Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Tulisan 97

Tulisanku kali ini adalah kupetik dari catatan dalam diari lamaku.

Buat perintang waktu sebentar tadi, aku membelek - belek diari - diari lama yang aku simpan dengan baik walaupun sudah berusia puluhan tahun. Catatan diari yang nak aku kongsi kali inilah dari diari 1970. Bermakna sudah berusia 49 tahun lamanya.

Khamis 26/03/1970

Seawal pukul 4.00 pagi aku sudah terjaga dari tidur. Fikiranku tertumpu kepada keputusan peperiksaan  ( Peperiksaan SPM yang aku ambil semula sebagai calon persendirian ) yang akan kuketahui beberapa jam sahaja lagi.

Hatiku berdebar kencang. Untuk menghiburkan hatiku, aku cuba membuat ramalan tentang keputusanku ( yang bakal kuketahui nanti). Tidak ada Third Grade ( begitu yang aku catat ).
Aku tidak mahu menakut-nakutkan hatiku.

Tetapi perasaan takut terus mendadak ( menerpa ).

Jam menunjukkan pukul 5.00 ( pagi ). Aku baca buku pelajaran Ilmu Alam ( untuk persediaan aku mengambil STP pula ) dalam cahaya bulan. Aku mahu menghiburkan hatiku.

Pukul 6.00 aku sembahyang. Pukul 6.30 aku sudah ke pekan ( pekan kecil  Bagan Serai ). Beli lauk ( mungkin maksudku ikan). Pulang. Surat khabar belum sampai .( Nota: masa itu keputusan peperiksaan bagi calon persendirian disiarkan di dada akhbar ). Ke pekan lagi. Pulang. Ke pekan lagi. Pulang. Surat khabar tidak juga tiba. Lambat sungguh hari ini. Entah berapa kali aku berkeliling pekan dengan basikal buat perintang waktu.

Akhirnya sampailah surat khabar. Debaranku semakin kencang.
Setelah mendapatkan senaskah ( surat khabar ) aku mengayuh basikal ke jalan pulang.

Berhenti di jalanan. Kulihatlah ( kucarilah) resultku dengan gentar yang semakin kencang. Akhirnya bersua dengan namaku ( Yahya bin Md Yusof).

Dan tidak adalah hari yang paling bahagia bagiku selain dari hari ini
Aku dapat Pangkat 1. Titis air mataku.

Aku pulang segera. Beritahu Yongpanggilanku kepada kakak iparku ). Ah gembira sungguh aku hingga minum sudah tidak begitu berselera.

Aku ke sekolah ( Sekolah Menengah Alang Iskandar )  mahu jumpa Yob panggilanku kepada abangku ). Segan ( malu). Ada budak sedang bersenam. Aku nampak Yob mengajar ( murid ) bersenam di padang belakang. Aku pulang. Kutulis warkah untuk kakak yang kusayang (  kakak angkat. Lama sudah tidak berhubung dengannya. Dengarnya tinggal dengan anak di Johor  Bahru sekarang ini ) memberitahu berita gembira itu. Kuposkan.

NotaItulah catatan yang kutulis dan kubaca sebentar tadi.

Yang tulisan condong dalam kurungan, adalah yang kutambah semasa menyalin kembali catatan tersebut untuk memberikan kefahaman yang lebih kepada pembaca.

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...