Semalam aku sudah menulis agak panjang atas nama Luah Bicara 64 setelah beberapa Luah Bicara 64 yang gagal aku sempurnakan kerana kebuntuan mendapatkan bahan untuk perluasan tulisanku.
Malangnya aku kecundang untuk kesekeliankalinya oleh teknologi. Entah butang apa yang aku tertekan, terus terkeluar dari whatsapp dan bila aku kembali memasukinya, tulisan aku hilang tanpa dapat di" *retrieve* " dari mana-mana.
Aku menulis semalam tentang rasa terhutang kerana agak lama tidak menghasilkan Luah Bicara. Banyak isu yang hendak aku luahkan, sayang semuanya tidak selesai. Buntu idea satu perkara, kesuntukan masa oleh aktiviti lain satu perkara lagi. Hingga aku terfikir, adakah lagi pengikut atau peminat yang masih setia menunggu tulisan aku?.
Aku terfikir juga untuk berkongsi status terkini kesihatanku. Pun tidak mampu kutulis lantaran pihak dokter pun belum mampu merumuskan status kesihatan aku.
Dulu dikatakan kena tunggu laporan makmal hasil sampel yang diambil ketika menjalani kolonoskopi. Bila laporan makmal keluar dan menyatakan yang ketumbuhan kecil yang masih ada dalam usus aku itu bukan kanser, mereka sendiri kata mungkin sampel yang diambil masa kolonoscopi itu tidak tepat dan hendak menunggu pula hasil PET Scan yang akan dilakukan pada 21 atau 28 Januari nanti . Macam mereka nak jawapannya ialah kanser. Itulah yang aku rasakan kerana sudah 3 kali sampel dianalisis jawapannya bukan kanser dan mereka tak puas hati.
Buat beberapa waktu ini, status kesihatan aku tergantung - gantung. Tapi rasa diriku sendiri, aku sihat dan mampu memandu hingga ke Penang dua kali trip selang 2 - 3 minggu tanpa bantuan ( gilir pandu ). Tapi aku kuatir juga, kemampuan aku itu kerana kekuatan mental aku, bukan kerana kemampusn sebenar fizikal aku. Apa pun aku bersyukur aku rasa cukup sehat kini.
Setakat ini dulu. Isu-isu lain aku tulis sehari dua ini. Seperti yang aku sebut tadi, ada banyak sebenarnya isu yang hendak aku luahkan.
No comments:
Post a Comment