Sebenaranya Luah Bicara 62 sudah siap ditulis malam kelmarin. Saya menulis tentang roti canai banjir yang saya cari di Pulau Pinang dalam kunjungan ke sana minggu lepas.
Sudah siap sebenarnya tapi belum diedit dan tetiba teringin nak tambah satu perenggan lagi. Malangnya sebelum saya menaip dan sebelum sempat di"save", bateri hp kong. Kantoi. Nak menulisnya semula ketika itu memang meletihkan dan moodpun dah hilang. Kalau ditulispun memang tak akan sama. Isi mungkin sama tapi gaya penulisan dan moodnya memang tak akan sama. Begitulah teknologi kadang-kadang menyakitkan kalau tak kena kendaliannya atau bila tetiba malfunction.
Semasa belum ada laptop atau notebook, untuk memudahkan tugas di Jabatan, saya bawa tabletop persendirian saya ke pejabat. Socket tak ada dalam bilik saya, lalu saya guna extension wire dan dapatkan bekalan letrik dari socket di ruang pejabat am. Ketika asyik menaip dan banyak yang dah siap, tapi belum di"save" tetiba kerani menutup suiz socket berkenaan kerana sudah tiba waktu untuk pulang, walaupun sudah diingatkan sebelum itu supaya tidak menutup suiz socket berkenaan. Kantoi.
Gambar - gambar digital yang saya ambil semasa bertugas di London, lebih kurang 200 keping semuanya , saya save secara read and write dalam cd. Ketika nak memasukkan gambar yang lain, komputer tetiba "hang". Tangan secara otomatik tekan kekunci control, alt , delete. Secara otomatik dan tanpa niat, terpadamlah semua yang di"save" di dalam cd berkenaan. Lansung tak ada gambar kenangan saya ketika di London yang selamat. Habis semuanya. Kantoi lagi.
Sebenarnya kerap kali berlaku "kantoi" gara - gara teknologi ini. Mungkin anda terkantoi di Mesin ATM atau terkantoi di dalam lift. Cuba ingat. Ada kan? Anda boleh saja perpanjangkan perbincangan tentang kantoi oleh teknologi ini. Silakan. Tapi saya nak segera save tulisan ini sebelum kantoi lagi.
No comments:
Post a Comment