Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Tulisan 88

Terasa lama pulak tidak menulis Tulisan walaupun sebenarnya tidaklah lama sangat. Jadi lagi 6 minit nak masuk waktu Subuh ini biarlah kumulakan Tulisan 88 ini.

Setiap kali anak sulungku menziarahi (menemani) aku di HUKM, dia meletakkan keretanya di tempat letak kereta di  Bandar Seri Permaisuri dan datang menaiki Grab Car ke HUKM. Secara berbanding, lebih murah dan lebih selesa.

Kalau hendak dekat dengan HUKM, yang percuma adalah tempat letak kereta di antara kolam renang dengan stadium. Itupun kena menunggu lama baru mungkin dapat kerana berebut dengan pelawat / pesakit yang datang ke HUKM bercampur dengan kereta - kereta orang yang beriadah di Taman Tasek Permaisuri. Kemudian kena berjalan kaki agak jauh juga di samping mendaki dan terpaksa melintasi kesibukan laluan kereta di mana aku pernah dilanggar kereta ketika melintas.

Yang berbayar pula juga kengkadang acapkali penuh kalau lewat. Bayaran tidaklah jauh berbeza berbanding meletakkan kereta di Bandar Seri Permaisuri dan naik Grab Car ke HUKM. Dari tempat letak kereta berbayar di depan HUKM masih kena berjalan jauh dan naik tangga apatah lagi kalau terpaksa letak kereta di sudut yang jauh. Naik Grab Car terus sahaja dihantar ke Lobi Pelawat. Kerana itulah anakku membuat pilihan letak kereta di Bandar Seri Permaisuri dan naik Grab Car ke HUKM.

Sebenarnya di HUKM staf pun kena berebut tempat letak kereta. Begitulah kritikalnya tempat letak kereta di HUKM ( tetapi rasanya lebih kritikal di Hospital Serdang ) dan juga di kawasan - kawasan perumahan awam di sekitar Bandar Tun Razak dan Bandar Seri Permaisuri yang aku tahu benar dan sekitar Kuala Lumpur yang aku tidak berani sentuh kerana tidak selalu  mengalaminya secara langsung. Akan tetapi sama saja kurasa kerana berpunca dari masalah yang sama.

Masalahnya sama saja. Tempat letak kereta terhad kepada sebuah bagi sebuah rumah kos rendah dan sederhana dan dua bagi apartment mewah atau kondo. Akan tetapi setiap rumah mempunyai kereta sehingga 3 hingga 4 buah atau sekurang - kurangnya dua. Puncanya di Lembah Kelang ini ramai yang berkongsi rumah atau anak - anak bujang masih menempel di rumah ibubapa. Masing - masing berkereta hasil dari mudahnya membeli kereta dengan zero down payment dan bayaran balik yang panjang.

Jadi tempat letak kereta menjadi kurang berbanding dengan jumlah kereta. Berlakulah parking berlapis hingga laluan menjadi sempit. Yang perihatin dan ingat akan meninggalkan kereta tidak dipasangkan brek tangan dan gear pada kedudukan "free". Yang tidak perihatin atau terlupa akan meninggalkan kereta dalam keadaan brek tangan ditarik dan gear pada kedudukan "parking". Kan menyusahkan orang lain? Kalau ada kecemasan macamana?

Boleh tinggalkan kereta dalam keadaan begitu tapi tinggalkanlah no telefon disamping rela dan bersegera turun bila dipanggil.

Kalau kita lihat di sekitar Bandar Seri Permaisuri dan Bandar Tun Razak, banyak kereta diletakkan di tengah - tengah jalan utama terutamanya di sebelah malam. Kalau terlambat atau memang parking waktu siang, saman DBKL pulak sampai.

Penyelesaiannya bagi rumah kos rendah ialah membina tempat letak kereta bertingkat seperti di Flat Seri Kota dan di PPRT . Tetapi masih ada masalahnya. Beli kereta mampu beli / sewa tempat parking berkira. Kemudahan dah ada tetapi masih berebut mencari parking percuma. Kalau berhati perut tidak apa juga, tetapi ada yang parking di tempat yang tidak dibenarkan dan laluan dua lorong tinggal selorong. Parking berlapis masih berlaku.

Baru beberapa hari lepas terjadi perkara yang tidak sepatutnya berlaku, berlaku di parking bertingkat Flat Seri Kota. 

Pemandu wanita yang tidak melanggan tempat parking bertingkat meletakkan keretanya di laluan keluar parking bertingkat menyebab pemandu kereta yang hendak pergi bekerja tidak dapat keluar. Kad diprogramkan untuk masuk ikut pintu masuk dan keluar ikut pintu keluar. Jadi setakat yang diketahui tiga empat buah kereta tak dapat keluar. Ada yang mencuba berkali untuk keluar ikut pintu masuk yang memang tak boleh. Ada yang terpaksa pergi kerja naik teksi.

Tidak tahu pemandu yang lain dan tidak tahu berapa ramai lagi yang tersadai sebab sumber aku ialah yang dari pemandu yang bekerja di HUKM. Bila dia bertolak naik teksi tidak tahulah apa terjadi di belakang.

Manusia macam itu pun ada . Ada otak tidak digunakan dengan sempurna atau langsung tidak berfikir kesengsaraan orang lain sebab sikap kita.

Ok dulu. Dah panjang dah. Banyak sebenarnya cerita parking ni. Boleh tulis sebuah buku.

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...