Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Luah Bicara 87


Sejak aku terbaca viral tentang Ustaz Ebit Liew, aku banyak membuka video tentang beliau dan mendengar komen - komen yang amat baik tentang beliau. Rata - rata ramai nitizen yang mengutuk tindakan Ustaz yang mempertikaikan Ustaz Ebit Liew ini begitu juga beberapa pihak ysng agak sealiran atau terikut - ikut dengan ustaz yang seorang ini.

Aku tidak berani menyentuh perkara ini secara khusus atau turut sama memberi pandangan kerana aku baru cuba lebih kenal Ustaz Ebit Liew ini melalui pendedahan di   youtube berkaitan dengannya.

Aku juga tidak akan membuat apa apa komen  yang pro atau kontra tentang isu ini kerana tidak pasti kenapa tiba tiba isu ini berbangkit dan tidak tahu latar perkara sebenarnya kenapa ia berbangkit. Tetapi aku amat menyanjung kerja- kerja  amal yg dilaksanakan oleh Ustaz Ebit Liew ini.

Jadi apa yang aku hendak tulis atau nak sentuh? Aku tidak akan sentuh apa - apa lagi  tentang isu ini tetapi menulis sesuatu yang diinspirasikan dari kes ini.

Aku nak sentuh tentang sikap sesetengah orang kita  iaitu dengki atau irihati bila ada orang lain membuat kerja baik.

Pegangan aku mudah sahaja .  Kalau kita tidak mampu atau tidak mahu berbuat sesuatu yang orang lain sanggup buat dan mahu buat, jangan perleceh apa yang orang lain buat.

Aku hanya mahu menyentuh tentang pengalaman aku dari sekeliling aku sahaja. Tapi ada kaitan juga dengan sikap orang yang berstatus ustaz.

Seorang guru baru berpindah dari sebuah  sekolah yang lain. Guru ini mengajar BM.  Guru ini rajin. Tidak bergantung kepada buku teks semata - mata tetapi mencari bahan pengajaran dari keratan - keratan akhbar dan majalah - majalah untuk memperkayakan pengajarannya dan memberi manfaat kepada anak - anak muridnya. Guru ini diirihatikan dan dipanggil penyapu baru. Kononnya baru - baru begitulah, nanti masuklah ke level mereka, level orang malas yang bekerja bagai melepaskan batuk di tangga sahaja.

Eh ! Bukan usaha cikgu ni harus dicontohi ke? Bukan dikutuk, dperleceh atau direndahkan semangatnya.  Kalau sendiri tak hendak buat, tak mampu buat atau memang kerja sambil lewa, jangan dengki boleh tak? . Duduk diam - diam dengan sikap diri tu sendiri.

Aku posting di SMJK ( C ). Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan ( Cina ). Murid - muridnya kebanyakannya Cinalah. Ada sedikit India. Setahun dua kemudian ada murid dari Sekolah Kebangsaan diambil masuk ke sekolah kami  atas inisiatif Guru Besar ( belum dipanggil Pengetua masa tu ). Guru Besar berbangsa Cina yang berdidikasi dan tidak bersemangat perkauman.

Banyaklah rancangan atau program baiknya yang kami kena buat dan kami buat dengan patuh kerana sesuatu yang betul dan tak ada sebab langsung untuk dibangkang. Lalu apa kata nista yang kami  dapat dari guru dan ustaz dari sekolah lain , bukan dari sekolah kami. Kami dituduh tidak bertelur ( maaf kerana mencarut. Aku cuma copy paste balik je ) kerana kami yang dua tiga kerat guru Melayu ni tidak menentang Guru Besar ini. Nak tentang apa?

Inilah sikap - sikap negatif sesetengah orang kita yang hendak aku sentuh. Sikap negatif yang tidak membawa apa - apa faedah malahan merosakkan.

Banyak contoh lain dalam institusi kerajaan ke bukan kerajaan ke yang bila ada staf buat kerja penuh didikasi atau buat kerja extra, adalah yang dengki dan menghasut. " Kamu kerja teruk - teruk apa kamu dapat? " Eh paling kurang staf itu dapat kepuasan diri. Kau yang dengki dapat apa? Dosa kering ?

Fikir - fikirkanlah atau berubahlah. Paling tidak diamlah dan teruslah dengan sikap negatif buat diri sendiri sahaja.

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...