Sedang imam membaca surah di rakaat pertama solat maghrib di sebuah surau kecil di Silveritage Galaria, Medan Gopeng, tiba-tiba terdengar suara nyanyian tanpa muzik yang liriknya biasa didengar. " Na Enson Matakaji Semarngingsing ".
Mengganggu tapi lucu.
Itulah suara ring tone sebuah handphone yang tidak dimatikan atau di"silent"kan sebelum solat.
Masih menjadi perkara biasa ring tone berbunyi ketika sedang solat di masjid atau surau. Pengumuman atau papan peringatan meminta mematikan hp atau men"silent"kannya sama ada tidak dihiraukan atau terlupa. Kita ambillah yang kedua supaya berperasangka baik.
Saya lakukan salah satu dari perkara ini untuk pastikan hp saya tidak mengganggu jemaah lain di masjid. Kadang-kadang saya tinggalkan saja hp dalam kereta tanpa membawa masuk ke masjid. Kedua, melangkah saja masuk ke dalam masjid, saya terus matikan
atau "silent"kan suara hp saya.
Dalam pada beringat begitu, suatu hari terkantoi juga.
Hari tu di masjid ada qiamulail. Qiamulail dimulakan kalau tak silap saya pukul 4 pagi. Lepas saya masuk saja ke masjid terus saya "silent"kan hp. Ok je le sehinggalah ke solat sunat nasbih. Tetiba saja hp saya berbunyi dengan nyaring. Suara kokok ayam diiringi dengan perkataan " good morning " bertalu-talu.
Bayangkan bagaimana mahu dimatikan kerana masa itu sedang solat. Solat sunat tasbeh pulak tu. Menjeritlah hp tu terus. Rasa bersalah dan rasa malu menghantui saya. Kyusuk dah tentu tidak dah. Orang lain pun sudah tentu amat terganggu. Jumlah jemaah pulak tidak ramai.
Selesai solat saya terus memohon maaf dari Imam. Tahu apa yang sebenarnya terjadi dan pembaca pun lain kali kena hati-hati. Iaitu, walaupun kita silentkan hp, bila sampai waktu yang kita set " alarm " , hp kita pasti akan membunyikan alarm. Itulah yang terjadi kepada saya.
Alarm saya set pada pukul 5 setiap hari. Biasanya bila berbunyi saya tutuplah atau biarkan sehingga ia mati sendiri. Akan tetapi sebab saya bangun awal sebelum pukul 5 dan qiamulail pun bermula sebelum pukul 5, tidaklah saya teringat tentang alarm itu. Jadi bila sampai pukul 5 berbunyilah ia.
Banyak lagi cerita menarik tentang hp. Suatu hari saya bersolat Jumaat di Masjid Kg Melayu Medan Gopeng.
Sedang orang bersembayang Jumaat, rakaat pertama, hp seorang pemuda di saf hadapan saya berbunyi. Dia biarkanlah sehingga bunyi itu berhenti sendiri. Lepas itu hp dia berbunyi lagi. Dia pun ambil hp dia dari dalam.poket dan terus menjawab. " Aku tengah solat ni ". Lepas itu dia sambung balik solatnya. Ini macam punya olang pun atak ooo.
Dalam lRT aliran Sentul Timur ke Seri Petaling ( masa tu belum sampai ke Bandar Putra) hp seorang pemuda berbunyi lalu dia menjawab panggilan. " Aku kat Pudu Raya lagi ni, dia beritahu pemanggil sedangkan masa tu LRT dah nak sampai ke Seri Petaling dah. Senang kan menipu bila bercakap di HP ?
Itu belum lagi cerita tentang perbincangan tentang bisnes melalui hp atau bercakap dengan awek melalui hp sedangkan dia sedang meneran di dalam tandas.
Penutup tulisan hari ini saya ingin memaklumkan hp pertama saya ialah NEC Premero. Model hp terkecil masa tu tetapi kalau lempar kepada lembu kalau tak "meninggal" pun lembu tu tentu paling tidak biul dua tiga hari.
No comments:
Post a Comment