku batalkan kerana melihat ramainya orang menunggu giliran untuk masuk ke pasar.

Balik ke kereta, aku bergerak memasuki jalan di hadapan pasar  untuk berpatah balik ke Pelangi Semenyeh.

Ketika aku melalui jalan ini, aku benar - benar tersentuh. Aku tidak tahupun menteri ada menyebut perkara ini bila aku bercerita pada isteri aku. Akan tetapi ini aku saksikan sendiri betapa orang berbaris panjang terutamanya orang Melayu, untuk memasuki kedai Pajak Gadai Cina.

Pertamanya kesan dari wabak COVID 19 dan PKP yang dilaksanakan demi membendung ianya merebak, sudah sampai ke tahap rakyat terpaksa  bergadai untuk survival .

Keduanya orang sudah sampai tidak lagi peduli kepada apa kata orang bila berbaris panjang ke Pajak Gadai pun demi kesinambungan hidup.

Aku sebut begini, kerana setahu aku biasanya orang sangat - sangat menjaga imej dirinya supaya tidak terlihat masuk ke Pajak Gadai. Sambil berurusan, mata akan melilau takut ada kenalan yang lalu semasa sedang berurusan di Pajak Gadai. Maknanya malu kalau untuk meneruskan hidup atau untuk membeli atau membiayai sesuatu hingga terpaksa bergadai.

Sekarang di depan mata aku, aku melihat orang berbaris begitu panjang dan twntunya membawa sama barang - barang kemas untuk digadaikan untuk mendapatkan wang tunai untuk membeli barangan keperluan dapur. Untuk makan. Untuk kelangsungan hidup.

Sebentar tadi aku melihat situasi yang sama di sebuah Kedai Pajak Gadai Cina di sekitar Alam Damai ( maaf kalau kedudukannya tidak tepat ).

Kita terperangkap dalam situasi yang dikatakan, yang saling bertentangan. Melaksanakan PKP demi menjamin terselamat dari penukaran COVID 19 tetapi pada masa yang sama memberhentikan kegiatan - kegiatan ekonomi. Tidak melaksanakan PKP bermakna kita memberi ruang ekonomi berkembang tetapi di masa yang sama mendedahkan diri kepada merebaknya COVID 19  dengan lebih meluas .

Sekarang bila PKP bersyarat dilaksanakan kita sudah agak bebas bergerak tetapi sepatutnya kita tidak leka dan terus mengekalkan cara kehidupan kita semasa PKP penuh. Kita mesti mematuhi arahan yang sudah dikeluarkan demi menjaga diri kita sendiri. Sama - samalah kita berdoa, agar wabak yang menakutkan ini segera berakhir.

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...