Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Tulisan 99

Mungkin hampir semua kita telah pernah mendengar ungkapan  " Malas berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan. ".

Secara selapis, ia membawa maksud kalau kita malu untuk dilihat mengayuh perahu yang kita naik, sudah pastilah perahu kita hanyut dibawa arus ke hilir atau ke hulu sungai. Kalau kita malu bertanya tentang destinasi yang hendak kita tujui,  yang kita tidak tahu atau tidak tahu dengan pasti, sudah tentulah kita sesat jalan dalam mencarinya.

Secara dalaman atau pengertian sebenarnya ia membawa maksud, kalau kita malu pada bukan tempatnya, sudah pastilah kita sukar  mencapai destinasi dalam kehidupan kita.

Dalam Tulisan kali ini saya tidaklah fokus untuk menghurai atau memperincikan peribahasa atau ungkapan di atas, tetapi untuk memperkatakan pentingnya ada sedikit keramahan dalam perhubungan kita dengan orang-orang di sekeliling kita.

Keramahan yang sedikit banyak membawa kebaikan sementara keramahan yang melampau mungkin pula mengundang rasa jengkel atau meluat di hati orang-orang di sekeliling kita.

Saya sudah agak lama mengenali HUKM luar dan dalamnya hasil dari hubungan saya dengan stafnya. Melebihi 18 tahun. Lebih kenal lagi bila dalam dua tiga bulan ini saya semacam menjadi warga kepada HUKM ini kerana proses rawatan saya.

Banyak perkara yang saya tahu. Tapi hari ini saya dapat satu lagi input baru tentang HUKM  iaitu ada orang India jual surat khabar di tangga Lobby Pelawat di awal pagi.

Saya tidak menemui maklumat tersebut secara terserempak, tetapi melalui keramahan yang terkawal.

Ketika keluar dari lift dan berjalan menuju ke Koop HUKM , saya berselisih dengan PK perempuan berbangsa India.
" Koop tak buka lagi kan? " saya bertanya.
" Belum " jawabnya. " Pukul 8 nanti baru buka" sambungnya.
" Ingat nak beli surat khabar " saya memberitahunya. Keramahan yang tidak perlu bagi setengah orang. Tetapi keramahan tambahan yang sedikit inilah yang memberikan saya maklumat baru. " Encik boleh beli pada orang India jual surat khabar kat tangga lobby." Jelas PK India tersebut. " "Terima kasih" balas saya.

Saya pun terus pergi ke lobby pelawat. Mulanya tak nampak. Akhirnya saya temui penjual akhbar itu yang terlindung di sebalik tiang dan saya belilah surat khabar kegemaran saya Utusan Malaysia.

Begitulah sedikit keramahan menemukan perkara baru atau pengetahuan baru.

Di dalam kehidupan , kita menemui ramai orang. Beramah mesralah sekadarnya dengan mereka. Banyak manfaatnya. Kengkadang rakan sekampung masa kita bebudak kita temui kembali dengan tidak sengaja dengan keramahan yang terkawal ini. Jangan membisu atau membawa hal sendiri sahaja.

Panjang dan banyak lagi contoh - contoh pentingnya atau baiknya keramahan terkawal ini. Tidak perlu saya huraikan dengan panjang lebar. Cubalah bermesra dengan orang di sekeliling anda dan anda akan temui kemanisannya.

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...