Bangun seawal 5.00 pagi, mandi berwuduq dan berpakaian.
Sebelum turun ke kereta untuk ke masjid, pindahkan pakaian kotor dari bekas pakaian kotor ke laundry basket yang selalu digunakan untuk membawa pakaian kotor ke kedai dobi layan diri.
Sampai ke kereta, seekor kucing sudah sedia menunggu meminta makanan. Hidupkan enjin kereta terlebih dahulu sebelum layan kucing tu supaya tidak buang masa menunggu enjin panas sebelum bergerak.
Sampai ke Masjid Sungai Sekamat, azan Subuh belum berkumandang. Sempat menyelesaikan solat sunat Tahyatul Masjid sebelum azan Subuh dilaungkan.
Selesai Solat Subuh, berwirit dan berdoa, sambil ke kereta, call member baik yang tinggal berhampiran. Tidak berangkat. Sebelum itu tadi sudah hantar mesej melalui Whatsapp Peribadi tetapi tidak ada respon. Call lagi. Masih tidak berangkat. Hidupkan enjin kereta lalu bergerak ke Prima Saujana melalui sisi Stesen MRT. Singgah dulu isi petrol dan top up Touch & Go di Stesen Minyak Petronas. Dah jadi rutin isi minyak RM30 dan top up Touch & Go RM 20. Aku menabung dalam Touch & Go. Janji kad tak hilang. Kalau hilang, kantoi.
Lepas isi petrol, terus bergerak. Ingat nak terus ke Clean Pro cuci pakaian. Bila pakaian dah masuk mesin basuh baru cari breakfast. Tapi aku bukan tergesa-gesa sangat. Singgah Jenaris, singgah Restoran Nasi Lemak Pak Ibrahim. Pekena nasi lemak sambal sotong. Puh sedap juga.
Selesai makan, masa nak bayar, sempat bertanya isteri taukeh ( agak aku sahaja memandang kepada usianya ) merangkap juruwang, " Hari ni tak ada cucur ke? " Maksud aku cucur bawang, kerana memang itu jualan rutin kedainya. Nampak blur je mukanya. Lepas itu baru dia respon. ;Oh cokodok!. Petang baru ada" . Ah cokodok ? Ini yang aku kongsikan hari tu. Kecelaruan iatilah. Cokodok spesifik untuk yang berasaskan pisang tu saja. Bukan yang lain - lain.
Lepas itu aku bertolak ke Clean Pro. Sempat berhenti di tepi jalan layan panggilan dari kawan yang aku panggil tak berjawab tadi. Habis berbual, terus sahaja ke Clean Pro. Mencuci, mengering dan melipat.
Eh Pak Ya membasuh pakaian dan melipat pakaian sendirian? Macam kena queen controllah pulak. Tolong simpan persepsi salah itu dan tidak membawangkannya bila membaca tulisan ini atau pernah melihat aku melakukannya sendirian. Aku selalu melakukannya bersama isteri dari mula sampai ke sudah. Malahan tidak berkira duit siapa yang dimasukkan ke mesin pengeluar duit syiling 50 sen yg digunakan untuk menggerakkan mesin bssuh dan mesin pengering. Di waktu - waktu tertentu saja atas keperluan aku lakukan seorang diri.
Selesai urusan cuci dan lipat pakaian terus pula ke Pasaraya CS beli buah-buahan di samping buat urusan repair screen hp yang rosak. Kemudian baru balik ke rumah sekitar pukul 12.00 tengah hari.
Aku ceritakm aktiviti pagi sahaja. Tidak termasuk sebelah petang.
Ini cerita rutin berbentuk laporan. Tentu ada yang komen begitu kerana aku pernah terima komen, " kenkadang Pak Ya menulis laporan semata - mata yang tiada mesej atau gagasan."
Nanti! Silap tu ! Mengapa aku ceritakan perkara di atas? Ada mesej jelas yang hendak aku sampaikan. Dan mesej ini untuk semua, isteri, anak-anak, menantu, saudara mara, rakan-rakan pembaca dan siapa sahaja secara ikhlas dan berterus terang. Nak terasa , nak marah, aku terima saja. Dan menceritakan perkara yang aku lakuksn di ataa tidak bermaksud aku riak atau menunjuk -nunjuk. Nawaitu aku baik.
Intipatinya, sekiranya anda bangun awal sebelum masuk waktu solat Subuh dan tidak tidur kembali selepas solat Subuh, banyak perkara dapat anda lakukan atau selesaikan. Perkataan ;tak ada masa" dan "tidak sempat " tidak timbul berbanding dengan anda bangun selepas azan Subuh dan tidur kembali selepas solat Subuh, atau tak bangun langsung untuk solat Subuh sehingga matahari terpacak di atas kepala, atau sentiasa melakukan subuh gajah.
Tengok kerja-kerja yang sempat dikerjakan.
1. Memunggah pakaian kotor.
2. Beri kucing makan.
3. Solat Subuh di Masjid
4. Call kawan
5. Isi petrol dan top up Touch & Go
6. Sarapan
7. Basuh, kering dan lipat pakaian.
8. Beli barangan di pasaraya.
9. Uruskan repair secreen hp.
Banyak kan?
Cerita bangun solat Subuh ni, mungkin ada antara anak-anak kita atau cucu kita yang sentiasa perlu dikejutkan untuk solat Subuh. Sentiasa perlu disuruh untuk Solat Subuh. Come on !. Solat itu kewajiban yg pokok bagi orang Islam yang akil baliq. Yang dihisap terlebih dahulu sebelum amalan yang lain. Tanpa solat amalan lain tergantung gantung. Jadi bagi yang sudah akil baliq atau dah remaja tua pun, tidak perlulah dikejutkan atau disuruh untuk solat Subuh. Tanggungjawab anda ialah memperingatkan mereka akan tanggungjawab mereka itu. Tanggungjawab mereka mematuhi hukum Allah kerana mati itu tidak menunggu tua.
Seperkara lagi ialah tidak bangun Subuh bila hari hujung minggu. Come on, memang kita cuti, tapi bukan termasuk cuti Solat Subuh.
Renungkan dengsn minda ysng jernih tanpa prasangka. Sekisn.