Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Tulisan 86

Tulisan terakhir saya agak sudah dua tiga hari berlalu. Tentang GPS, apa yang betul dan apa yang salah dilakukan bila kita menggunakannya dan masalah yang timbul kerananya. Tidak banyak respon diterima. Mungkin kerana di kalangan pembaca tidak ramai yang menggunakan GPS terutamanya yang sudah berusia macam saya.

Hari ini saya hendak berbicara tentang penggunaan Whatsapp. Ini saya rasa mungkin boleh menarik perhatian untuk difikirkan kerana rata-rata pembaca menggunakan whatsapp sedangkan Tulisan 86 ini sendiri saya sebarkan melalui whatsapp.

Anda boleh bersetuju dan boleh tidak bersetuju dengan saya tentang apa yang saya tulis. Ini pendapat dan pandangan saya sendiri dari pemerhatian saya.

Keahlian saya atau keterlibatan saya ke dalam Whatsapp Group melalui beberapa cara. Pertamanya saya sendiri yang mengwujudkan whatsapp group berkenaan dan bertindak sebagai admin. Kedua saya diminta untuk menyertai whatsapp group tertentu. Ketiga menjadi ahli secara langsung bila whatsapp group ditubuhkan kerana terlibat dalam kelompok berkenaan seperti ahli alumni sekolah dan maktab. Keempat tetiba saja saya di" add " ke dalam whatsapp group tertentu. Ada juga dua tiga whatsapp group yang tertubuh bila saya keluar dari group asal atas ketidakselesaan di dalam group asal itu dan hijack ahli-ahli dari group asal untuk bersama aktif dalam group yang baru (tapi masih dengan objektif asal tetapi tidak tercemar dengan perkara-perkara atau posting-posting yang tidak disenangi) .

Ada group yang saya tubuhkan atas dasar kasihan. Contohnya, ada member hantar joke dalam group yang saya juga ahlinya,  sayangnya joke berkenaan terbiar berlalu dibawa arus tanpa siapa peduli.  Kasihan kan ? Lalu saya wujudkan Gelanggang Jenaka untuk orang yang suka hantar joke dan ada yang peduli dengan apa yang kita hantar.

Orang sudah selalu banyak menulis tentang jenis-jenis ahli seperti CCTV , kaki forward dan sebagainya. Saya tidak hendak menyentuh lagi tentang itu. Saya akan menyentuh tentang tata cara kita atau sikap kita terhadap apa yang orang send dan kita" send ". Untuk ini sukar untuk saya susun mengikut keutamaan sebaliknya saya akan tulis ikut apa yang terlintas.

Ucapan Salam, Tahniah, Takziah dan sebagainya ialah ucapan dari hati atau dari dalam diri anda. Mana boleh main forward orang punya , Beb ? Kan ada tulis forwarded di atas tu. Pergilah ke galary, pergi folder whatsapp image. Klik gambar ucapan tu dan share. Ia akan jadi macam anda punya. Kena rajin sikitlah.

Ada pula yang tulis begini di awal-awal pagi " Waalaikumusalam, Assalamualaiku" Apalah pulak jawab salam dulu baru bagi salam? Alasannya konon takut ada di atas-atas orang dah bagi salam. Jadi kenalah jawab dulu. Eh eh betul ke konsepnya?

Suatu scenareo yang tak tahu nak ulas. Pembaca ulaslah sendiri.

Admin add Ali.
Admin: Selamat datang Ali.
Busu : Welcome Ali. Happy you join.
Seman : Lama tak dengar berita you Ali.
Dan beberapa sapaan lagi.
Tetiba muncul kawan kita sorang ni.
: Tak ada ke no hp Ali?. Addlah dia.

Ato macam mano nak kato ahli yang macam ni?

Pernah tidak anda tertunggu - tunggu kawan menaip tak siap-siap? Ada dua tiga sebab. Dia memang ada problem menaip, dia taip dan delete beberapa kali kerana tidak pasti dengan apa yang dia nak cakap atau dia menulis terlampau panjang lebih panjang dari tulisan ( post ) yang dia nak ulas. Letih nunggu ooo.

Kalau anda ada tiga masalah di atas, terutamanya hendak menulis panjang macam tulisan saya ni, tulislah tempat lain dulu. Sama ada anda tulis pada aplikasi Note atau anda wujudkan Whatsapp Group khusus macam yang saya lakukan yang saya namakan Himpunan Tulisan. Oleh kerana selain dari Admin kena ada sekurang-kurangnya seorang ahli, masukkan no hp anda yang lain atau no hp isteri anda.

Saya menulis, menambah, mengedit dan sebagainya di situ. Bila sudah rasa ok, barulah send. Kalau tidak jenuh kawan nunggu yob!

Satu lagi yob bila nak hantar sesuatu gambar tu yob, ingatlah siapa ahli group kita. Kalau nak hantar gambar yang merapu dan ahlinya semua lelaki yang sebaya, ok je. Ni hantar gambar tak senonoh sedangkan dalam group ada pelbagai peringkat usia. Ada lelaki dan perempuan, ada pelbagai aras keterbukaan, agak-agaklah. Nanti kena tegur merajuk pulak.

Akhir sekali posting politik dalam whatsgroup silaturarahim.

Kalau pagi-pagi lagi dah suara dari sungai buluh, suara dari penjara dan sebagainya yang vias sesangat kepada sesuatu pegangan party, memanglah saya tak suka dan group macam inilah yang saya hijack dan putihkan group tu. Tetapi kalau posting perkara kepentingan bersama, kebangkitan Melayu, Penyatuan Umah dan isu-isu sepunya yang lain, saya rasa tiada salah dikongsi untuk kebaikan bersama, kecuali anda memang tidak suka Melayu bangkit dan umah bersatu.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...