Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Luah Bicara 67


Hari ini aku ada temujanji dengan dokter di Klinik Perubatan 1 di HUKM. Bahagian Gastro. Berkaitan dengan ketumbuhan yang masih ada sedikit di ususku.

Akan tetapi kali ini bukan urusan perubatan aku yang hendak kuceritakan. Apa yang menyentuh mindaku ialah gelagat - gelagat dan cara berfikir  pesakit-pesakit di sekeling aku.

Sebelum dipanggil berjumpa dokter di bilik - bilik tertentu , pesakit - pesakit dipanggil terlebih dahulu ke Bilik 21 untuk diambil tekanan darah. Nombor giliran pesakit yang diberikan oleh petugas di kaunter pendaftaran digunakan untuk memanggil pesakit. Nombor yang sama juga akan digunakan untuk dipanggil ke bilik dokter.

Ramai yang nombor kemudian.       daripada aku mendakwa ada orang masuk tidak ikut nombor tapi dilayan. Aku tidak sepakat mengiyakan kerana aku dan mereka yang bercakap itu tidak pun melihat nombor pesakit berkenaan. Lebih kepada andaian sahaja. Ada pula mendakwa orang baru datang sudah dipanggil atau dibenarkan masuk. Ada juga mendakwa yang kononnya masuk awal itu , masuk berbekalkan tiket duduk atas kerusi roda.

Aku nombor 3023 sementara pesakit   yang bising itu nombor 3028. Seorang isteri yang turut bising - bising tunjuk pandai ,  suaminya nombor 3040.

Setahu aku dan dari pengamatan aku, memang pesakit dipanggil ikut nombor masing - masing. Pesakit yang kelihatan baru datang tetapi terus masuk itu berkemungkinan dia duduk jauh dari pintu tu. Dia memang masuk ikut nombor dia. Pesakit yang bertugggu bertangga di depan  pintu bilik berkenaan merasakan dia orang patut masuk dulu , bagainana orang yang dari jauh masuk dulu tanpa melihat nombor pesakit tersebut. Begitu juga, ada kemungkinan yang nombornya sudah dipanggil tetapi lambat masuk kerana baru sedar atau duduk jauh dan dia tertinggal dan kemudian datang. Sudah tentu nurse membenarkan dia masuk. Banyak kemungkinannya dan aku tidak setuju dengan tuduhan kata pesakit dipanggil tidak ikut giliran. Adakah  patut pesakit nombor 3028 itu bertanya kepada nurse bertugas, pesakit dipanggil berdasarkan nombor ke tidak sedangkan dia dipanggil masuk mengikut nombornya.

Dia juga bercerita  kepada aku dengan bangga yang dia datang awal suatu hari itu, tapi bila nombornya tak dipanggil - panggil hingga pukul sembilan lebih, diapun balik dan pada hari yang lain dia ditanya kenapa dia tidak ada bila dua kali dipanggil. Dia kata dia dah balik kerana lambat dipanggil. Aku selalu  datang sebelum pukul tujuh tetapi dipanggil selepas pukul 12 pun tidak komplen kerana aku memahami situasi pada hari dan  ketika itu.

Beralih pula pada giliran jumpa dokter setelah diambil tekanan darah. Ada yang tidak puas hati dan bising bila nombornya  terlangkau. Contohnya nombor 3023 belum.dipanggil tetapi 3029 sudah dipanggil.

Aku jelaskan pada mereka yang bising itu,  fail pesakit sudah diagihkan pada dokter di bilik mereka masing - masing. Mereka memanggil pesakit ikut giliran pesakit yang fail mereka ada padanya. Kalau ada 20 bilik, memanglah nombor pesakit tidak ikut urutan.

Pesakit kenalah berfikir. Jangan main komplen ikut emosi dan membabi buta yang akhirnya  menunjukkan kedangkalan fikiran kita sendiri.

Bila kita berurusan di mana - mana, fahamilah prosedur di tempat berkenaan. Contohnya di bahagian farmasi. Bila preskripsi kita, kita serahkan ke kaunter dan kita diberikan nombor  giliran, petugas menyediakan yang sepuluh jenis ubat sudah tentu mengambil masa lebih  berbangmding dengan yang sediakan satu jenis sahaja. Tentulah yang nombor kemudian dari kita tetapi ubatnya sejenis akan dipanggil dulu dari kita yang ubat sepuluh jenis kerana yang sejenis itu bila ubatnya didapati terus diserahkan kepada petugas yang menyerahkan ubat, sedang kita yang nombor awal , ubat kita masih lagi dicari untuk disediakan.

Kalau kita keliru, bertanyalah dengan baik supaya kita faham. Aku pun pernah bertanya kenapa nombor yang jauh terkemudian dari aku dipanggil dahulu? Rupanya pesakit itu dipanggil ke kaunter khas untuk urusan pembayaran bagi yang kena bayar. Selepas aku tahu , aku memerhati untuk membuat semakan. Aku perhatikan semua nombor yang jauh di belakang aku dipanggil ke kaunter yang sama. Kalau di HUKM, kaunter No.2.  Jadi pesakit itu bukan memotong aku dalam artikata dapat ubat mendahului aku. Dia baru membuat urusan pembayaran.

Begitu juga di Unit Jagaan Harian Hematologi. Orang yang akan menjalani kimo akan dipanggil dulu dari yang susulan biasa.

Satu lagi tidak fsham dengan Bahagian Emegensi. Namanya pun bahagian emegensi. Jadi yang diutamakan sudsh tentu pertamanya  pesakut yang antara hidup dengan mati. Keduanya krikal. Siapa suruh anda bawa anak yang demam ke bahagian emegensi sedangkan anda boleh kejarkan ke mana - mana kelinik biasa. Bila anak anda lambat dilayan anda komplen kata pihak hospital tidak efesyen dan lain - lain tuduhan.

Kesimpulannya, fahami, hormati dan patuhilah peraturan di mana kita berurusan. Kalau ternyata tidak mengikut peraturan barulah bersuara untuk kebaikan bersama.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...