Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Luah Bicara 66


Semalam aku menerima kad jemputan perkahwinan melalui whatsapp peribadi dari seseorang yang ada dalam contact list aku. Malang sekali aku tidak dapat mengingat semula nama yang muncul itu dan mengaitkan dengan seseorang yang aku pernah kenal. Walaupun ada gambarnya, aku masih tidak dapat mengaitkannya dengan sesiapa. Mungkin orang yang kita kenal sepintas lalu,  berbaju T dan tidak bersongkok tetapi muncul dengan gambar bersongkok dan berbaju Melayu . Tentu menjadikan kita tidak pasti. Kalau yang bertemu dan menolong aku suami isteri di Jabatan Pendaftaran Negara tempohari rasanya muda. Tak kan dah ada anak yang nak kahwin. Tapi anak sulung katanya.

Aku pernah menulis tentang amalan aku yang sentiasa menegur dan mendapatkan kawan baru. Satu amalan yang aku anggap baik dan bermanfaat. Namun bila selepas itu tidak ada tindak ikut sama ada dari  pihak aku atau dari pihak orang yang baru aku kenal, dan tiba - tiba muncul, tentulah kita perlu recall balik, siapa dan di mana kita pernah kenal. Mungkin inilah yang terjadi sekarang.

Solusinya ialah bertanya balik dengan si penghantar whatsapp itu. Walau bagaimanapun, terasa seperti kurang baik kerana orang ingat kita tetapi kita gagal mengingati orang. Namun itulah rasanya solusi yang ada. Itu yang aku lakukan . Akan tetapi belum ada respon setakat ini menyebabkan aku terus tertanya - tanya.

Pernah terjadi di suatu masa di Pekan.Parit. Seseorang berselisih dengan aku dan menegur aku kerana kononnya kami memang kenal sebelum itu. Aku juga merasakan perasaan yang sama. Namun kami masing - masing tidak pasti di mana kami pernah bersua.

Kami ambil keputusan pergi ke kedai minuman dan memesan minuman sambil cuba mencari di mana titik yang dapat merungkai kebuntuan kami.

Kami mula menanyakan latar belakang persekolahan. Tiada titik persamaan. Bercerita pula tentang pekerjaan dan latar belakangan latihan. Tiada juga titik persamaan atau pertembungan. Cuba cari dan cari lagi. Akhirnya bila minuman pun selesai dan banyak usaha dibuat untuk mencari titik pertemuan tetapi terus gagal, kami terpaksa istiharkan, kami tidak pernah bertemu sebelum itu sebenarnya. Cuma kebetulan dia merasakan pernah kenal aku dan aku sendiri merasakan dia seseorang yang pernah kukenal. Berakhirlah pertemuan kami di situ.

Kadang - kadang orang yang amat kita kenali, hampir setiap hari bertemu dan berbual , bila kita temui dalam situasi yang berbeza dan penampilan yang berbeza, kita jadi tidak kenal. Tidak pasti sama ada pembaca pernah alami perkara yang sama tetapi ads dua tiga episod yang aku terlibat.

Ada seorang posmen, hampir setiap hari menghantar surat ke rumah bujang aku, tetapi dengan pakaian seragam posmennya siap dengan topi keledarnya sekali.
Suatu hari dengan berbaju batik , tanpa topi keledar, di dalam.sebuah super market, berselisih dengan aku dan menegur aku. Memang aku terpinga-pinga hingga dia terpaksa mengenalkan diri " Abang Hamzahlah Ya." Lar amat berlainan.

Aku kenal baik dengan seorang jururawat sebuah klinik. Suaminya yang bertugas di klinik yang sana pun aku kenal baik. Akan tetapi di klinik tentulah dengan seragam putih dan topinya ( tak tahu istilah sebenar, aku sebut topi je. Faham kan? ) . Pakaian seragam awal 1970an.

Di Super Market juga, seorang wanita berbaju kebaya moden yang pendek, berambut  panjang lepas, melepasi bahu , menegur aku. Pun macam cerita sebelum ini, aku terpinga - pinga untuk memastikan siapa dia. Nampak aku blur dia terus berkata " Kak Aziah le,  Ya". Lain benar rupanya  tanpa uniform.

Di Bandar Teluk Intan, berhampiran Menara Chondong, aku ditegur seorang lelaki. Kali ini aku blur bukan kerana penampilan yang berbeza tetapi kerana lama tak jumpa dan sebelum itu memang kenal tetapi tidak rapat atau akrap.

Dah orang kenal aku, bertanya itu ini, terpaksalah aku berlakun kenal, walaupun amat payah. Sambil meneruskan lakunan itu, kepala aku ligat mencari siapa dia. Dia tak perasan aku berlakun kerana bakat lakunan aku hebat juga ( hi hi masuk bakul angkat sendiri).

Tiba - tiba dia sebut " Zan sekarang mengajar di ...". Lar suami Norezan member satu sekolah semasa di Ayer Tawar. Tiba - tiba tidak perlu berlakun lagi kerana teramat kenal. Bualan jadi rancak dan dia terus tidak sedar peringkat awal itu aku berlakun. Hi hi.

Pembacapun ada pengalaman ini kan? Kongsilah. Aku kongsi takat ini saja walaupun ada beberapa episod lagi yang aku lalui.

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...