Dari Katil 21 Wad 6G
Sengsorang di katil, jiran sebelah menyebelah katil dah nak tidur kut, tirai pemisah sudah ditarik , aku ambil peluang menulis catatan ini.
Aku sampai seawal pukul 9 lebih pagi tadi ke HUKM dan setelah mendaftar di kaunter pendaftaran, difahamkan katil tiada kosong dan aku diminta menunggu panggilan. Ada urusan bersama isteri di Shah Alam, aku ke Shah Alam terlebih dahulu. Tidak lama sampai di Shah Alam, dapat panggilan kata katil dah ada, boleh daftar di wad sebelum pukul 6 petang atau pilihan lain sebelum pukul 9 malam. Aku memilih sebelum pukul 6.00 petang.
Bertolak seawal 4.40 petang dari Shah Alam, tetapi sampai sekitar 6.05 minit kerana berlaku kesesakan lalu lintas tahap gaban kerana projek Lebuh Raya SUKE dan entah kenapa petang ini kereta terlalu banyak sedang hari Ahad.
Bila mendaftar masuk ke Wad baru dimaklumkan bahawa bukanlah kekurangan katil problem sebenarnya tetapi perpaipan di bilik mandi/tandas wad sedang dibaiki dan masih belum boleh digunakan. Jadi kalau ada urusan di tandas kena guna tandas staf itupun share lelaki dan perempuan. Jauh pulak tu. Problem juga bagi orang-orang seusia aku yang kerap buang air kecil malam-malam.
Oleh kerana sampai lewat dari pukul 6 petang, peruntukan makan petang pun sudah berlalu. Nurse membenarkan aku pergi makan dahulu sebelum dilapurkan kehadiran aku kepada dokter. Tapi sempatlah diambil tekanan darah. 138/83. Oklah walapun tidak 120/80 kan? Dan masa nak turun makan nurse tahan aku. Sempat juga dia test gula dalam darah aku. 6.7 . Oklah tak ada kencing manis tetapi tidakkah bagus sangat bacaan tu kan?
Cadang nak makan di cafeteria sahaja. Bila sampai ke cafeteria, kerusi-kerusi sudah naik ke atas meja. Maka aku dan isteri keluar kawasan hospital mencari kedai makan. Hi hi melanggar peraturan hospital sebenarnya sebab kalau apa-apa terjadi, mereka kena bertanggungjawab. Sorry nurse. Lapar.
Sampai balik dah waktu maghrib. Menunggu giliran masuk tandas untuk ambil wuduq. Sambil menunggu giliran masuk tandas, kerana ada pesakit wanita dalam tandas, aku berbual dengan nurse dan mengingatkan aku belum diperiksa oleh dokter.
Baru sebentar tadi baru dokter datang. Mulalah proses menyakitkan badan aku. Aku dipasang jarum ke salur darah ( termnya aku tak ingat ) dan sampel darahpun diambil. Jarum tu dibiar saja di tangan untuk nanti dimasukkan pewarna untuk PET Scan 26 hb. nanti.
Sempat nyembang dengan dokter muda itu. Emak bapak dia asal Selebuh, Parit, yob. Orang kite. Tapi dia bersekolah di KL.
Kini dah tepat jam sebelas. Sebelum tidur kenalah kayo ( buang air kecil). Langsung nak basuh buah anggur yang aku beli masa "lari" dari hospital tadi. Sejak tahu aku ada kanser lymphoma aku dah mula makan buah atau jus buah-buahan tanpa gula.
Belum sempat pergi ke tandas dokter muda itu datang semula nak tahu sejarah penyakit aku dari mula lebih terperinci. Sebelum dia beredar sempat bersoreh. Emaknya sahaja orang Parit. Umur emaknya muda sikit dari aku. Lahir 1951.
Baru diambil tekanan. Tinggi pulak sikit.
Orang sebelah kanan aku belum tidur sebenarnya. Jururawat lelaki yang mengambil bacaan tekanan darahku meminta izin mematikan lampu. Aku kata ok.
Sekarang kututup tulisan ini kerana aku nak kayo.
Jumpa lagi. Sekian kali ini.
No comments:
Post a Comment